Deodoran Xtream | BIO-ASLI

Deodoran Xtream

Deodoran Xtream

RM 57.17 RM 47.17
Not Available

Kod : GST-DX2 Berat : 200 gram Share :
Deodoran Xtream

DEODORAN KELAPA DARA

Sebagaimana kebanyakan deodoran, deodoran BioAsli tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran peluh atau menghalang keringat, tetapi berfungsi menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila seseorang berpeluh, meneutralkan bau keringat dan bertindak sebagai antiseptik, yakni dengan membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang tidak enak, selain menutupi bau.

Kehadiran minyak kelapa dara, yang bersifat anti bakteria, anti virus dan anti kulat sebagai komponen utamanya, menjadikannya sangat berkesan untuk menghalang sebarang aktiviti bakteria pada mana-mana bahagian luar kulit manusia yang berpotensi menghasilkan bau yang tidak diingini.

Selain itu, minyak kelapa dara yang terdiri daripada MCFA, sangat membantu memelihara mana-mana bahagian kulit yang terlibat. Minyak kelapa dara sangat berkeupayaan untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan sel-sel baru menggantikan sel-sel kulit yang mati. Hasilnya kulit akan tetap anjal dan segar. Manakala kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara sangat berupaya menghalang sebarang tindak balas aktiviti radikal bebas, membantu melambatkan proses penuaan (kedutan) pada mana-mana bahagian kulit yang terlibat.

Sesuatu yang menarik, Deodoran BioAsli bebas dari penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran. Walaupun deodoran BioAsli sangat popular digunakan pada bahagian ketiak, namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh lain, yang biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini, seperti di bahagian ari-ari, atau mana-mana bahagian lain yang difikirkan perlu.


KELEBIHAN DEODORAN BIOASLI

1) Di datangkan dengan dua siri wangian yang berbeza.

Deodoran ialah keperluan penjagaan kebersihan diri yang diperlukan oleh semua tidak mengira lelaki atau perempuan. Keperluan harian ini sudah sinonim dan pasti tidak selesa jika tidak menggunakannya. Kesesuaian untuk pengguna memilih produk ini kebiasaanya berdasarkan wangian yang digunakan. Perbezaan bau wangian sering digunakan pengeluar untuk membezakan deodoran bagi pengguna lelaki dan pengguna wanita. 

Bau wangian yang ekstrem, cool dan aktif biasanya dikhususkan untuk pengguna lelaki dan bagi pengguna wanita, wangian yang biasa digunakan ialah bauan yang lembut, nyaman, pati bunga dan lebih feminin. Namun begitu, wangi-wangian ini tidak mendatangkan sebarang mudarat jika digunakan oleh jantina yang berlainan.

Deodoran Kelapa Dara BioAsli juga turut di datangkan dengan dua siri wangian yang berbeza bagi menyesuaikan penggunaannya dengan jantina pengguna.Deodoran Kelapa Dara BioAsli Xtream di datangkan dengan wangian yang ekstrem dan cool, sesuai dengan namanya untuk lelaki yang gemarkan aktiviti lasak dan ektrem. Deodoran Kelapa Dara BioAsli Soft pula di datangkan dengan wangian yang lembut dan santai untuk pengguna wanita yang gemar dengan wangian semulajadi. Tetapi tidak menjadi masalah atau mudarat sekiranya menggunakan jenis deodoran yang berlawanan dengan jantina. 


2) Bebas dari kandungan aluminium dan paraben merbahaya.


Sesuatu yang menarik, Deodoran BioAsli bebas dari penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran. Selain itu juga, kandungan deodoran ini adalah bebas dari sebarang unsur alumunium yang di dapati merbahaya dan menjadi faktor kepada kekusutan sel otak dan penyebab kanser payudara.


3) Diperkaya dengan Minyak Kelapa Dara

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan. 

Untuk keterangan lanjut, sila klik (Minyak Kelapa Dara)


4) Memelihara, Menjaga Dan Merawat

Kandungan deodoran yang bebas dari bahan kimia dan diperkayakan dengan minyak kelapa dara dengan ini sekaligus menjadikan deodoran ini sebagai rawatan kepada kulit dari masalah bau, keradangan kulit dan mencerahkan bahagian yang disapu dengan penggunaan yang kerap. Selain itu, dengan penggunaan deodoran minyak kelapa dara ini juga mengurangkan risiko pengumpulan plag di otak yang boleh menjadi punca Alzheimer dan juga punca kanser payudara dari penggunaan sumber alumunium yang merbahaya.


BAHAN-BAHAN

Aqua, Polysobate 20, Hydroxythyl Cellulose, Allantoin, EDTA, Minyak Kelapa Dara, Euxyl PE9010 dan Pewangi

BERAT : 75ml / per botol (2 botol / 150ml)


CARA PENGGUNAAN

Sapu deodoran pada celah ketiak atau peha. Boleh digunakan sekerap mungkin.

Bio-Asli HQ
No. 13 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor
+(6011) 3556-0149
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 5.30 petang
bioasli.hq23@gmail.com
24 X 5 online support
TOP