Tonik rambut yang diperkaya dengan Minyak Kelapa Dara dan Minyak Argan berupaya membantu memelihara kesegaran kulit kepala serta menjadikan rambut subur, sihat, lebat dan bersinar. Kandungan asid laurik dan asid kaprik dalam minyak kelapa dara dapat membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala, menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan dapat mencegah kekeringan kulit dan seterusnya menghalang punca kelemumur manakala rambut pula menjadi subur dan bertambah hitam. Dirumus khas untuk menjadikan rambut kelihatan 'silky', segar beralun dan tidak berminyak. Kandungan pewangi pula memberi keharuman aroma wangian yang mempesona. Minyak Argan, digelar minyak keajaiban, diekstrak daripada biji buah Argan, telah berkembang ke seluruh dunia sebagai minyak semulajadi yang terbaik untuk penjagaan dan rawatan rambut. Ia mempunyai pelbagai kegunaan kesihatan daripada rawatan rambut, penjagaan kulit hingga ke pemulihan badan serta pelbagai lagi khasiat yang tersembunyi. Minyak Argan sangat baik untuk pertumbuhan serta penjagaan rambut yang sihat. Dipanggil 'cecair emas' oleh pakar-pakar kecantikkan di seluruh dunia. Ia mampu memberikan nafas baru kepada masalah rambut kering, kusut, beruban, cabang, rapuh dan sebagainya. Kaya dengan Vitamin E, nutrisi semulajadi terbaik yang diperlukan oleh rambut anda. |