Minyak Dara Habbatus Sauda | BIO-ASLI

Minyak Dara Habbatus Sauda

Minyak Dara Habbatus Sauda

RM 60.00 RM 50.00

Kod : BIO-SAUDA Berat : 100 gram Share :
Minyak Dara Habbatus Sauda


 

 
 
Minyak Dara Habbatus Sauda
 
 
 
 
Diriwayatkan dari Aisyah r.a, beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya. "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut"
Riwayat Imam Bukhari.
 
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Pada Habbatus Sauda' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".
Riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
 
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
"Pada Habbatus Sauda' terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin 'Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
 
 
 
 

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya  tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara  tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang  mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.

Biji Nigella sativa dikenali dengan berbagai nama seperti Habbah elbarakah (Arab), Kalounji, Mungal realael (Hindi), Kezah(Hebrew), Charnushka (Russia), Corek otu siyah (Turki), Siyah daneh (Parsi), Zwiebelsame,Nadella, Schwarzkumm (German), Neidonkuka (Finland), Mustkoomen (Estonia), Karijnigi (Kanada), Czarnuszka siewna (Poland), Nigella (Itali),  Graine atau Wagella Cultiree, Cheveuxdevenus, Negelle (Perancis), Svartkummin (Sweden), Niguilla, Pesionara (Sepanyol), Svartkarve(Norway) Juga dikenali sebagai Fennel flower, Black caraway, Nutmeg flower atau Roman coriander (Inggeris). Biasa juga biji buahnya dipanggil sebagai Black cumin, Nigella atau Black seed. Dikalangan orang Mesir dan Syam ia dikenali sebagai Al-Habbatul Barakah, dan bagi Telegu dipannggil Nellajilakaira, Punjabi dipanggil Kalongi, Malayalam dipanggilKarunjiragam, Singhalese dipanggil Kaluduru, Marathi dipanggil Kalonji, Tamin dipanggil Karunjiragam. Di Yaman dan Iran dikenali dengan nama Al-Syuniz, manakala di Algeria dipanggil Sanuj sementara di Moroko dipanggil dengan nama Basdas.

 
 
 

Dilaporkan bahawa Nigella sativa (black seed) telah di temui di dalam makam Tutankhamen. Penemuan ini telah memberikan gambaran bahwa ia (Nigella sativa) mengambil tempat yang sangat penting dalam kehidupan orang-orang Mesir purba. Sungguhpun kegunaan sebenar Nigella sativa dalam masyarakat Mesir tidak diketahui secara tepat, namun dengan penemuan tersebut kita memaklumi bahawa sesuatu tidak akan dimuatserta ke dalam makam diraja jika ia bukan sesuatu yang terpilih dan dipercayai serta diyakini oleh mereka sebagai sangat  berguna dan membantu raja mereka selepas mati.

Dalam sistem Perubatan Greco-Arab/Unani-Tibb yang berasal dari Hippocrates, menganggap black seed sebagai sumber pemulihan dalam gangguan pencernaan dan juga hati. Juga dianggap sebagai perangsang dalam berbagai keadaan tubuh.

Adalah fakta yang tidak benar jika dikatakan bahawa orang Arab mempelajari kegunaannya daripada orang-orang Greeks, kerana sebelum perkembangan Islam di Timur Tengah, tiada terdapat sebarang keterangan dan catitan tentang penggunaannya. Kegunaannya dalam perubatan hanya dicetuskan selepas kebangkitan Islam bermula dari apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah saw berbunyi:-

 “Sesunguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.

Hadith riwayat Imam Bukhari

“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.

Hadith daripada Buraidah.

 

Kanun Perubatan Ibnu Sina

Ibnu Sina (980-1037), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan Habbatus Sauda' merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Sangat membantu dalam kelelahan kronik serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan dan sistem pernafasan.

 

Al Biruni Pakar Ketimuran (Orientalis) Zaman Pertengahan

Al Biruni (973-1048), Seorang Pengkaji Tamadun Cina dan India, telah menyebutkan bahawa Habbatus Sauda' telah dipakai oleh orang-orang Cina dan India sebagai bahan nutrisi/pemakanan sejak abad 10. Al-Biruni menegaskan bahawa Habbatus Sauda' digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.

 
 
Cara Pengambilan Minyak Dara Habbatus Sauda Mengikut Peringkat Umur
Kanak-kanak : Minum 1/2 sudu makan, setiap pagi dan malam.
Dewasa : Minum 1 sudu makan, setiap pagi dan malam.
Untuk kegunaan Luaran: Boleh disapu pada kulit
 
Pastikan anda mengamalkan minum air kosong 2-3 liter sehari.
Ambil selepas makan. Sebaiknya jarakkan sekitar 1/2 jam dari pengambilan makanan.
 

Menguatkan Sistem Pertahanan Badan

Minum 1 sudu makan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.

 

Masalah Berat Badan

Minum 1 sudu makan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.

 

Tenaga Untuk Ulangkaji Pelajaran

Minum 1/2 sudu makan atau campurkan dengan minuman panas.

 

Menguatkan Ingatan

Minum 1 sudu makan setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan secara berterusan.

 
Bahan-bahan
100 % Minyak Habbatus Sauda
Berat : 60 ml
 

Bio-Asli HQ
No. 15 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor
+(6017) 538-8482
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 5.30 petang
desaku_bioasli@yahoo.com
24 X 5 online support
TOP