PENGENALAN KAPSUL MINYAK KELAPA DARA ASLI
Minyak Kelapa Dara bermaksud minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.
KETERANGAN
Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia samada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita.
KANDUNGAN
100 % Minyak Kelapa Dara
BERAT : 500mg X 80 biji/botol
KHASIAT MINYAK KELAPA DARA
- Menghilangkan parut jerawat dan stretch mark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolisma.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Meningkatkan kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Memperlambatkan proses menopaus bagi wanita.
TIPS PENGAMBILAN KAPSUL MINYAK KELAPA DARA
1) MINUM / AMBIL kapsul minyak kelapa dara (MKD) selepas breakfast / sarapan pagi & waktu malam (sebelum tidur) pada jam 10 malam.
2) KENAPA?? Pada masa ini, sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit perlahan atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan kapsul minyak kelapa dara (MKD) bertindak dan bekerja dalam badan kita.
3) ELAKKAN pengambilan kapsul minyak kelapa dara (MKD) pada waktu tengahari kerana pada masa ini, sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.
4) ELAKKAN juga pengambilan kapsul minyak kelapa dara (MKD) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku / kurang kerana kapsul minyak kelapa dara yang kita minum akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.
5) NAK KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan kapsul minyak kelapa dara akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolisma meningkat. Jika anda rasa selepas pengambilan kapsul minyak kelapa dara (MKD), anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak, LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.
6) PALING PENTING SEKALI... Pastikan anda minum air kosong dengan cukup, sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga.
Cara Pengambilan Kapsul Minyak Kelapa Dara Mengikut Peringkat Umur
Kanak-kanak : Ambil 2 biji sekali makan, setiap pagi dan malam.
Dewasa : Ambil 4 biji sekali makan, setiap pagi dan malam.
Ambil selepas makan. Sebaiknya jarakkan sekitar 1/2 jam dari pengambilan makanan.
Bagi mereka yang kali pertama mengambil Kapsul Minyak Kelapa Dara, mulakan dengan 2 biji dengan setiap hidangan. Sebahagian orang akan mengalami perkumuhan yang lancar untuk beberapa hari.
Minyak Kelapa Dara adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu yang mengandung dan semasa penyusuan bayi.