Logo

Menu ccc

Semak Tempahan Produk Anda

ID Tempahan:

Pengguna Online 11614

  • Banner
  • Banner
  • Banner

Image

Klik pada gambar di atas untuk melihat gambar keseluruhan

Minyak Argan Emas Morocco

RM 66.04 + 6% GST Stok Ada

Kod: GST-ARGAN

MINYAK ARGAN

Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok Argan yang penuh dengan khasiat semulajadi untuk kosmetik dan kesihatan tubuh badan manusia secara dalaman dan luaran. Pokok Argan tergolong dalam spesies randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kering-kontang di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan unik serta amat sukar untuk dibiakkan atau di tanam di mana-mana bahagian Maghribi ataupun negara lain.

Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam serta berada di bawah perlindungan United Nations Educational. Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Pokok Argan tumbuh meliar di semi-padang pasir dengan sistem akar yang dalam, dapat membantu melindungi hakisan tanah di Utara Sahara. Tumbuhan unik ini hidup di kawasan yang meliputi dataran Intramontane yang luas lebih daripada 2,560,000 hektar, yang bersempadan dengan High Atlas dan Little Atlas Mountains dan terbuka kepada Atlantik di barat. Minyak Argan kekal salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus. 


KELEBIHAN MINYAK ARGAN

Minyak Argan Baik Untuk Diet Harian

Ia disajikan untuk sarapan pagi bersama-sama dengan roti bakar, dicelup ke dalam Minyak Argan serta madu. Hidangan tradisional Maghribi, Amlou Sweet, dianggap sebagai makanan istimewa sebenar. Ia terdiri daripada Minyak Argan yang dicampur madu dan badam, memberikan tenaga serta kekuatan, juga dikenali sebagai aprodisiak. Dalam masakan di rumah serta di restoran, Minyak Argan ditambah pada makanan yang dikukus, digoreng atau dipanggang. dengan cara ini, ia akan meningkatkan rasa serta menyediakan beberapa vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan.


Minyak Argan Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran

Minyak Argan yang ajaib dan kaya dengan khasiat ini digunakan untuk kegunaan harian dan untuk rawatan dalaman serta luaran. Ia juga digunakan pada kulit bayi untuk melindungi daripada unsur-unsur bahaya dan 'chafing'. Rawatan minyak badan merupakan rawatan perubatan Ayurvedic India Kuno yang dapat memberi tenaga kepada tubuh badan dan meningkatkan kesihatan seseorang.


Minyak Argan Dan Anti-Oksida

Kandungan Vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun. Vitamin E adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otot. Minyak Argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.

  1. Meneutralkan radikal bebas.
  2. Melindungi tisu-tisu pengantara.
  3. Merangsang oksigen dalam badan.
  4. Meningkatkan keupayaan otak.
  5. Mempunyai pengaruh yang baik terhadap hati dan pencernaan.
  6. Membantu mengawal tahap darah kolesterol.

Kajian telah menunjukkan bahawa 16g 92 sudu teh) Minyak Argan memenuhi keperluan harian badan untuk asid linoleik penting dan kandungan tinggi asid linoleik dalam Minyak Argan membantu mengawal tahap darah kolesterol.


Minyak Argan Untuk Kulit Berjerawat


Katakan " Selamat Tinggal" kepada kulit berjerawat. Masalah jerawat anda akan dapat diatasi secara efektif dengan penggunaan Minyak Argan BioAsli yang mengandungi 100% Minyak Argan. Sehingga kini, berjuta-juta individu mengalami masalah jerawat yang menyebabkan individu tersebut menjadi malu dan kurang selesa dengan penampilan diri, terutama ketika berhadapan dengan orang ramai. Mengapa ?? Ini kerana lapisan permukaan kulit terganggu dan menyebabkan perubahan kepada tekstur kulit semulajadi lalu mengakibatkan kemcunculan jerawat, 'blackhead' dan 'whitehead'. Di antara kesemua pilihan rawatan, kebanyakkan individu lebih yakin menggunakan bahan semulajadi seperti Minyak Argan yang membantu masalah jerawat.


Minyak Argan Untuk Menghilangkan Masalah Parut


Bagi sesetengah individu, walaupun jerawat telah hilang, namun ianya meninggalkan parut yang mencacatkan kulit. Parut kesan jerawat seringkali menyebabkan perubahan warna kulit kawasan tersebut kepada lebih gelap. Selalunya, ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke warna kulit asal. Kajian saintifik mendapati apabila Minyak Argan digunakan setiap hari, ianya akan mengurangkan kesan parut. Oleh kerana kandungan Vitamin E dan asid lemak utama Omega 3 minyak argan yang tinggi, penggunaan harian menjadikan kulit semakin lembut dan bebas parut.


CARA PENGGUNAAN


  1. Untuk Kegunaan Kulit : Sapukan 2 hingga 4 titis Minyak Argan dengan rata ke seluruh wajah, leher atau bahagian yang bermasalah yang telah dibersihkan setiap pagi dan sebelum tidur, Urut secara perlahan sehingga ianya diserap dengan baik.
  2. Untuk Penjagaan Kulit Kepala Dan Rambut : Sapukan Minyak Argan pada kulit kepala dan urutkan dengan sekata sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama 30 minit dan basuh rambut dengan syampu seperti biasa. Ulangi 2 kali seminggu untuk kulit kepala dan rambut yang sihat.
  3. Untuk Pemeliharaan Kuku : Rendamkan jari dalam campuran Minyak Argan bersama perahan lemon selama sepuluh minit dan kemudian bilas. Lakukan setiap minggu untuk memulihkan kuku yang rosak dan melembutkan jari.

Minyak Argan juga sesuai digunakan sebagai minyak urutan bagi mengurangkan rheumatisma dan sakit arthritis.


Jika sekiranya, anda ingin menyolek muka anda dengan produk-produk yang lain, dipohon agar membiarkan dahulu minyak argan ini selama 10 minit (untuk kesan yang maksimum).


BAHAN-BAHAN

100% Minyak Argan

BERAT : 60ml

Testimoni

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset

PENGHANTARAN PERCUMA

Untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak!

MASUKKAN EMAIL UNTUK MELANGGAN RISALAH BIOASLI