Nigella
Sativa, pohon yang darinya
dihasilkan minyak Habbatus
Sauda adalah sejenis
tumbuhan yang berbunga
secara tahunan. Asalnya
tumbuh meliar di
negara-negara sekitar
Mediterranean dan
negara-negara tenggara
Asia. Kemudian ia ditanam
secara meluas di Afrika
utara terutama Mesir, di
selatan Eropah di Syria dan
sedikit di Asia Tengah
seperti Iran dan India, .
Tumbuh dengan ketinggian
sekitar 20 hingga 50
sentimeter dan berdaun halus
dengan kedudukan daun
bertentangan. Batangnya
berwarna hijau, bulat,
berbulu dengan ukuran garis
lintang sekitar 2 hingga 5
milimeter, sementara jarak
diantara dahan adalah
sekitar 2 hingga 5
sentimeter. Dahan bercabang
di atas. Berbunga lembut di
hujung dahan, selalunya
berwarna biru muda dan putih,
berukuran garis lintang
sekitar 3 sentimeter, jumlah
kelopak diantara 5 hingga 10
helai. Tangkai bunga agak
panjang dan ia semakin
panjang apabila buahnya
semakin matang. Berbuah agak
besar jenis ‘inflated
capsule’ terdiri dari 3
hingga 7 pangsa yang mengandungi
sejumlah biji. Bijinya
berbentuk segi tiga,
berwarna hitam, berbau
‘pungent’ yang agak kuat,
mengandungi nisbah minyak
yang agak banyak. Bijinya
digunakan sebagai rempah dan
juga berbagai kegunaan lain
dan terakhir paling popular
digunakan untuk menghasilkan
minyak Habbatus Sauda’. Ia
mempunyai rasa ‘pungent
bitter’.
Biji Nigella sativa
dikenali dengan berbagai
nama seperti Habbah
elbarakah (Arab),
Kalounji, Mungal
realael (Hindi),
Kezah (Hebrew),
Charnushka
(Russia), Corek otu
siyah (Turki),
Siyah daneh (Parsi),
Zwiebelsame,Nadella,
Schwarzkumm
(German), Neidonkuka
(Finland), Mustkoomen
(Estonia), Karijnigi
(Kanada), Czarnuszka
siewna (Poland),
Nigella (Itali),
Graine atau Wagella
Cultiree, Cheveuxdevenus,
Negelle (Perancis),
Svartkummin
(Sweden), Niguilla,
Pesionara
(Sepanyol),
Svartkarve
(Norway) Juga dikenali
sebagai Fennel flower,
Black caraway, Nutmeg flower
atau Roman coriander
(Inggeris). Biasa juga biji
buahnya dipanggil sebagai
Black cumin, Nigella atau
Black seed.
Dikalangan orang Mesir dan
Syam ia dikenali sebagai
Al-Habbatul Barakah,
dan bagi Telegu dipannggil
Nellajilakaira,
Punjabi dipanggil
Kalongi, Malayalam
dipanggil
Karunjiragam,
Singhalese dipanggil
Kaluduru, Marathi
dipanggil Kalonji,
Tamin dipanggil
Karunjiragam. Di Yaman dan
Iran dikenali dengan nama
Al-Syuniz, manakala
di Algeria dipanggil
Sanuj
sementara di Moroko
dipanggil dengan nama
Basdas. |
Dilaporkan
bahawa Nigella sativa (black
seed) telah di temui di
dalam makam Tutankhamen.
Penemuan ini telah
memberikan gambaran bahwa ia
(Nigella sativa) mengambil
tempat yang sangat penting
dalam kehidupan orang-orang
Mesir purba. Sungguhpun
kegunaan sebenar Nigella
sativa dalam masyarakat
Mesir tidak diketahui secara
tepat, namun dengan penemuan
tersebut kita memaklumi
bahawa sesuatu tidak akan
dimuatserta ke dalam makam
diraja jika ia bukan sesuatu
yang terpilih dan
dipercayai serta diyakini
oleh mereka sebagai sangat
berguna dan membantu raja
mereka selepas mati.
Dalam sistem
Perubatan
Greco-Arab/Unani-Tibb yang
berasal dari Hippocrates,
menganggap black seed
sebagai sumber pemulihan
dalam gangguan pencernaan
dan juga hati. Juga dianggap
sebagai perangsang dalam
berbagai keadaan tubuh.
Adalah fakta
yang tidak benar jika
dikatakan bahawa orang Arab
mempelajari kegunaannya
daripada orang-orang Greeks,
kerana sebelum perkembangan
Islam di Timur Tengah, tiada
terdapat sebarang keterangan
dan catitan tentang
penggunaannya. Kegunaannya
dalam perubatan hanya
dicetuskan selepas
kebangkitan Islam bermula
dari apa yang telah
diucapkan oleh Rasulullah
saw berbunyi:-
“Sesunguhnya Al-Habbatus
Sauda’ boleh menyembuhkan
segala penyakit kecuali
Al-Sam”.
Hadith riwayat Imam Bukhari
“Pada Habbatus Sauda’
terdapat ubat segala
penyakit kecuali mati”.
Hadith daripada Buraidah. |