Daripada Anas (r.a),
Katanya:
Bersabda Nabi (s.a.w)
: Tiada daripada
seorang hamba
apabila melihat
ia sehari bulan
Ramadan lantas
dia memuji Allah
( kerana
kedatangan bulan
rahmat dengan
kelebihan dan
keistimewaanya)
kemudian
dibacanya Al-Fatihah
tujuh kali,
melainkan
diafiatkan Allah
daripada sakit
matanya pada
bulan ini.
Kelebihan bulan
Ramadan dan
keagungannya
dengan adanya
malam Lailatul
Qadar yang
dirahsiakan,
sehingga
mendapat
keampunan dan
pahala serta
darjat dan
darjah tertinggi
bagi orang yang
berjaya
mendapatkan
malam Lailatul
Qadar dengan
dipenuhi amal
ibadah dan
bertaqwa kepada
Allah, disamping
sembahyangnya
yang sunat ,
istiqfar, tasbih
dan berzikir
sepenuhnya.
Berkata Saidina
Ali, Nabi (s.a.w)
telah bersabda
apabila engkau
melihat sehari
bulan maka
bacalah olehmu "AllahuAkbar"
3 kali, kemudian
bacalah :
(Segala
kepujian
bagi Allah
yang telah
menjadikan
aku dan
telah
menjadikan
engkau, dan
telah
menentukan
bagi engkau
pangkat-pangkat
(darjah) dan
telah
menjadikan
engkau tanda
(kekuasaan)
bagi
sekalian
alam)
nescaya
bermegah
Allah akan
Dia dengan
malaikat dan
firmanNya:
Hai malaikat!
saksikanlah
kamu, bahwa
Aku telah
merdekakan
daripada api
neraka, atau
dibacakan :
(Ya Allah,
zahirlah
Ramadan atas
kami dengan
keamanan dan
keimanan dan
dengan
keselamatan
dan
keIslaman,
Tuhanku dan
Tuhan engkau
Allah.)
Bersabda Nabi (s.a.w)
: Bahawa syurga
berlenggang-lenggang
ia dan berhias
dari setahun ke
setahun kerana
masuknya bulan
Ramadan. Pada
awal malam bulan
Ramadan bertiup
angin di bawah
Arasy
bergeraklah daun
kayu
lemah-longlainya
di dalam syurga.
Terdengarlah
desiran
daun-daun kayu,
hembusan sang
bayu syurga yang
teramat
indahnya.Seni
rentak lagunya
menawan seluruh
perasaan nurani.
Maka berhiaslah
bidadari
sekaliannya lalu
berdirilah di
atas puncak
mercu syurga itu.
Lantas
bersuaralah
bidadari :
Adakah orang
yang hendak
meminang kami
kepada Allah,
kata bidadari
pula: Apakah
malam ini
namanya? jawab
Malek Ridwan (malaikat),
Hai bidadari
yang cantik
manis, inilah
malam awal
Ramadhan, Lalu
Allah berfirman:
Hai Ramadan
bukalah pintu
syurga Bab
AlJanan untuk
orang-orang yang
berpuasa
daripada umat
Muhammad (s.a.w).
Hai Malek Ridwan
tutuplah pintu
neraka Al-Jahim
daripada umat
Muhammad (s.a.w),
hai Jibrail
belenggukan
syaitan,
lontarkannya ke
dalam lautan
supaya tidak
membinasakan
umat Muhammad
akan puasanya.
Maka berfirman
Allah pada
tiap-tiap malam
Ramadan tiga
kali : Adakah
orang yang
meminta ampun?
Akan Aku
ampunkan!
Pada malam
Lailatul Qadar
menyuruh Allah
Ta'ala akan
Jibrail
Alaihisalam
turun ke bumi,
lalu turunlah
Jibrail ke dalam
perhimpunan
malaikat ke bumi
bersamanya
bendera hijau
lalu dipacakkan
ke atas Kaabah,
baginya 600
sayapnya ,
setengahnya
tiada dibuka
keduanya,
melainkan pada
malam Lailatul
Qadar baharulah
dibukakan
keduanya, hingga
sampai dari
timur ke barat (
Musyriq Ke
Maghrib ). Untuk
menyelamatkan
umat Muhammad,
Lalu memberi
salam kepada
tiap orang yang
berjaga pada
malam Lailatul
Qadar beribadah
kerana mencari
keredaan Allah,
dan orang-orang
yang duduk
beribadah, orang
yang sembahyang
dan berzikir dan
berjabat tangan
sesama mereka
mukmin dan
mengucap amin
doa orang-orang
mukmin hingga
terbit fajar
subuh.......
berkata para
malaikat kepada
Jibrail , apakah
Allah berikan
pada hajat orang
mukmin dari umat
Muhammad (s.a.w)
pada bulan
Ramadan ini?
Berkata Jibrail
bahawasanya
Allah menilik
kepada umat
Muhammad yang
berpuasa dan
beribadah
padanya dan
dimaafkan mereka,
diampunkan
dosa-dosa mereka,
melainkan empat
orang yang tiada
diampunkan
dosanya: yaitu
orang yang kekal
minum arak,
orang yang
derhakakan
ibubapanya,
orang yang
memutuskan
sillaturrahim
dan orang yang
tidak bercakap
dengan
saudaranya lebih
dari 3 hari.
Apabila pada
malam akhir
Ramadan
dinamakan malam
persalinan. Pada
malam hari raya
Aidilfitri
didatangkan
Allah malaikat
kepada tiap-tiap
negeri turunlah
mereka ke bumi,
berdiri pada
permukaan jalan
menyeru dengan
suara yang kuat,
semua
mendengarnya
kecuali jin dan
manusia berkata
mereka, hai umat
Muhammad
keluarlah kamu
menghadap tuhan
yang amat mulia
(sembahyang raya
di pagi raya)
yang memberi
pemberian yang
berpanjangan dan
mengampun akan
dosa-dosa yang
besar. Apabila
tibalah umat
Muhammad ke
tempat
sembahyang,
firman Allah
kepada maliakat
: Hai malaikatKu,
apakah balasan
orang yang
mengambil upah
apabila selesai
kerjanya ? Jawab
malaikat , hai
Tuhan kami,
sempurnakanlah
upahnya! Firman
Allah bahawa Aku
saksikan kamu
hai malaikatku,
telah aku
jadikan pahala
mereka dari
puasa mereka
pada bulan
Ramadan mereka
mendirikan
sembahyang,
ialah keredaanKu
dan keampunanKu
kepada mereka!
Maka firmannya
lagi : Hai
segala hambaku,
pohonlah kamu
kepada ku, maka
demi
ketinggianku dan
kebesaranku,
tiada memohon
kepadaku hari
ini akak sesuatu
bagi agamamu dan
duniamu,
melainkan Aku
kurniakan
kepadamu! (Al-Hadith).
Sabda Nabi (s.a.w)
: Diberi kepada
umatku lima
perkara yang
belum pernah
diberi kepada
umat-umat dahulu
sebelumnya :
-
a) Bau mulut
orang
berpuasa
lebih harum
daripada
kasturi di
sisi Allah
-
b) Segala
perbelanjaan
dan derita
lapar selama
puasanya
adalah
syurga
balasannya.
-
c)
Diampunkan
dosa-dosa
mereka pada
malam
Lailatul
Qadar.
-
d) Amalan
yang
dilakukan
pada bulan
Ramadan
digandakan
kepada 10
hingga 700
kali ganda,
melainkan
puasa maka
ianya bagiKu,
Aku balas
kepadanya
yang
berkuasa
menahan
syahwatnya,
makan
minumnnya
kerana Aku.
-
e) Dan
mereka
dikurniakan
nikmat
kepada
mereka
keseronokkan
ketika
berbuka dan
ketika
menemui
tuhan di
akhirat.(Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w)
: Menunaikan
yang sunat
diberi balasan
pahala fardhu,
dan amal fardhu
diberi balasan
70 kali ganda.
Bulan puasa
adalah bulan
sabar (sabar
dalam berbuat
taat kepadaNya.),
dan sabar itu
adalah syurga
balasannya bulan
ini dilebihkan
rezeki kepada
hambanya orang
mukmin,
diampunkan
baginya
dosa-dosa.
Barang siapa
memberi makan
kepada orang
berpuasa
pahalanya
seperti
memerdekakan
hamba dan
diampunkan
dosanya, berkata
sahabat :
Bagaimana kami
tak sanggup
memberi makan
orang yang
berpuasa (berbuka
puasa) ya
Rasullullah -
Allah memberi
pahala ini
kepada orang
yang memberi
seteguk susu
atau sebiji
kurma atau
segelas air,
barang siapa
kenyangkan orang
berpuasa
diampunkan Tuhan
dosanya,
diminumkan Tuhan
dari kolam Hudh
sejenis minuman
yang tiada
dahaga lagi
kemudiannya
hingga masuk ia
ke syurga dan
pahalanya
seperti pahala
orang berpuasa.
(Al-Hadith)
Puasa menurut
segala yang
disuruh dan
menjauh segala
pantang
larangannya,
diampunkan
dosanya, dan
bertasbih,
bertahlil
dibinakan rumah
indah dalam
syurga.
Barang siapa
hadir ke dalam
majlis zikir
pada bulan
Ramadan, ditulis
tiap langkahnya
ibadat setahun,
dan pada hari
Qiamat bersamaku
di bawah Arasy.
Siapa tetap
berjemaah dalam
bulan puasa
didirikan kota
bercahaya indah,
cemerlangnya ,
dan yang
berbakti kepada
ibubapanya Allah
memandang rahmat
kepadanya, dan
isteri yang
berbuat sesuatu
mencari keredaan
suaminya, maka
pahala yang
besar Allah
kurniakan
kepadanya ,
seperti Siti
Maryam dan siapa
yang
menyampaikan
hajat orang
mukmin, Allah
menunaikan
seribu hajatnya,
dan siapa
bersedekah
kepada fakir
miskin (yang ada
anak isteri)
tiap langkah
dikurniakan
kepadanya seribu
kebajikan,
dihapuskan
seribu kejahatan
dan diangkatkan
seribu darjat
baginya. (Al-Hadith).
Orang yang
sembahyang bulan
Ramadan tiap
sekali sujud,
dikurniakan
kepadanya 1700
kebajikan, dan
dibinakan rumah
didalam syurga
daripada permata
bagi orang yang
berpuasa dan
beribadat, 75000
malaikat meminta
ampun baginya
dari pagi hingga
tenggelam
matahari, dan
dibina sebuah
mahligai baginya
. (Al-Hadith)
Pada hari Qiamat,
Allah memerintah
Malek Ridwan
supaya
dikeluarkan
orang-orang
berpuasa
daripada
kuburnya dengan
keadaan lapar
dan dahaga, lalu
disuruh Malek
Ridwan berikan
segala keinginan
mereka dari
segala macam
makanan dan
minuman syurga.
Maka Malek
Ridwan
memerintah
kepada anak-anak
membawa
talam-talam
makanan ,
minuman dan
buah-buahan.
Sebagai balasan
berlapar di
bulan Ramadan.
(A-Hadith)
Orang mukmin
yang tidur dalam
bulan puasa
kerana puasa
Ramadan, dia
membalikkan
badannya sambil
meyebut Allah!
maka kata
malaikat
kepadanya :
Rahimakallah
(Allah Mencucuri
Rahmat kepada
kamu.)
-
- Apabila
dia berdiri
maka
berdoalah
hamparannya
: (Wahai
Tuhanku,
kurniakanlah
kepadanya
hamparan
permaidani
tebal
kepadanya di
dalam syurga)
-
- Apabila
memakai
pakaian ,
berdoalah
pakaian (Wahai
Tuhanku,
kurniakan
kepadanya
pakaian
syurga)
-
- Apabila
memakai
kasut,
berdoalah
kasut (Wahai
Tuhanku,
tetapkanlah
atas titian
Siratul
Mustaqim!)
-
- Apabila
memegang
timba
berdoalah
pula timba :
(Wahai
Tuhanku
kurniakan
kepadanya
gelas syurga!)
-
- Apabila
mengambil
air
sembahyang ,
berdoalah
air itu : (Wahai
Tuhanku
sucikannya
daripada
segala dosa
dan
kesalahan!)
-
- Apabila
berdiri
sembahyang ,
berdoalah
rumahnya: (
Wahai
Tuhanku
cahayakanlah
kuburnya dan
luaskanlah ,
lapangkanlah
kuburnya!)
-
Serta
menilik
Allah
kepadanya ,
maksudnya :
HambaKu
berdoa dan
Aku menerima!
(Al-Hadith)
Malaikat yang
banyak muka
bersujud kepada
Allah pada hari
Qiamat, satu
muka sujud ,
satu muka
melihat syurga,
satu muka
melihat neraka,
satu muka
melihat Arasy ,
lalu berkata
malaikat itu :
Wahai Tuhanku ,
ampunlah umat
Muhammad,
kasihanilah
mereka!
janganlah
disiksa orang
yang berpuasa
Ramadan dari
umat Muhammad!
(Al-Hadith)
-
Keredaan
Allah (bagi
orang yang
taat)
-
Keampuan
Allah (bagi
orang yang
maksiat)
-
Jaminan
Allah (bagi
orang yang
taat)
-
Kejinakan
Allah (bagi
orang yang
tawakkal)
-
Anugerah
Allah (bagi
orang yang
benar).
-
Ramadan,
Ramada,
ertinya
:
membakar
- yakni
menghapuskan
dosa
dosa
orang
yang
berpuasa
dan
beribadat
bulan
Ramadan.
-
Ramadan
ertinya
bulan
mendapatkan
keredhaan
Allah
dan
keampunan
bagi
hambaNya.
Orang
yang
mendapat
keredhaan
dan
keampunan
Allah
bererti
memberi
jaminan
(kerana
ibadatnya
pada
bulan
mulia
dengan
penuh
taat)
mendapat
syurga
anugerah
Allah
bagi
hambaNya
yang
benar
benar
melakukan
ibadat
kerana
Nya pada
bulan
Ramadan
termulia
ini
dengan
ganjaran
pahala
sehingga
seribu
kali
ganda
dan
keampunan
yang
banyak
sekali,
teristimewa
pada
malam
Lailatul
Qadar.
-
"Bahawa di
dalam syurga
terdapat
bilik bilik,
dilihat dari
luar nampak
di dalamnya
dan dilihat
dari dalam
kelihatan di
luarnya,
berkata
sahabat :
untuk
siapakah ya
Rasulullah?
Lantas
Baginda
menjawab :
Ialah bagi
orang yang
baik
percakapannya,
bagi orang
yang memberi
makan
makanan,
bagi orang
yang
sentiasa
berpuasa,
bagi orang
yang
sembahyang
di tengah
malam sedang
manusia
banyak tidur."
(Al Hadith)
-
"Semulia
mulia
sedeqah
ialah
sedeqah pada
bulan
Ramadhan."
(Al Hadith)
-
"Puasa itu
perisai dan
sedeqah itu
memadam
kesalahan
dosa
sepertimana
air
memadamkan
api." (Al
Hadith)
-
"Siapa
memberi
makan (
berbuka
puasa)
kepada orang
puasa makan
baginya
seumpama
balasan
pahala orang
yang
berpuasa
dengan tidak
kurang
sedikitpun
." (Al
Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w)
: Tiada daripada
seorang hamba
berpuasa
Ramadan, diam
tiada berkata
yang sia sia dan
daripada yang
haram dan yang
makruh, dan
sentiasa
menyebut Allah (berzikrullah),
menghalalkan
yang dihalalkan
Allah,
mengharamkan
akan yang
diharamkan
Allah, tiada
mengerjakan
kejahatan,
melainkan
sehingga
berakhir
Ramadan, telah
diampunkan
baginya segala
dosanya, dan
tiap tasbih,
tiap tahlil,
dibinakan sebuah
rumah yang
terindah di
dalam syurga
daripada permata
zamrud, di
dalamnya
daripada yaqut
merah indah, di
dalam rangka
permata itu (yaqut)
terdapat sebuah
khemah, di
dalamnya
terdapat
bidadari ( hurul
ain isteri
syurga). Terhias
dengan permata
bercahaya indah
yang menerangkan
bumi
seluruhnya.(Al
Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w)
: Bahawasanya
bagi Allah
beberapa
kejadianNya,
dijadikan mereka
supaya
menyampaikan
segala hajat
orang dan supaya
orang meminta
tolong kepada
Nya, pada
menyempurnakan
segala hajat
yang diperlukan,
mereka itulah
orang yang aman
daripada siksa
Allah (Riwayat
At Tibrani) (Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w)
: Bahawa pintu
langit dan pintu
syurga dibuka
pada awal
Ramadan hingga
akhir malam
Ramadan, tiap
orang yang
bersembahyang
pada malamnya
dituliskan
baginya tiap
satu sujud 1700
kebajikan,
dibina rumah
baginya di dalam
syurga daripada
yaqut merah
indah, baginya
70 pintu
daripada emas
yang bertatah
yaqut permata
yang merah,
orang yang
berpuasa pada
awal Ramadan
diampunkan
segala dosanya
hingga ke akhir
bulan Ramadan,
dibinakan
baginya tiap
tiap hari sebuah
mahligai di
dalam syurga,
mempunya 1000
pintu daripa
emas, dan
meminta ampun
baginya 70 000
malaikat dari
pagi hingga
tenggelam
matahari (Al
Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w)
: Kelebihan hari
Jumaat pada
bulan Ramadan
atas segala hari
yang lainnya
seperti
kelebihan
Ramadan atas
segala bulan (Al
Hadith)
Barangsiapa
mengerjakan
ibadat pada
bulan Ramadan
dengan
keimanannya dan
ikhlasnya kerana
Allah, maka di
ampunkan segala
dosanya yang
telah lalu (Al
Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w)
: Tidur orang
yang berpuasa
itu adalah
ibadat, dan
nafasnya itu
adalah tasbih,
doanya itu
mustajab,
dosanya
diampunkan
Allah, dan amal
ibadatnya
dilipatgandakan
. (Al Hadith)
Apabila berakhir
bulan Ramadan,
menangis
wali-wali Allah
kerana
terpisahnya
bulan yang
paling mulia
yang digandakan
ibadat
berlipatkali
ganda daripada
bulan bulan yang
lainnya, bulan
Allah mudah
menerima ampun
taubat hambaNya,
bulan yang
banyak sekali
diturun rahmat
ke alam, bulan
yang terdapat
padanya malam
Lailatul Qadar,
suatu rahmat dan
rahsia yang
dikurniakan
kepada hamba
hamba Nya yang
salihin, yang
tidak terdapat
pada bulan bulan
yang lainnya.
Mereka menangis
kerana belum
tentu akan dapat
menemui bulan
termulia ini
pada tahun tahun
hadapan, kiranya
dipanjangkan
umur.
Apabila
berakhirlah
malam bulan
Ramadan,
menangislah
tujuh petala
langit dan tujuh
petala bumi, dan
segala malaikat,
jerana berlalu
Ramadan
berlalulah
kelebihan, sebab
musibah bagi
umatku, dan
duduk segala
malaikat bagi
musibah, orang
bertanya : Ya
Rasullullah, apa
itu musibah
? Jawab
rasullullah (s.a.w),
Kerana segala
doa padaNya itu
mustajab,
sedakah makbul,
segala kebajikan
digandakan dan
siksa kubur
diangkat,
maka apakah
musibah yang
terlebih besar
daripada ini
bagi umatku?!
(Al-Hadith)
Malam Lailatul
Qadar adalah
malam rahsia,
yang turunnya
padanya malaikat
Jibrail dan
beberapa
malaikat dengan
perintah Allah.
Orang yang
berjaga dengan
malam ibadatnya
untuk
mendapatkan
malam Lailatul
Qadar yang
terahsia itu
yang tidak
diketahui oleh
manusia, hanya
orang-orang
solihin yang
hampir, orang
berusaha
mendapatkan
malam mulia itu
dengan berjaga
malam pada
sepuloh malam
Ramadan yang
terakhir maka
diampunkan tuhan
segala dosanya.
Di pahalakannya
dengan banyak ,
dirahmatkannya
dengan limpah
kurnia. Dan
orang-orang
solihin yang
dikurniakan
Allah mendapat
malam Lailatul
Qadar itu satu
keberuntungan
kebahagiaan bagi
akhirat,
mendapat
keampunan dan
rahmat terbesar,
mendapat
pimpinan Allah
dalam hatinya,
mendapat
keredaan Allah
dalam hidupnya
dunia dan
akhirat.
Malam Aidilfitri,
malam raya,
disunatkan
kepada kita
berjaga malam,
beribadah,
bertakbir "AllahuAkbar"
sepanjang
malamnya. Akan
mendapat
keampunan yang
banyak, pahala
yang besar,
rahmat Allah
tercurah
kepadanya. Siapa
yang
menghidupkan dua
malam raya (AidilFitri
& AidilAdha)
dengan ibadatnya
dan takbirnya ,
tiada dimatikan
hatinya pada
hari yang
dimatikan segala
hati. (Al-Hadith).
Petikan dari
buku Fadilat
Rejab, Syaaban,
Ramadan oleh
Budiman Radhi |