|
|
KELEBIHAN KURMA
BERDASARKAN AL-QURAN
DAN AS-SUNNAH
|
Diriwayatkan
daripada Abdullah
bin Jaafar katanya :
"Aku melihat
Rasulullah
Sallallahu alaihi
Wasallam memakan
buah-buahan dengan
kurma masak.
"Diceritakan oleh
Jumaah bin Abdullah
yang disampaikan
oleh Marwan yang
mendapat berita
daripada Ibnu Hashim
bahawa Amir bin Saad
mendengar bapanya
meriwayatkan
Rasulullah
Sallallahu alaihi
Wasallam bersabda :
"Sesiapa yang
memakan 7 biji tamar
ajwah dia akan
terkawal daripada
kejutan syaitan dan
sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah"
sebagaimana yang
tersebut di dalam
hadis di atas
merupakan satu
kelebihan yang
dikurniakan Allah
Subhanahu Wataala
sesuai dengan
kemuliannya sebagai
jenis kurma pertama
yang ditanam sendiri
oleh Rasulullah
Sallallahu alaihi
Wasallam.
Terdapat juga di
dalam al-Quran ayat
yang menyatakan
tentang kelebihan
buah kurma ini, yang
dialami oleh
Sayydatuna Maryam
ketika beliau
mengandung Nabi Isa
alaihi Salam
sebagaimana tersebut
di dalam surah
Maryam ayat 25 :
"Dan gocangkan
batang kurma itu
kepadanya, nanti ia
gugurkan atasmu
kurma yang masak.
Ayat di atas
menjelaskan tentang
khasiat buah kurma
kepada kaum wanita
yang sedang dalam
nifas, bila mana
Allah memerintahkan
Maryam memakannya
sedang beliau dalam
keadaan lemah
selepas bersalin.
Penemuan kajian
sains tentang
khasiat buah kurma
yang kaya dengan
unzur zat besi dan
kalsium telah
membuktikan bahawa
perubatan cara Islam
yang terkandung di
dalam al-Quran dan
hadis Rasulullah
Sallallahu alaihi
Wasallam bukanlah
jenis perubatan yang
semata-mata sesuai
dengan keadaan iklim
masyarakat Arab
sahaja atau sudah
ketinggalan zaman,
tetapi ia adalah
perubatan yang
diiktiraf oleh dunia
antarabangsa. Malah
ia lebih baik
daripada ubat-ubatan
moden yang
menggunakan berbagai
campuran dadah yang
boleh mengakibatkan
kesan sampingan yang
lain.
Unsur zat besi
dan kalsium yang
terdapat di dalam
buah kurma adalah
unsur yang paling
tinggi bagi
membentuk susu ibu.
Bagi Ibu-ibu yang
mempunyai masalah
kekurangan susu,
maka dengan
memakannya dapat
menggalakkan
pertambahan
kandungan susu.
Ianya juga
berperanan dalam
pertumbuhan
kanak-kanak damit
dan pembentukan
darah dan sumsum
tulang. Antara
kajian lain yang
dijalankan
membuktikan bahawa
kurma antara makanan
yang paling pantas
diproses sebagai
bekalan tenaga.
Kurma tersebut akan
segera dibakar dan
ia akan disalurkan
ke bahagian anggota
lain dan otak.
Rasulullah juga
pernah bersabda
mengenai hal ini ,sabdanya:"
Beri makan buah
tamar kepada
isteri-isteri kamu
yang hamil dan
barang siapa yang
memakan buah tamar
tersebut semasa
hamilnya, maka anak
yang akan lahir itu
akan menjadi seorang
anak yang penyabar
dan bersopan- santun,
kerana makanan Siti
Maryam ketika
melahirkan Nabi Isa
AS adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga
Baginda Rasulullah
Sallallahu alaihi
Wasallam
menganjurkan kita
supaya berbuka puasa
dengan buah kurma
sebagaimana sabdanya
daripada Anas
bermaksud :
"Rasulullah
Sallallahu alaihi
Wasallam berbuka
puasa dengan
beberapa biji buah
kurma sebelum
sembahyang.
Sekiranya tiada
terpadat kurma, maka
Baginda Rasulullah
Sallallahu alaihi
Wasallam akan
berbuka dengan
beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada
anggur, maka Baginda
meminum beberapa
teguk air. (Hadis
riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan
hadis ini ada
beberapa hadis lain
yang menganjurkan
agar kita berbuka
puasa dengan kurma.
Sebagaimana hadis
yang diriwayatkan
oleh Anas bin Malik,
beliau berkata : "Rasulullah
Sallallahu alaihi
Wasalla berbuka
dengan kurma dan
barangsiapa yang
tidak mendapatkannya
maka hendaklah ia
berbuka dengan air
kerana sesungguhnya
air itu pembersih.
Antara hadis lain
yang menyatakan
kelebihan buah kurma
:
Maksudnya : Daripada
Adiy bin Hatim, ia
berkata : "Saya
mendengar Rasulullah
Sallallahu alaihi
Wasallam bersabda :
"Hindarilah api
neraka walaupun (dengan
memberi sedekah)
sebelah buah kurma.
Hadis ini
menerangkan
kemuliaan buah kurma,
iaitu walaupun
dengan hanya kita
bersedekah sebelah
buah kurma kita
terhindar daripada
api neraka.
Jadi bagi
orang-orang yang
mementingkan
kesihatan mereka
agar sentiasa dapat
dijaga dengan baik,
buah kurma adalah
amat sesuai
dijadikan sebagai
salah satu makanan
harian mereka
khususnya di waktu
pagi sebelum
memulakan sebarang
tugas harian.
Khasiat kurma juga
adalah sesuai dan
baik bagi
pertumbuhan
kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan
amalan memakan kurma
yang berterusan,
kita terhindar
daripada berbagai
kemungkinan dan
dapat meneruskan
tugas harian serta
beribadat kepada
Allah Subhanahu
Wataala.
KHASIAT KURMA
Kurma
diangkat tinggi oleh
Rasulullah saw
kerana mempunyai
nilai kandungan
makanan yang tinggi.
Kandungan protein di
dalam kurma lebih
kurang 1.8 hingga
2.0 peratus, serat
2.0 hingga 4.0
peratus manakala
kandungan gulanya 50
hingga 57 peratus
glukosa. Ini
menunjukkan
kandungan gula di
dalamnya telah
ditukar secara
semulajadi. Bermakna
apabila kita memakan
kurma, tenaga yang
diserap tubuh adalah
serta-merta.
Sebaliknya gula di
dalam kebanyakan
buah-buahan dikenali
sebagai fraktosa dan
gula tebu atau gula
pasir yang biasa
mengandungi sukrosa
tidak boleh menyerap
terus dalam tubuh.
Ia terpaksa
dipecahkan dahulu
oleh enzim sebelum
bertukar menjadi
glukosa lalu diserap
tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka
dengan kurma kerana
orang yang berpuasa
tidak makan selama
12 jam. Kurma
menyumbang tenaga
serta-merta kepada
si pemakan dan ini
memudahkan seseorang
beribadat dan
menunaikan
sembahyang maghrib
atau tarawih.
Apabila tubuh berasa
segar dan bertenaga
ia menghalang kita
makan berlebihan
atau mengikut nafsu.
Kadangkala waktu
berbuka kita makan
terlalu banyak,
tetapi masih letih
dan tidak bertenaga.
Sebabnya makanan
yang diambil
kebanyakan
mengandungi
karbohidrat, tanpa
tenaga serta-merta
menjadi penyebab
selesai makan, mata
pun mengantuk.
Kita makan kurma
tanpa buang kulitnya
yang mengandungi
serat. Amat baik
untuk mencegah barah
usus besar kerana ia
melawaskan.
Sementara kandungan
vitamin A dan C amat
tinggi pada
peringkat khalal
atau rotab dan
menurun sedikit pada
peringkat tamar.
Selain itu ia
mengandungi zat
galian dan yang
paling banyak
dikenali sebagai
potasium. Potasium
diperlukan oleh
tubuh untuk sistem
saraf kerana kurma
adalah excellant
source atau sumber
mujarab. Memang
dalam susu, yogurt
dan makanan laut
juga mengandungi
potasium tetapi
jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan
hanya kismis yang
baik untuk
menguatkan ingatan,
sebenarnya kurma
juga setanding.
Mungkin atas alasan
pihak-pihak tertentu
atau negara
pengeluar anggur
telah menjalankan
kempen makan kismis
dan mempopularkan
khasiatnya.
Diriwayat oleh
Aishah r.a. yang
menjelaskan, kurma
mengandungi ubat.
“Jika sesiapa yang
selalu makan kurma
akan dihindari
daripada terkena
racun yang dimakan.”
Dalam bidang
perubatan dengan
ketiadaan kolesterol,
lemak dan gula di
dalam kurma, ia amat
baik untuk meredakan
tekanan darah tinggi.
Dalam perubatan
homeopati, biji
kurma dikisar halus
atau dijadikan
serbuk seperti teh.
Direndam dan diminum
bagi menyembuhkan
pelbagai jenis
penyakit.
Melalui petua
tertentu, kurma
dimakan bersama
badam dan madu untuk
menyembuhkan
penyakit. Kurma
dikatakan menambah
tenaga seksual atau
batin. Jus buah
kurma mungkin baru
di negara ini,
sebaliknya di negara
pengeluar selain
dimakan segar,
kering atau salai,
kurma dibuang biji
dan diganti dengan
kacang tanah, badam
atau gajus bagi
mengenakkannya.
Kurma juga dibuat
jem, sirap atau
bahan tambahan dalam
aiskrim.
Kurma sejenis buah
yang kaya dengan zat
besi, kalsium,
fosforus, sodium,
potasium, vitamin A
dan C dan juga
niasin.Ia lazimnya
dimakan semasa bulan
Ramadhan dan
mempunyai khasiat
serta nilai yang
tinggi dalam dunia
perubatan
tradisional.
Dari segi saintifik
amat berkesan bagi
mengubati gangguan
usus yang kronik,
dimana
ketidakserasian
dengan gluten,
menghalang
penyerapan zat-zat
makanan secara
sempurna.
Kurma mengandungi
sejenis bahan
protein serta garam
galian yang
menghentikan tindak
balas luar biasa
yang dicetuskan oleh
gluten dalam usus
kecil. Tindakbalas
itu jika dibiarkan
boleh membawa kepada
pengeluaran sel
darah putih secara
berlebihan.
Selain daripada
gangguan usus, jus
kurma berkesan untuk
mengatasi masalah
sembelit.
Bagaimanapun minuman
ini tidak sesuai di
amalkan oleh mereka
yang mengidap
penyakit diabetis,
kerana ia boleh
mendatangkan kesan
yang lebih serius.
Jus kurma juga
merupakan penawar
mujarab dalam
perubatan
tradisional untuk
mengatasi masalah
insomnia. Bagi
mereka yang
mengalami masalah
batuk jus kurma
sesuai untuk
diamalkan kerana
kandungan gula dalam
buah kurma bertindak
menghilangkan
gatal-gatal dalam
kerongkong sekaligus
menghentikan batuk.
Kurma dikatakan
tumbuhan yang
mempunyai pelbagai
khasiat dan kegunaan
yang banyak kerana
telah terbukti, di
dalam Al-Quran
terdapat 21 ayat
yang menyebut
tentang kurma.
Mengikut pendapat
pakar perubatan,
buah kurma kaya
dengan unsur zat
besi dan kalsium
sesuai untuk wanita
sama ada semasa
hamil dan selepas
bersalin. Hal ini
berasaskan kepada
wahyu yang
diturunkan oleh
Allah kepada ibu Isa
iaitu Maryam binti
Imran supaya memakan
buah kurma ketika
beliau dalam keadaan
lemah selepas
bersalin.
KAJIAN DAN
PENEMUAN SAINS
PERUBATAN
Berdasarkan pada
ayat-ayat Al-Quran
dan hadith Rasul,
para saintis giat
mengkaji mengenai
khasiat kurma.
Mengikut kajian
Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy
dalam buku Tempoh
mengandung dari segi
perubatan, fiqhiyah
dan perundangan,
hasil kajiannya
menunjukkan jus
kurma dapat menolong
mencengkam rahim
sewaktu proses
kelahiran,
memperkukuhkan lagi
urat-urat rahim pada
bulan-bulan terakhir
kehamilan dan
membantu memudahkan
proses kelahiran
bayi. Jus kurma juga
dapat mengurangkan
tumpah darah,
menguatkan organ
rahim serta berkesan
meredakan tekanan
darah tinggi.
Kajian Profesor
Madya Aisyah Mohd
Zain Pensyarah
Fakulti Sains dan
Bioteknologi
Universiti Putra
Malaysia,menunjukkan
bahawa jus kurma
membantu mencegah
daripada sembelit,
lemah otot,
sengal-sengal badan,
lesu dan barah usus
besar, merangsangkan
selera makan,
menguatkan ingatan
dan melawaskan.
Disamping
menambahkan tenaga
seksual,kurma juga
boleh digunakan
sebagai pencuci
mulut.
Mengikut hasil
kajian Ahli Sains
Mesir telah terbukti
khasiat kurma dalam
membantu memanaskan
badan, mencergaskan
otak dan tubuh badan
serta mencergaskan
minda dan membantu
tumbesaran
kanak-kanak. Ia juga
membantu melicinkan
perjalanan darah dan
menghindari dari
penyakit barah,
merawat buah
pinggang dan mencuci
hati, dan membantu
mengurangkan
pengaliran darah
semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah
kurma, umbut dari
pokok kurma juga
boleh dijadikan
makanan dan ia juga
mempunyai khasiat
yang tersendiri.
Pengeluar kurma
dunia ialah Arab
Saudi, Iraq, Iran,
Mesir, Tunisia dan
Algeria
Kandungan Kurma Kering
|
% |
Gula
|
Lebih 50
|
Protein
|
Lebih 2
|
Lemak
|
Lebih 2
|
Sumber Mineral |
Lebih 2
|
|
|
|
Sumber:
Encyclopaedia
Britannica CD99.
Kurma
Mencegah Serangan
Stroke
• Kandungan
kalorinya yang
tinggi dan mudah
dicerna oleh tubuh
memang sesuai kalau
digunakan saat
berbuka puasa. Namun,
ada khasiat yang
lebih istimewa:
kurma boleh
menurunkan risiko
serangan stroke
berkat tingginya
kalium yang
dikandungnya.
Buah-buahan dikenal
sebagai sumber utama
vitamin, terutama
vitamin C dan
mineral. Sudah
begitu, kandungan
energi atau
kalorinya pun rendah,
sebab lemak yang
dikandungnya juga
rendah. Namun, ada
pengecualian,
misalnya kurma.
Kandungan lemak pada
kurma juga boleh
diabaikan. Namun,
karbohidratnya yang
tinggi membuat buah
ini dapat
menyediakan energi
yang tinggi pula.
Malah paling tinggi
diantara keluarga
besar buah-buahan.
Keunggulan lainnya,
kurma
mengandungi zat gizi
penting bagi fungsi
tubuh, terutama
jantung dan pembuluh
darah, yaitu kalium.
Fungsi mineral ini
membuat denyut
jantung makin
teratur,
mengaktifkan
kontraksi otot,
serta membantu
mengatur tekanan
darah. Itulah
sebabnya kurma
menjadi istimewa.
Apalagi, beberapa
penelitian
membuktikan, makanan
tinggi kalium ini
dapat menurunkan
risiko serangan
stroke.
Cukup Lima Butir
Sehari..!
* Dari penelitian
terhadap pola
makanan yang
dilakukan terhadap
859 orang lelaki dan
wanita berusia di
atas 50 tahun di
California Utara,
AS, diketahui,
perbezaan kecil
konsentrasi kalium
pada pola makanan
dapat memprediksi
mereka yang
dijangkakan
berpeluang meninggal
akibat stroke 12
tahun kemudian. Tak
ada seorang pun yang
sukatan kaliumnya
paling tinggi (lebih
dari 3.500 mg setiap
hari) meninggal
akibat stroke.
Sebaliknya, orang
yang secara teratur
engonsumsi kalium
paling rendah (kurang
dari 1.950 mg setiap
hari) mempunyai
risiko stroke fatal
jauh lebih
tinggi dibandingkan
dengan yang lain. Di
antara mereka yang
konsumsi kaliumnya
paling Rendah,
harapan meninggal
akibat stroke 2,6
kali pada lelaki dan
4,8 kali pada wanita.
Makin banyak makanan
kaya kalium yang
dikonsumsi biasanya
makin kecil
kemungkinan orang
menderita stroke.
Para penyelidik
merumuskan dengan
hanya makan satu
jenis ekstra makanan
kaya kalium (minimal
400 mg setiap hari)
risiko fatal boleh
diturunkan sampai
40%. Tahap 400 mg
kalium itu mudah
sekali Anda penuhi
dengan makan kurma
kering sekitar 65 g
saja, atau setara
dengan lima butir
kurma. Makanan
tinggi kalium,
menurut Dr. Louis
Tobian, Jr., pakar
penyakit darah
tinggi dari
Minnesota University
AS, juga dapat
membantu menurunkan
tekanan darah serta
boleh memberi
kekuatan tambahan
dalam mencegah
stroke secara
langsung,
sebagaimana kondisi
tekanan darah
seseorang. Untuk
membuktikan hal itu,
Dr. Tobian melakukan
eksperimen pada dua
kelompok tikus yang
terkena hipertensi.
Satu kelompok tikus
diberi diet tinggi
kalium dan kelompok
lain diet kalium
normal. Hasilnya
amat luar biasa.
Diantara kelompok
tikus yang mendapat
kandungan kalium
tinggi, tak satu pun
mengalami
perdarahan otak.
Sementara 40% pada
kelompok tikus yang
mendapat kalium
normal menderita
stroke ringan yang
dibuktikan dengan
adanya perdarahan
otak.
Dari hasil
penelitian itu, Dr
Tobian membuat
kesimpulan, konsumsi
ekstra kalium dapat
menjaga dinding
arteri tetap elastik
dan berfungsi
normal. Keadaan ini
membuat pembuluh
darah tidak mudah
rusak akibat tekanan
darah. Jadi jelas,
kurma yang secara
tradisional
disajikan sebagai
salah satu hidangan
untuk berbuka puasa
di Bulan Ramadhan,
bukan makanan
pembuka yang biasa.
Diam-diam ia
menyimpan senjata
potensial antistroke
dan antiserangan
jantung. Meskipun
demikian, untuk
memastikan nampak
positif kurma,
agaknya masih perlu
dibuktikan lebih
lanjut melalui
penelitian.
Memiliki Aktiviti
Seperti Aspirin/Pill
Killer
* Selain kalium yang
berguna bagi
kesehatan jantung
dan pembuluh darah,
kurma juga
mengandung salisilat.
Zat ini, dikenal
sebagai bahan baku
aspirin, Ubat
pengurang atau
penghilang rasa
sakit dan demam.
Salisilat bersifat
mencegah pembukan
darah, antiinflamasi,
dan melenyapkan rasa
ngeri/ngilu. Kecuali
itu, menurut Nurfi
Afriansyah, staf
penyelidik KIE Gizi
Puslitbang Gizi
Bogor, salisilat
juga boleh
mempengaruhi
prostate gland (kelompok
asam lemak
hidroksida yang
merangsang kontraksi
otot , menurunkan
tekanan darah).
Sementara itu, Jean
Carper dalam bukunya
Food,Your Miracle
Medicine menyatakan
kurma mempunyai
aktiviti seperti
aspirin. Kurma
kering , katanya,
sangat tinggi
kandungan salisilat
alias aspirin
alaminya. Buah ceri,
prune dan kismis
kering juga kaya dgn
kalium kerana ia
juga mengandung
salisilat. orang
yang peka dengan
aspirin, kalau
menyantap makanan
mengandung salisilat,
akan bereaksi sama
dengan orang yg
minum aspirin.
Karena itu, pakar
kesihatan yang
mendalami alergi
biasanya akan
mewarwarkan mereka
yang peka terhadap
aspirin supaya
menjauhi makanan
mengandung salisilat,
termasuk kurma.
Di pihak lain , para
pakar tergugah rasa
ingin tahu terhadap
perkembangan bahwa
salisilat pada
makanan boleh
memberikan prestasi
yang sama dengan
minum aspirin.
Memang, ada kaijan
yang membuktikan,
aspirin regular dose
rendah (kurang atau
separuh dose yang
biasa diminum per
hari) sanggup
membantu mencegah
serangan jantung
atau stroke.
Berdasarkan hal
itu, para pakar
mengharapkan, dose
rendah salisilat
dalam makanan yang
dikonsumsi boleh
juga meredakan sakit
kepala.
Komposisi Gizi
* Buah kurma
boleh dimakan secara
langsung, dalam
keadaan kering atau
segar. Disamping itu,
juga boleh
dimanfaatkan untuk
berbagai hidangan
seperti aneka produk
roti, permen, ais
krim, selada dan
sirap.
Di negera Arab
kurma mendapat
tempat yang cukup
baik di dalam
masyarakat. Buah
berbentuk silinder
dengan biji beralur
tunggal ini biasanya
dikonsumsi bersama
hasil olahan susu.
Nilai gizi utama
yang diandaikan
memang kandungan
karbohidrat
sederhananya, alias
gulanya, yang tinggi.
Kandungan
karbohidratnya
berkisar dari
sekitar 60% pada
kurma lembek (yang
diambil sewaktu
masih lembek dan
mentah) hingga
sekitar 70% pada
kurma kering (yang
mengering di pohon,
terjemur matahari)
Kebanyakan
varietas kurma
mengandungi gula
glukosa (jenis gula
yang ada dalam darah)
atau fruktosa (jenis
gula yang terdapat
dalam sebagian besar
buah-buahan). Namun,
satu varietasnya
yang bernama Deglet
Noor yang tumbuh di
California hanya
mengandungi gula
sukrosa (dikenal
juga sebagai gula
pasir).
Menurut Dr.
Anwar El Mufti dari
Mesir, seperti
dikutip harian "Buana
Minggu", kurma
mengandung zat gula
70%. Sebagian besar
zat gula yang
terdapat di dalamnya
sudah diolah secara
alami dan tidak
berbahaya bagi
kesihatan. Seperti
halnya gula pada
buah-buahan yang
dinamai fruktosa,
zat ini mudah
dicerna dan mudah
dibakar oleh tubuh.
Dengan demikian akan
menghasilkan tenaga
yang tinggi, tanpa
menyusahkan tubuh
untuk mengolah,
mencerna, dan
menjadikannya
sebagai gizi yang
baik. Itu sebabnya
mengapa kurma
dianggap sebagai
buah yang ideal
untuk hidangan
berbuka puasa
ataupun sahur.
Segelas air yang
mengandung glukosa,
menurut Dr. David
Conning, Pengarah Am
British Nutrition
Foundation, seperti
dikutip Panasea,
akan diserap tubuh
dalam 20-30 menit,
tetapi gula yang
terkandung dalam
kurma baru habis
terserap dalam tempo
45-60 menit. Makanya,
orang yang makan
cukup banyak kurma
pada waktu sahur
akan menjadi segar
dan tahan lapar,
sebab bahan ini juga
kaya dengan serat.
Keunggulan kurma
lainnya mengandung
berbagai vitamin
penting, seperti
vitamin A, tiamin,
dan riboflavin dalam
jumlah yang bisa
diandalkan, serta
niasin dan kalium
dalam jumlah yang
sangat andal. Selain
itu, buah ini
ternyata juga memuat
berbagai zat gizi
lain seperti zat
besi, vitaminB, asam
nikotinat serta
serat (bukan zat
gizi) dalam jumlah
memadai.
Dalam setiap 100
g kurma kering
terkandung vitamin A
50 IU, tiamin 0,09
mg, riboflavin 0,10
mg, niasin 2,20 mg,
serta kalium 666 mg.
Zat-zat gizi itu
berfungsi membantu
melepaskan energi,
menjaga kulit dan
saraf agar tetap
sehat serta penting
untuk fungsi jantung.
Riboflavin dan
niasin. Misalnya,
akan membantu
melepaskan energi
dari makanan,
sementara tiamin
membantu melepaskan
energi dari
karbohidrat. Vitamin
A dan niasin
memainkan peranan
dalam membentuk dan
memelihara kulit
yang sehat. Tiamin
penting bagi sel-sel
saraf, sementara
niasin menjaga
fungsi normal saraf.
Kurma juga
mengandung banyak
mineral penting ,
seperti magnesium,
potasium dan kalsium.
Mineral-mineral itu
sangat diperlukan
oleh tubuh. Serat
yang terdapat dalam
kurma berfungsi
melunakkan usus dan
mengaktifkannya,
yang secara
mempermudah buang
air besar. Dalam
kurma juga terdapat
semacam hormon (potuchsin)
yang boleh
menciutkan pembuluh
darah dalam rahim,
sehingga boleh
mencegah perdarahan
rahim.
|
|
|
|
|