Jumlah
orang yang berlebihan berat badan terus meningkat selama lebih dari
beberapa puluh tahun terakhir ini, terutama selama 10 tahun kebelakangan
ini. Menurut Centres for Disease Control and Prevention (CDC)
jumlah orang gemuk di Amerika telah meningkat pada 10 tahun terakhir ini
dari 12% menjadi 17.9% dari keseluruhan penduduknya. Juga di Amerika,
55% dari keseluruhan penduduk yang mengalami kelebihan berat badan, satu
dari empat orang dewasa dianggap gemuk atau sebanyak 25% dari semua
remaja mengalami kelebihan berat badan. Anak-anak lebih banyak menjadi
cepat gemuk, sehingga jumlah anak yang kelebihan berat badan meningkat
dua kali ganda pada 30 tahun terakhir ini. Angka ini hamper sama terjadi
di Britain, Jerman dan negara-negara Eropah lainnya.
|
|
 |
Dilihat
dari sudut perubatan kegemukan adalah masalah yang serius. Dengan berat
badan yang berlebihan, sesaorang boleh menambah risiko mendapat penyakit.
Seseorang dianggap gemuk jika berat sebenarnya 20% atau lebih di atas
berat normalnya. Selama lebih dari 10 tahun terakhir ini kegemukan telah
meningkat sebanyak 70% diantara orang yang berusia 18-29 tahun. Bagi
orang yang berusia 30-39 tahun angkanya meningkat sebanyak 50%. Kesemua
kelompok usia lainnya mengalami penambahan berat badan yang dramatik
seperti sakit jantung, hempedu, diabetis, osteoarthritis dan mati muda.
Jika
masalah berat badan dapat diatasi maka bererti badan akan menjadi
sihat.Apatah lagi jika dilakukan sendiri tanpa bantuan ubat-ubatan.
Kebanyakan orang berusaha untuk menurunkan berat badan dengan megikuti
berbagai program seperti mengurangi makanan berlemak dan melebihkan
karbohidrat. Ternyata ia membuat mereka sengsara sedangkan dan hasilnya
tidak sebagaimana yang dikehendaki.
Segelintir
orang masih menganggap makan secara sihat dan seimbang adalah dengan
menghindari lemak dan menggunakan minyak “sihat” seperti marjerin dan
minyak sayur sebagai bahan asas makanan. Namun jika dipelajari tentang
makanan kesihatan dan minyak kelapa dara, sebenarnya mereka telah
mengambil jenis minyak yang salah. Justeru itu mereka seharusnya
menggantikan minyak sayur dengan mengkonsumsi minyak kelapa dara,
menggunakan mentega (butter) menggantikan marjerin, sedikit
manis-manisan dan mengkonsumsi lebih banyak makanan serat. Dengan ini
akan menjadikan badan lebih sihat tanpa perlu mengurangi jumlah makanan
yang diambil. Tambahan pula dengan memakan minyak kelapa dara mereka
akan mendapat lebih kalori berbanding sebelumnya.
Cara pemakanan seperti ini sebenarnya merupakan diet yang tanpa
disedari boleh menurunkan berat badan. Keadaan ini dikatakan tanpa
disedari kerana sesaorang yang melalui kaedah ini akan mengalami
kehilangan berat badan tanpa menjalani diet dan mereka sebenarnya tidak
pun berusaha untuk menurunkan berat badan mereka. Dengan pola makan
seperti ini mereka tidak akan merasa terbeban dengan aturan-aturan diet,
serta bebas makan makanan berlemak terutama minyak kelapa.
GANGGUAN KESIHATAN DAN KEGEMUKAN
Abnominal hernias |
Arthritis |
Encok |
Sakit jantung koroner |
Hipertensi |
Gangguan pernafasan |
Varicose veins |
Atherosclerosis |
Diabetis |
Gangguan gastrointestinal |
Kanser |
Ketidakteraturan Ginekologi |
BAGAIMANA
MENDAPATKAN LEMAK
Mengapa harus menghitung kalori
Lumrahnya
kegemukan berlaku adalah disebabkan oleh kelebihan makanan yang dimakan
dibandingkan yang diperlukan oleh tubuh. Fenomina ini terjadi bilamana
makanan yang dimakan diubah menjadi energi samada untuk memperkuat
fungsi metabolik atau untuk aktiviti fizikal. Namun sekiranya terdapat
lebihan energi ia akan diubah menjadi lemak lalu masuk ke dalam sel
untuk dijadikan selulit pada kaki, sekitar pinggang dan punggung. Oleh
itu semakin banyak makan, maka semakin besar badan sesaorang.
Tenaga
yang didapati dari makanan diukur dalam unit kalori. Setiap orang
memerlukan sejumlah kalori tertentu untuk menjaga fungsi proses
metabolik dasar. Semua ini merupakan proses yang dapat mempertahankan
hidup misalnya menjaga jantung agar terus berdegup, paru-paru tetap
bernafas, perut tetap mencerna makanan dan memperkuat setiap proses
seluler yang semuanya terus berlangsung di dalam tubuh. Angka di mana
tubuh menggunakan kalori untuk aktiviti metabolik ini dinamakan basal
metabolic rate (BMR) iaitu jumlah kalori yang akan dikeluarkan
seseorang ketika berbaring, tidak aktif tetapi dalam keadaan jaga.
Aktiviti apa pun walaupun sederhana akan memerlukan kalori tambahan. Dua
pertiga kalori yang digunakan setiap hari digunakan untuk menjaga fungsi
metabolik dasar. Setiap orang mempunyai BMR yang berbeza. Banyak faktor
menentukan BMR dan jumlah kalori yang diperlukan dan digunakan tubuh.
Anak muda memerlukan lebih kalori berbanding orang tua. Secara fizik
orang dewasa memerlukan lebih banyak kalori berbanding orang pasif.
Orang yang sedang berpuasa, sangat kelaparan atau sedang berdiet
menggunakan lebih sedikit kalori berbanding biasa.
Dua
faktor paling berpengaruh yang harus dikendalikan dalam menurunkan berat
badan adalah konsumsi kalori dan aktiviti fizik.
Perhatikan
satu contoh tentang bagaimana pengambilan makanan mempengaruhi berat
badan. Seseorang yang mempunyai berat 150paun (75kg) dengan pekerjaan
yang memerlukannya duduk sahaja, seperti operater keyboard komputer,
memerlukan hanya sekitar 1600 kalori untuk fungsi metabolic dasar dan
800 kalori lainnya untuk aktiviti fizik harian. Dia harus mengkonsumsi
sejumlah 2400 kalori (1.600+800) setiap hari untuk mempertahankan berat
badannya. Jika dia kurang makan, katakanlah 2300 kalori, maka berat
badannya akan turun kerana tubuhnya memerlukan 2400 kalori. Oleh kerana
keperluan asas tubuhnya memerlukan sebanyak 2400 kalori, jika dia tidak
mendapatkan semuanya dengan tambahan 100 kalori lagi, maka ia harus
didapatkan dari pemecahan jaringan lemak. Akibatnya dia akan kehilangan
lemak dari badan. Sedangkan jika dia memakan lebih dan 2400 kalori,
semua lebihan tenaganya akan diubah menjadi lemak dan berat badannya
akan bertambah.
Perhatikan
contoh di mana aktiviti berubah tetapi konsumsi kalorinya tetap sama
jika lelaki dalam contoh tadi mengkonsumsi kalori 2400 kalori/sehari,
gerakan fizik kurang aktif berbanding sebelumnya, tubuh akan menggunakan
lebih sedikit kalori. Jika dia hanya menggunakan 2300 kalori kelebihan
kalori yang dikonsumsi akan diubah menjadi lemak dan dia akan menambah
berat badannya. Sebaliknya jika dia melakukan olahraga, aktiviti fizik
akan menambah kalori hariannya misalnya sehingga 2500 kalori per hari.
Berat badannya akan turun kerana lemak tubuh sebanyak 100 kalori akan
digunakan untuk mengganti keperluan energi. Oleh kerana itulah orang
aktif biasanya kelihatan lebih ramping berbanding orang kurang aktif.
Jika contoh lelaki di atas melakukan pekerjaan seperti jaga sekolah,dia
akan memerlukan sekitar 2600-2800 kalori sehari untuk mempertahankan
berat badannya. Jika dia melakukan pekerjaan berat, seperti menukang,
dia akan memerlukan 2800-3200 kalori setiap hari. Orang sebegini
memerlukan kalori antara 2200-3200 kalori setiap hari dan bergantung
pada aktiviti hariannya. Wanita biasanya lebih kecil keperluannya dan
kurang berotot berbanding lelaki sehingga mereka memerlukan lebih
sedikit kalori kira-kira 200-400 kalori di bawah keperluan lelaki.
TURUN
BERAT BADAN CEPAT
Pernahkah
anda melihat sebuah iklan “Saya menurunkan berat badan 25kg dalam masa 4
minggu”. Saya mengurangkan ukuran dari 18 menjadi 8 dalam masa 30 hari?”
Segala macam program diet menjamin dapat menurunkan berat “dengan cepat”.
Persoalannya, apakah mungkin sesaorang mampu menurunkan berat badan
dengan begitu cepat?
Cuba perhatikan fakta berikut:
Satu paun (setengah kg) lemak tubuh menyimpan 3500 kalori, untuk
menurunkan harus mengulangi kalori yang masuk lebih
kecil dari 3500 kalori. Rata-rata pengurangan sebesar 500 kalori sehari
atau 3500 kalori seminggu akan dapat menurunkan berat badan sebanyak
setengah kg (satu paun) seminggu. Pengurangan 1000 kalori setiap hari
sama dengan penurunan berat badan sebanyak 2 paun setiap minggu. Untuk
menurunkan 1000 kalori setiap hari, mereka harus mengurangi makanan
hampir separuh dari biasa Itu merupakan pengurangan yang besar bererti
penurunan lemak memerlukan waktu, tidak dapat mengurangi 25kg lemak
hanya dalam waktu 6 minggu. Hal ini tidak mungkin terjadi kecuali
terlalu gemuk dan tidak mengkonsumsi apa-apa kecuali air. Penurunan 3
hingga 6 kg lebih realistik dalam waktu 6 minggu. |