Testimoni | BIO-ASLI

Testimoni

Testimoni Bergambar

Testimoni Masalah Kulit

Mohd Sarjuni. Berusia 64 tahun. Berasal dari Kg. Teluk Rhu, Sabak Bernam, Selangor. Beliau mengalami masalah kulit mengelupas hampir setahun. Masalah ini berlaku selepas beliau habis menebas rumput dikawasan kebun. Ia dimulai dengan gatal-gatal pada kulit. Oleh kerana tidak tahan dengan gatal kulit yang di alami, beliau berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Penyakit ini menyerang di bahagian kaki serta celah tangan. Beliau juga mendapatkan rawatan tradisional, tetapi hasilnya masih sama, tiada perubahan yang ketara. Akhirnya beliau berjumpa dengan saudara En. Roslee memaklumkan akan penyakit yang dihadapi. En Roslee bergegas menghantar produk Minyak Kelapa Dara dan Delima Collagen (Biorich @ Bioasli). Beliau menyapukan minyak kelapa dara di kawasan yang berpenyakit serta minum delima collagen. Hasilnya selepas 4 hari, penyakit yang dihadapi semakin pulih dan beliau berazam untuk meneruskan penggunaan produk ini.

Testimoni Masalah Ekzema

Testimoni boleh dirujuk pada gambar.

Testimoni Masalah Kurang Bertenaga

Testimoni boleh dirujuk pada gambar.

Testimoni Masalah Kulit

Assalamualaikum… Terima kasih kerana mewujudkan produk ini dan saya bersyukur pada Allah S.W.T kerana cipataanNya yang tidak ternilai. Baru guna 2 hari Minyak Kelapa Dara Asli (VCOP), gatal-gatal dekat badan saya sudah berkurang sebanyak 90%. InsyaAllah tak cari produk lain.. Disini saya sertakan gambar lengan saya yang kena gatal-gatal. Gambar 15/3/2013 adalah hari ke-2 penggunaan VCOP. Sebelum itu memang teruk, permukaan kulit menggerutu dan kasar. Gambar 21/3/2013 itu, memang da clear habis, Cuma tinggal parut yang semakin pudar. Kulit licin je. Selepas mandi je, saya terus sapu di bahagian yang bermasalah. Walaupun bau kurang sedap, tapi nak cantik punya pasal, saya guna jugak. InsyaAllah, kalau dah habis, saya akan order lagi. Minyak Kelapa Dara Asli (VCOP) ini buat kulit cantik. Terima Kasih Ya Allah atas ciptaan Mu yang tidak ternilai. keranaMu, produk BioAsli wujud, terima kasih juga yang mencipta produk Minyak Kelapa Dara Asli (VCOP) ini.

Kekal sihat dan cergas dengan minyak kelapa dara Bioasli : Baby anda

Nama : Sofia binti Ishak (MD Bioasli)
Umur : 3 bulan
1. Menggunakan minyak kelapa dara (VCOP) setiap kali selepas mandi untuk kulit yang sihat dengan menyapu ke seluruh bahagian badan.
2. Losyen Kelapa Dara (LVCO) di gunakan untuk mengatasi masalah ruam susu.
3. Ibu Sofia, Pn Siham mengamalkan Kapsul Minyak Kelapa Dara setiap hari untuk memastikan susu badan kekal berkhasiat dan berkualiti. Dari hari di lahirkan Sofia tidak menghadapi pelbagai masalah seperti demam atau kembung perut sehingga hari ini walaupun selepas menerima suntikan sebanyak 3 kali.

Demam "Chicken Pox"......

Anak saya jenis tidak suka makan ubat doktor n hanya ambil air kosong dan susu. Tambah lak demam 'chicken pox' kena sapu bedah sejuk, letak daun mambu... lagi la anak saya xsuka. Sebagai ibu, saya cari alternatif lain supaya anak saya mahu makan ubat utk pulihkan deman 'chicken pox'. Alhamdulillah Minyak Kelapa Dara dpt selesaikannya. Dalam masa yg sama, anak sy rajin buat kerja sekolah
Day 2 - hari pertama minum minyak kelapa dara asli...keesokkan hari..ni hasilnya..gelembung2 air keluar.
Day 4 - dgn teruskan ambil Minyak Kelapa Dara Asli makan n sapu...ni hasilnya...gelembung2 air mula mengecut.
Day 6 - gelembung2 air mula mengering
Day 11 - kulit2 kering mula mengelupas
Bersyukur sangat, anak cakap sapu minyak tu tidak rasa gatal langsung..:)

Kulit kembali berseri dengan VCOP

Saya merupakan stokis Bio Asli . Awal Januari 2012, rakan saya , Cik Pushpa mengidap penyakit kulit yang mengakibatkan muka beliau bertompok warna hitam dan kasar. Dengan berjumpa pakar masih tidak dapat menyembuhkan malah kulit muka bertambah hitam. Saya mengesyorkan VCOP. Setelah 2 minggu saya terperanjat dengan keadaan muka beliau yang bersih. Saya sangkakan dengan ubat hospital atau facial menyembuhkan muka beliau. Rupa-rupanya VCOP yang digunakan itulah mampu menyebuhkan muka beliau. Saya mengesyorkan sesiapa yang mengidap penyakit gunakanlah produk Bio asli kerana kesannya yang tidak dapat diperolehi dari produk yang lain. Kita boleh gunakan tanpa ragu-ragu. Produk : VCOP Tempoh penggunaan : 2 minggu

Kambing Sihat Dengan VCOP

Assallamuaikum. w.b.t Saya salah seorang ahli dan pengguna produk Bio-asli. Saya baru join Bio-asli baru 2 bulan, id saya azmie76 selain saya mencuba produk Bio-asli untuk kesihatan keluarga saya, saya juga mencuba kepada ternakan saya (kambing) yang mengalami masalah penyakit puru . Masalah penyakit puru kambing ini kes kedua bagi anak kambing saya, keyakinan saya merawat masalah anak kambing saya dengan produk Bio-asli ( Minyak Kelapa Dara Asli) setelah saya merawat anak kambing saya bagi kes pertama, tetapi saya tidak mempunyai bukti bagi kes pertama kerana tidak menyangka Minyak Kelapa Dara mampu merawat penyakit termasuk kes penyakit haiwan. Cara rawatan yang saya berikan kepada anak kambing saya dengan cara memberi/suntik ke dalam mulut dan menyapukan Minyak Kelapa Dara Asli di kawasan yang bermasalah. Sememangnya ada pelbagai jenis ubat untuk rawatan penyakit puru(haiwan) seperti Hibiscrub, Tincture Iodine, Skin Heal Spray dan lain lagi. Tetapi dengan keberkesanan Minyak Kelapa Dara Asli dapat merawat penyakit yang sama ianya memberi keuntungan kepada saya /penternak kerana Minyak Kelapa Dara Asli dapat memberi manafaat kepada saya dan juga ternakan saya kerana saya tidak perlu untuk membeli ubat kepada kambing saya yang mengalami masalah. Syabas & Tahniah buat Bio-asli kerana mampu mencipta produk bermutu tinggi dan menjadikan buah nyior sebagai produk kesihatan yang terhebat.

Tonsil bengkak 3 tahun

A Apakah itu Tonsil? Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:- 1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung 2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah 3. Palatine tonsils - tonsil di tekak. 3 tahun merana tonsil membengkak,beribu ubat telah di telan,beratus pakar telah di temui tetapi hasilnya tetap sama. Tidak sanggup untuk menjalani pembedahan,saya mencari alternatif dengan melayari website-website yang menawarkan produk-produk herba dan saya menemui website Bioasli,minyak kelapa dara. Di dalam website ini pelbagai kebaikan dan kelebihan minyak kelapa dara di nyatakan tetapi saya masih tidak yakin dek kerana trauma dengan hasil ubat-ubat sebelumnya yang turut menyatakan beribu kebaikan tetapi tetap tidak mendatangkan hasil. Saya mengambil nombor stokis dan mencari stokis berkenaan di facebook dan menghantar mesej bertanyakan minyak kelapa dara. Setelah beberapa hari dan sesi soal jawab berjalan,saya nekad mencuba Minyak Kelapa Dara Asli(VCOP) dan mengamalkan minum 5 kali sehari seperti yang di cadangkan oleh stokis itu. Alhamdulillah,dalam hanya masa 7 hari tonsil yang membengkak telah menyurut dan saya sudah boleh membau makanan dan tidak berasa sakit apabila menelan makanan. Kini saya amat yakin dengan produk keluaran Bioasli terutamanya Minyak Kelapa Dara Asli. Betul-Betul POWER!!!

Kambing Sihat Dengan VCOP

A Saya Abu Bakar bin Omar berasal dari Air Hitam,Kedah. pada 22hb Ogos yang lalu saya telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan telah dimasukkan ke hospital, luka saya teruk dikaki dan diwajah saya seperti yang dilihat diatas, banyak orang berkata wajah saya akan berparut selamanya. saya tidak berputus asa. Alhamdulillah selepas saya menggunakan krim LVCO, perubahan ketara dapat dilihat dalam masa empat hari saya menggunakannya. selepas sebulan inilah hasil yang saya dapat pada wajah saya. krim ini dapat menyembuhkan luka diwajah saya dengan cepat sekali. saya mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat kerana mengeluarkan barangan yang betul-betul power dan bermutu...

Testimoni Bergambar

Kekal sihat dan cergas dengan Minyak Kelapa Dara Bioasli

Saya merupakan seorang peniaga yang bekerja dari pagi sampai ke tengah malam..Setiap hari saya memerlukan tenaga yang cukup untuk membuat semua kerja..Oleh itu saya telah mencuba mengamalkan minum kopi nanduk..Setelah mencuba 1 kotak ,badan saya terasa amat cergas dan kembali bertenaga sepanjang hari dan setiap pagi saya tidak ada masalah untuk bangun dari tidur.Selain itu juga dengan mengamalkan minum minyak kelapa dara asli, sistem daya ketahanan badan saya juga bertambah kuat dan sukar untuk di jangkiti penyakit..Alhamdulillah selama 1 tahun saya mengamalkan minyak kelapa dara ini badan saya sentiasa sihat!!.

Kekal sihat dan cergas dengan Minyak Kelapa Dara Bioasli

Saya mengalami masalah kulit gatal-gatal dan ruam-ruam pada bahagian tangan dan badan saya..setelah di perkenalkan MINYAK KELAPA DARA ASLI oleh seorang kawan saya,saya telah mencuba dengan minum 2 sudu sehari setiap pagi dan malam dan menyapu pada kulit yang bermasalah..Setelah seminggu mengamalkannya,kulit saya sudah hilang sepenuhnya masalah ruam-ruam dan gatal-gatal malah bertambah lebih baik dan kesan parut pada tangan saya pun semakin hilang.Selain itu kesihatan saya bertamabah baik kerana khasiat MINYAK KELAPA DARA BIO-ASLI dapat meningkatkan sistem ketahanan badan.

Penyakit Pelik - Jangkitan Virus di Kaki

Saya adalah surirumah sepenuh masa. Saya menghidap jangkitan kuman pada kedua-dua kaki saya yang mula mengeras seperti kayu selama 2 bulan. Memang doktor sendiripun pelik dengan apa yang terjadi pada kedua-dua kaki saya dan doctor member tahu itu jangkitan virus. Sesiapa juga yang datang menziarahi saya akan merasa pelik dengan kejadian kaki keras macam kayu….. Macam - macam ubat dan produk yang saya gunakan, tetapi tidak berhasil.
Alhamdulillah saya diziarahi oleh Pn Salma Abdul Rahman (019-2480540) seorang stokis bioasli (sb1080). Mengesyorkan saya menggunakan produk bioasli, Minyak Kelapa Dara (VCOP) dengan memberi secara percuma untuk di sapu di kedua-dua belah kaki saya. Dalam masa dua minggu saya merasakan kaki saya mengalami perubahan dengan terasa lembut sikit daripada keras macam kayu.Kaki saya juga sudah tidak rasa tegang seperti sebelum ini. Saya telah menghubungi Pn Salma untuk mendapatkan produk Minyak Kelapa Dara (VCOP) untuk menggunakannya secara berterusan. Apabila saya konsisten menggunakan Minyak Kelapa Dara (VCOP) ini pada setiap hari, Alhamdulillah sekarang banyak perubahan yang berlaku berbanding sebelumnya. Saya berharap penyakit pelik ini akan sembuh sepenuhnya secepat mungkin.
Saya sangat bersyukur kepada Allah yang telah memberikan penawar kepada kaki saya, setiap penyakit itu ada penawarnya memang telah dijanjikan oleh- Nya. Kenikmatan kesihatan hanya diketahui oleh orang yang sakit. Begitu juga terjadinya kepada saya nikmat sihat amat bermakna pada saya, saya sangat-sangat bersyukur. Kepada mereka diluar sana jika anda ada mempunyai apa jua jenis penyakit cubalah produk bioasli Minyak Kelapa Dara. InsyaAllah dengan izinNya penyakit yang kita hidapi pasti akan sembuh.

Terkena cuka getah & rawat menggunakan Minyak Kelapa Dara

Asid formic atau lebih di kenali sebagai cuka getah adalah pemangkin untuk proses pembekuan susu getah(lateks). Sifatnya yang menghakis boleh mendatangkan kecedaraan seperti melecur dan buta jika terkena pada mata jika tidak di kendalai dengan cermat dan berhati-hati. Namun begitu,manusia merancang dan Allah yang menentukan. Malang tidak berbau bagi puan Rosiah yang merupakan penoreh getah sejak bertahun-tahun dahulu,apabila kemalangan telah berlaku dan menimpanya ketika sedang melakukan kerja-kerja membekukan susu getah. Pada hari Isnin tersebut,dalam hujan renyai-renyai beliau ingin menyegerakan kerja-kerja dan pulang awal ke rumah. Oleh kerana licin,tanpa di sedari ketika mencapai bekas berisi cuka getah(asid formic) tersebut,tiba-tiba ia terjatuh dan sebahagiannya terpercik ke badan dan muka beliau. Serta merta kulitnya mula memerah dan melecur di sebabkan sifat penghakis asid tersebut. Dengan menahan kesakitan,beliau berlari ke rumah dan mengambil minyak kelapa dara asli keluaran bioasli yang sentiasa menjadi keperluan di rumahnya dan segera menyapukan ke bahagian kulit yang terkena cuka getah tadi. Kesakitan yang di alami agak reda dan beliau terus merujuk kepada klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat beliau amat terkeju kerana kesan pada kulit yang terkena cuka getah itu tidak melecur dengan teruk. Doktor tersebut menyatakan terdapat kes sepertinya pada minggu sebelumnya dan mangsa cedera melecur dengan teruk sekali. Puan Rosiah menceritakan pada doktor bahawa beliau telah menyapukan minyak kelapa dara asli keluaran Bioasli pada tempat tersebut dan sendiri merasa tidak percaya dengan kesannya. Beliau bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Bioasli kerana mengeluarkan produk hebat ini.

Masalah alergik selesai dengan Minyak Kelapa Dara

Nama saya Tiloram. Saya tiba-tiba mengalami masalah kulit/alergik. Sebelum ini saya biasa makan makanan laut, lepas saya mengalami masalah kulit/alergik saya tak dapat makan itu seperti biasa. apabila saya makan tidak sampai 10 minit badan merasa gatal dan muka pun benjol. Dan saya terpaksa untuk makan ubat tahan gatal hari-hari. Saya pun belanja/cuba macam-macam cara untuk selesaikan masalah ini tetapi tiada perubahan. Dan akhir sekali saya dapat tahu produk Bioasli ini melalui web. Saya bagi tahu masalah saya kepada customer servis dan mereka pesan saya,untuk mengambil cvcop dan cvco then,saya pun cuba. Dalam masa 2 minggu sahaja masalah saya selesai dengan produk Bioasli...dan saya sekarang boleh makan makanan laut seperti biasa dan saya terus mengambil produk Bioasli. Saya mengucap ribuan terima kasih kepada Produk Bioasli.

Testimoni Video

Testimoni Sakit Kulit & Psoriasis

Rawat Kucing Bermasalah

 

 

Panduan Produk Bio-Asli Ketika Menunaikan Haji & Umrah Bahagian 1

Panduan Produk Bio-Asli Ketika Menunaikan Haji & Umrah Bahagian 2

 

 

Dr. Bruce Fife - Benefits of Coconut Oil

Dr. Mercola: Is Coconut Oil REALLY Healthy?

 

 

Khasiat Minyak Kelapa Dara & Cara Penggunaan

Coconut Oil As an Alzheimer's Treatment - Dr. Mary Newport

Bio-Asli : Minyak Kelapa Dara No. 1 Di Malaysia

Dapatkan promosi atau diskaun istimewa apabila anda mendaftar

Daftar Akaun

Bio-Asli : Minyak Kelapa Dara No. 1 Di Malaysia

Dapatkan promosi atau diskaun istimewa apabila anda membeli

Beli Sekarang
TOP