Kenali Syarikat Kami | BIO-ASLI

Profil Syarikat

Syarikat Kami

Info Syarikat

Memulakan perniagaan sekitar tahun 1997, dengan hanya bermodalkan sekitar RM 2,600.00, serta 6 orang pekerja. Mendapat kepercayaan syarikat gergasi antarabangsa Jepun "TAMURA ELECTRONICS (M) SDN BHD" untuk kerja pemasangan unit komponen transformer. Di bantu oleh ratusan tenaga kerja dari anak-anak desa Sabak Bernam, pernah mencapai kegemilangan dengan jumlah jualan jutaan ringgit sebulan. Dengannya berupaya memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada warga tempatan.

Pada tahun 2000, mengembangkan perniagaan dengan memasuki segmen pengeluaran makanan dan minuman, dengan jenama DESAKU. Selain mengeluarkan puluhan jenis minuman berbagai perasa, DESAKU juga membantu secara aktif memasarkan berbagai jenis makanan keluaran orang kampung, terdiri daripada makanan tradisional beserta biskut-biskut moden. Tenaga pakar DESAKU berjaya membantu dan menjalin kerjasama erat bersama pengusaha-pengusaha sehingga mereka mampu memperoleh pendapatan memberangsangkan setiap bulan.

Sesuai dengan sikap asli seorang usahawan, kejayaan tidak pernah membantutkan pengembangan perniagaan, bila mana ada peluang terhidang di depan mata. Pada tahun 2005, memulakan penyelidikan secara aktif dalam bidang perubatan herba. Terlibat dalam penghasilan MINYAK KELAPA DARA, dan beberapa produk yang berkaitan dengannya. Menggunakan MINYAK KELAPA DARA sebagai asas pembuatan produk, akhirnya lahirlah Bio-Asli, hasil dari gabungan pengetahuan dan kepakaran dari tenaga kerja sedia ada.

Bio-Asli menawarkan perniagaan yang inovatif dan kreatif iaitu perniagaan secara online di internet "Online Business", dengan keupayaan menawarkan rangkaian produk seperti produk kesihatan, kosmetik & kecantikan, suami isteri, makanan & minuman, serta Blog & Kedai Online di internet. Dengan mengaplikasikan teknologi terkini, kini perniagaan BioAsli mampu menjangkau ke seluruh pelusuk dunia, serta menjanjikan habuan yang lumayan pada semua.

  • Alamat : No. 15 Jalan PPSL 1, Pusat Perniagaan Sungai Lias, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Lagu Rasmi Bio-Asli

Oh... Bioasli minyak kelapa dara,  Ladang di jaga dengan sempurna

Dari sejak nenek moyang kita, Khasiat minyak kelapa dara sudah ternyata

Bioasli minyak kelapa dara (4X)

Setiap penyakit ada obatnya, Akar kayu terpilih di antaranya

Minyak kelapa dara penuh khasiat, Menjamin kesihatan keluarga sihat

Bioasli minyak kelapa dara (4X)

** Minyak kelapa dara gabungan herba

Penawar obat kepada manusia, Jangan leka apa lagi di nanti

Gunakalah minyak kelapa dara bioasli

Bioasli minyak kelapa dara (4X)

*** Berbagai penyakit di hidapi manusia

Jika di serang tidak mengira usia, Jangan leka apa lagi di nanti

Gunakanlah minyak kelapa dara bioasli, Bioasli minyak kelapa dara (4X)

Ulang ** dan ***

(Klik Gambar Untuk Besarkan)

Bio-Asli : Minyak Kelapa Dara No. 1 Di Malaysia

Dapatkan promosi atau diskaun istimewa apabila anda membeli

Beli Sekarang
TOP