Susu kambing kaya dengan
protein, enzim dan
mengandungi faktor anti
penuaan, anti arthritis
serta antibarah. Ia
mengandungi anti bodi untuk
merawat penyakit gastrik,
demam kuning, lelah,
penyakit kulit, memulih
tenaga batin, sakit jantung
peringkat awal, ulser perut
serta membantu dalam
pembentukan tulang dan gigi
serta berbagai lagi penyakit
kerana susu kambing
merupakan makanan tambahan
yang baik untuk kesihatan.
Antara kebaikan lain susu
kambing ialah :-
Bersifat alkali.
Tidak menyebabkan
alahan.
Membantu sistem
penghadaman.
Membantu sistem
imunisasi tubuh.
Meningkatkan daya
kepekaan, penumpuan
dan ingatan.
Menguatkan jisim
tubuh yang sihat (tulang,
otot, sendi, kulit &
tisu saraf).
Sama seperti susu
ibu, pH susu kambing
beralkali berbanding
susu lembu yang
asidik.
Molekul Lemak dalam
susu kambing lebih
halus & mudah
dihadam berbanding
susu lembu.
Kandungan Asid Lemak
Rantaian Pendek
dalam susu kambing
lebih tinggi
berbanding dalam
susu lembu.
Tidak mengandungi
Protein Kompleks
(Alpha-casein &
Beta-casein Protein)
yang menjadi
penyebab utama
alahan.
Proses pencernaan
untuk susu kambing
hanya memerlukan 20
minit sahaja
berbanding susu
lembu yang
memerlukan lebih 2
jam.
Kandungan Gizi Dalam Susu
Kambing Lebih Tinggi
Berbanding Dalam Susu Lembu
Protein 2.1 kali ganda
Kalsium 2.2 kali ganda
Zat Besi 2.0 kali ganda
Potasium 2.1 kali ganda
Vitamin A 3.8 kali ganda
Garam Galian 2.0 kali ganda
Selenium paling tinggi
berbanding semua jenis susu
Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai
molekul protein dan lemak
yang sangat halus, serta
mudah di hadam berbanding
susu lembu. Ianya sangat
baik untuk diet bayi dan
juga orang dewasa yang
mempunyai masalah
penghadaman. Disebabkan
zarahnya yang halus serta
sifatnya yang menyah asid,
maka sangat sesuai digunakan
bagi rawatan ulser dan
gastrik.
Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang
mudah hadam membolehkan
laktosa melalui usus dengan
mudah. Susu kambing
mempunyai kandungan laktosa
7% lebih rendah berbanding
susu lembu. Ianya sangat
baik untuk kanak-kanak yang
cirit-birit dan alahan
kepada susu lembu dan susu
tepung.
Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH
beralkali. Maka ianya tidak
menjana asid dalam darah
atau usus. Ianya bertindak
meneutralkan asid dalam
badan. Kandungan asid
berlebihan dalam badan
menyebabkan kepada penyakit
sakit kepala, sakit badan
dan otot, penurunan berat
badan, kandungan gula dalam
badan yang tidak seimbang,
keletihan dan tekanan darah
tinggi.
Susu Kambing Mengandungi
Asid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi
asid lemak baik (asid kaprik
dan kaprilik) yang mencegah
kesan jangkitan kulat. Asid
ini juga membantu sistem
pertahanan badan dan
meningkatkan tenaga manusia.
Susu Kambing Tidak Membentuk
Lendir
Susu kambing tidak membentuk
lendir sebagaimana susu
lembu dan tiada menimbulkan
alahan kepada manusia.
Susu Kambing Kaya Dengan
Mineral Selenium
Kandungan mineral selenium
yang kaya dalam susu kambing
bertindak sebagai bahan bagi
membantu sistem ketahanan
sel badan manusia dan bahan
anti oksida. Selain itu,
ianya melawan virus secara
semulajadi dan mencegahnya
dari membiak.
Susu Kambing Kaya Bahan
Bioorganik Sodium
Susu kambing didapati
mengandungi kandungan
Bioorganik Sodium yang
tinggi. Bioorganic Sodium
dikenali dalam rawatan
naturopathic sebagai elemen
anti penuaan. Bioorganik
Sodium didapati mengurangkan
masalah Rheumatoid Arthritis
(inflamasi sendi).
Susu Kambing - Keajaiban
Untuk Kesihatan
Susu kambing secara
semulajadi mencegah
pembiakan organisma yang
merbahaya dalam badan
manusia sekaligus menjadikan
kita sihat. Kandungan
potassium dan kalsium yang
tinggi dalam susu kambing
serta kandungan sodium yang
rendah dalam susu kambing
sangat penting bagi
membentuk tekanan darah dan
mengawal fungsi hati yang
normal. Susu kambing
mengandungi bahan riboflavin
untuk tenaga dan juga boleh
merawat simpton penyakit
lelah, ekzema, colic,
insomnia dan demam kuning.
Kandungan silicon dan
fluorine yang tinggi dalam
susu kambing dapat mencegah
penyakit diabetes (kencing
manis). Susu kambing juga
mengandungi faktor anti
barah.
Fungsi
Susu Kambing
Merawat
Kencing Manis
Sakit Jantung
& Darah Tinggi
Gastrik
Asma (Lelah)
Acute Anemia
Tulang
Belakang Reput
Angin Ahmar
Insomnia
Kebas Kaki &
Tangan
Migrain
Semput
Masalah
Keletihan
Masalah Kulit
Masalah Ketika
Mengandung & Kelahiran
Masalah Susah
Buang Air Besar & Buasir
The information on this website is not intended to
diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace
a one-on-one relationship with a qualified health care
professional and is not intended as alternative to
medical advice or other professional healthcare
provider. It is intended as a sharing of knowledge and
information from the research and experience of herbal
practitioner and our community. If
you may be suffering from any medical condition, or
experiencing symptoms or health problems, you should
seek immediate medical attention consult your qualified
health care professional.
Never delay seeking medical advice, disregard medical
advice or discontinue medical treatment because of
information on this website.
IBU
PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan
PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3224 8721 Fax : +603-3224 2321
Email :
desaku@streamyx.com
DESAKU
MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1,
IKS Taman Sri BNO
45200
Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3213 8046