Deodoran adalah produk
penjagaan kebersihan, yang
biasa digunakan dan mudah
didapati hampir dalam setiap
rumah. Boleh didapati dalam
berbagai bentuk, samada
pepejal, cecair, ataupun
serbuk. Digunakan
terutamanya di bawah ketiak,
bagi menghilangkan bau badan
yang berpunca dari aktiviti
penguraian bakteria terhadap
peluh. Bakteria berkenaan 'memakan'
peluh dari apocrine glands,
sel-sel kulit mati dan
sel-sel bulu roma, lalu
mengeluarkan asid
3-methyl-2-hexenoic.
Kebanyakan deodoran adalah
berasaskan alkohol. Alkohol
pada asalnya merangsang
pengeluaran peluh dan juga
dapat memusnahkan bakteria.
Bagaimanapun alkohol juga
boleh menyebabkan kulit
menjadi kering dan ada
kalanya menjadi radang
kemerah-merahan. Selain itu,
kebanyakan cecair deodoran
memiliki sifat-sifat anti-perspiran,
yang mana ia berupaya
menghentikan atau
mengurangkan pengeluaran
peluh secara ketara. Dengan
yang demikian, ia
mengurangkan lembapan yang
diperlukan oleh bakteria.
Bahan yang paling kerap
digunakan sebagai agen anti-perspiran
adalah
aluminium klorohidrat,
aluminium klorida
dan
aluminium zirkonium.
Anti-perspiran yang
berasaskan aluminium ini
akan bertindak balas dengan
elektrolit yang ada dalam
air peluh, membentuk gel
plugs dalam 'sweat glands
ducts'. Gel plugs tersebut
akan menghalang 'sweat
glands ducts' dari
mengeluarkan cairan peluhnya.
Bagaimanapun ia akhirnya
akan dikeluarkan juga
melalui pertukaran sel-sel
kulit.
Penemuan terakhir telah
menunjukkan bahawa aluminium
adalah bersifat 'poisonous
neurotoxin', yang
boleh terkumpul di dalam
tubuh. Ia didapati boleh
menyebabkan pemendakan
amyloid proteins
yang menjadi punca kekusutan
sel-sel otak dalam
kebanyakan kes 'dementia'.
Hasil dari kajian tersebut
juga mereka menemukan bukti
bahawa paras aluminium
fluorida serendah 1ppm,
boleh menyebabkan kesan
buruk terhadap perkembangan
otak. Aluminium yang
bersifat
‘poisonous
neurotoxin’
berpotensi merubah fungsi
‘blood brain barrier’, dan
ia adalah salah satu unsur
yang tidak ada fungsi dan
manfaat terhadap sel-sel
hidup.
Tidak menghairankan bahawa
penggunaan aluminium dalam
anti-perspiran dikatakan
mempunyai hubung kait dengan
‘systemic accumulation of
aluminium’ , punca
meningkatnya risiko penyakit
Alzheimer.
|