|
Laman Utama
I
Produk
I
Syarikat
I
Usahawan
Online
I
Galeri
I
Tips Produk
I
Testimoni
I
Hubungi Kami |
|
Kategori Produk |
|
|
|
DEODORAN KELAPA DARA |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Deodoran adalah produk
penjagaan kebersihan, yang
biasa digunakan dan mudah
didapati hampir dalam setiap
rumah. Boleh didapati dalam
berbagai bentuk, samada
pepejal, cecair, ataupun
serbuk. Digunakan
terutamanya di bawah ketiak,
bagi menghilangkan bau badan
yang berpunca dari aktiviti
penguraian bakteria terhadap
peluh. Bakteria berkenaan 'memakan'
peluh dari apocrine glands,
sel-sel kulit mati dan
sel-sel bulu roma, lalu
mengeluarkan asid
3-methyl-2-hexenoic.
Kebanyakan deodoran adalah
berasaskan alkohol. Alkohol
pada asalnya merangsang
pengeluaran peluh dan juga
dapat memusnahkan bakteria.
Bagaimanapun alkohol juga
boleh menyebabkan kulit
menjadi kering dan ada
kalanya menjadi radang
kemerah-merahan. Selain itu,
kebanyakan cecair deodoran
memiliki sifat-sifat anti-perspiran,
yang mana ia berupaya
menghentikan atau
mengurangkan pengeluaran
peluh secara ketara. Dengan
yang demikian, ia
mengurangkan lembapan yang
diperlukan oleh bakteria.
Bahan yang paling kerap
digunakan sebagai agen anti-perspiran
adalah
aluminium klorohidrat,
aluminium klorida
dan
aluminium zirkonium.
Anti-perspiran yang
berasaskan aluminium ini
akan bertindak balas dengan
elektrolit yang ada dalam
air peluh, membentuk gel
plugs dalam 'sweat glands
ducts'. Gel plugs tersebut
akan menghalang 'sweat
glands ducts' dari
mengeluarkan cairan peluhnya.
Bagaimanapun ia akhirnya
akan dikeluarkan juga
melalui pertukaran sel-sel
kulit.
Penemuan terakhir telah
menunjukkan bahawa aluminium
adalah bersifat 'poisonous
neurotoxin', yang
boleh terkumpul di dalam
tubuh. Ia didapati boleh
menyebabkan pemendakan
amyloid proteins
yang menjadi punca kekusutan
sel-sel otak dalam
kebanyakan kes 'dementia'.
Hasil dari kajian tersebut
juga mereka menemukan bukti
bahawa paras aluminium
fluorida serendah 1ppm,
boleh menyebabkan kesan
buruk terhadap perkembangan
otak. Aluminium yang
bersifat
‘poisonous
neurotoxin’
berpotensi merubah fungsi
‘blood brain barrier’, dan
ia adalah salah satu unsur
yang tidak ada fungsi dan
manfaat terhadap sel-sel
hidup.
Tidak menghairankan bahawa
penggunaan aluminium dalam
anti-perspiran dikatakan
mempunyai hubung kait dengan
‘systemic accumulation of
aluminium’ , punca
meningkatnya risiko penyakit
Alzheimer.
Telah ditemukan juga melalui
satu kajian yang dilakukan
pada tahun 2004 oleh Dr Kris
McGrath, seorang ahli alergi
Chicago yang mendakwa telah
menemui hubungan antara
antiperspiran, mencukur
ketiak dan kanser. Beliau
percaya bahan penyebab yang
terdapat di dalam
antiperspiran adalah racun
dalam garam aluminium
seperti
aluminium
klorohidrat,
aluminium
klorida
dan
aluminium
zirkonium.
Beliau
mengatakan, walaupun
bahan-bahan tersebut
biasanya tidak menembusi
kulit dan tidak menimbulkan
masalah, namun dengan
mencukur boleh mengakibatkan
perkara yang sebaliknya
terhadap kulit. Perlakuan
mencukur sebenarnya,
mengganggu kulit seumpama
membuka pintu untuk
kemasukan bahan-bahan
berkenaan, kerana tepat di
bawah kulit terdapat sistem
lymphatic,
yang bersambung dengan
payudara.
Dalam kajian tersebut, lebih
dari 400
pengidap
kanser
payudara di Chicago
memperakui bahawa mereka
biasa menggunakan
antiperspirans dan mencukur
ketiak. Beliau mendapati
bahawa wanita yang melakukan
pencukuran ketiak yang kerap
mengalami serangan kanser
payudara 22 tahun lebih awal
dari yang tidak
melakukannya.
Terakhir para penyelidik
British, telah menemui juga
jejak bahan kimia lain yang
disebut paraben, digunakan
sebagai pengawet dalam
deodoran, pada rangkaian
yang diambil dari wanita
yang mengidap kanser
payudara. Mereka juga telah
menerbitkan hasil kajian
mereka dalam
Journal of Toxicology
yang memberikan pandangan
kemungkinan bahan kosmetik
yang digunapakai pada ketiak
menjadi antara faktor
penyebab kanser payudara.
Walaupun tidak jelas
bagaimana berlaku mekanisma
yang diajukan, tapi yang
pasti adalah lebih selamat
untuk mengelakkan semua
antiperspiran dan deodoran,
yang mengandungi bahan-bahan
tersebut demi keselamatan. |
|
|
|
|
|
Untuk memelihara dan menjaga
agar kulit sentiasa sihat,
tetap kering dan mengelakkan
kegatalan, adalah penting
untuk mengetahui perbezaan
antara deodoran dan
antiperspiran. Ada banyak
jenis deodoran dan anti-perspiran
di pasaran, namun sebelum
membuat pilihan samada
berdasarkan jenama atau
aroma, perlu diketahui
beberapa maklumat asas
tentang deodoran dan anti-perspiran. |
|
Deodoran |
Anti-Perspiran |
Deodoran
digunakan
untuk
menutup bau
atau
memusnahkan
bakteria
yang
menyebabkan
bau. Ia
tidak
berfungsi
untuk
menghalang
pengeluaran
peluh,
tetapi
sebaliknya
berfungsi
menghilangkan
kesan-kesan
sampingan
apabila
seseorang
berpeluh,
samada
dengan
memusnahkan
bakteria
yang
berperanan
melakukan
penguraian
peluh, punca
bau yang
tidak enak. |
|
Ramai
menganggap
bahawa anti-perspiran
adalah
subset dari
deodoran,
tapi
tanggapan
ini
sebenanya
tidak tepat.
Sebenarnya
deodoran
menghalang
bau,
manakala
antiperspiran
menghalang
peluh. |
|
Deodoran
boleh
digunakan
pada
mana-mana
bahagian
tubuh, bukan
hanya pada
bahagian
ketiak.
Walaupun
deodoran
sangat
popular
digunakan
pada ketiak,
namun ia
juga sesuai
digunakan
pada
mana-mana
bahagian
tubuh, yang
biasa
mengeluarkan
bau yang
tidak
diingini. |
|
Di antara
kandungan
utama
antiperspiran
adalah
sebatian
aluminium
yang
berfungsi
secara
berkesan
untuk
mengurangkan
pengeluaran
peluh. |
|
Deodoran
boleh
didapati
samada dalam
bentuk
mineral,
gel, serbuk,
krim dan
juga
semburan.
Bagi
deodoran
yang dalam
bentuk
serbuk amat
sesuai
digunakan
pada
bahagian
kaki,
sementara
krim dan
semburan
deodoran
sesuai
digunakan di
bawah lengan
atau ketiak. |
|
Anti-perspiran
memasuki
tubuh anda
melalui
saluran
peluh dan
membentuk
plug
sementara
untuk tidak
membenarkan
pelepasan
keringat. Ia
adalah
seumpama
gabus yang
menyekat
pembukaan
pada sebiji
botol. |
|
|
Tidak
seperti
deodoran,
anti-perspiran
kebiasaanya
hanya
digunakan
pada
bahagian
ketiak tubuh
sahaja dan
jarang
digunakan
pada
bahagian
tubuh yang
lain. |
|
|
Seperti
deodoran,
anti-perspiran
boleh
didapati
dalam
pelbagai
bentuk,
termasuk
gel, krim,
serbuk dan
juga
semburan. |
|
|
|
|
|
|
Beberapa kajian telah juga memfokuskan ke atas
paraben, pengawet yang digunakan dalam beberapa
deodoran dan antiperspiran yang menunjukkan
aktiviti seakan aktiviti estrogen dalam sel-sel
tubuh. Bagi para pengguna deodoran dan
antiperspiran, kehadiran paraben dapat di
ketahui dengan nama seperti methilparaben,
propilparaben, butilparaben atau benzilparaben.
Kepercayaan yang mengatakan paraben terhimpun di
dalam tisu payudara telah disokong oleh kajian
pada tahun 2004, yang mana telah menemui
paraben di dalam 18 dari 20 sampel tisu kanser
payudara manusia. Bagaimanapun kajian tersebut
tidak membuktikan yang paraben boleh menyebabkan
kanser. Pengarang kajian tersebut tidak
menganalisa tisu payudara yang sihat atau tisu
dari bahagian lain tubuh berkenaan dan tidak
juga menunjukkan yang paraben hanya ditemui
dalam tisu payudara yang diserang kanser. Juga
kajian tidak mengenalpasti sumber paraben dan
tidak juga membuat kepastian yang tumpukan
paraben tersebut adalah kesan dari penggunaan
deodoran or antiperspiran
Sesungguhnya lebih banyak kajian perlu dilakukan
untuk mempastikan apakah penggunaan deodoran
dan antiperspiran boleh menyebabkan tumpukan
paraben dan sebatian aluminum dalam tisu
payudara. Kajian juga perlu untuk mengenal pasti
apakah semua atau sebahagian bahan ini boleh
merubah DNA pada sebahagian sel atau boleh
mengakibatkan perubahan pada sel payudara, yang
akhirnya membawa kepada pembentukan kanser
payudara |
|
|
|
|
|
|
Anti-Perspiran |
Kebanyakan
orang
berfikir bahawa
antiperspiran
dan
deodoran adalah
sama. Hakikatnya
keduanya adalah produk yang sangat berbeza.
Perbezaan
terletak
pada
mekanisma fungsi produk
ini dan
potensinya
mempengaruhi
kesihatan.
Pada
dasarnya kedua-duanya merupakan bahan
kimia
yang menggunakan
proses
yang
berbeza untuk
mengurangkan
bau
badan. Sebahagian bahan
tertentu
dalam
produk berkenaan
dikatakan tidak baik untuk kesihatan.
Walaubagaimanapun deodoran
sering
disebut
sebagai
alternatif
yang lebih
baik
daripada kebanyakan
antiperspiran.
Antiperspiran,
selain mengandungi
bahan wangian, ia
juga
mengandungi sebatian
kimia
yang berfungsi menyumbat, menutup atau
menghalang pori-pori liang roma
dengan
astringents
kuat
seperti garam
aluminium klorida,
aluminium
klorohidrat
dan
aluminium zirkonium
sehingga peluh tidak dapat dilepaskan.
(Nota : Sebatian
Aluminium boleh terkumpul dalam otak)
|
Deodoran Biasa |
Sementara deodoran
biasa
berfungsi dengan
meneutralkan
bau
keringat dan
dengan bertindak
sebagai antiseptik
yakni dengan membunuh bakteria
yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau
yang tidak enak.
Deodoran tidak
menghalang keringat,
tetapi mencegah
bau.
Ramai yang mempunyai persepsi yang salah tentang
deodoran, iaitu
dengan beranggapan bahawa ia
hanya bahan beraroma
yang
menutupi bau
badan. Oleh itu mereka
lebih cenderung untuk memilih
antiperspiran, yang
mereka anggap berfungsi
menghilangkan bau,
berbanding deodoran yang pada anggapan mereka
hanya menutupi
bau.
Kesimpulannya deodoran
adalah
lebih
baik kerana ia tidak
mengganggu proses perpeluhan,
proses
pendinginan tubuh
semulajadi.
Kumpulan-kumpulan
persatuan pengguna serata dunia kini terus
menyuarakan
keprihatinan
atas alasan keselamatan
dan kesihatan
awam yang berhubung kait
dengan produk
kecantikan dan tidak terkecuali
deodoran
dan
antiperspiran.
Beberapa kajian
menunjukkan
potensi
risiko
kesihatan
yang
berkaitan dengan
sebatian
aluminium
ditemui
di dalam kebanyakan
antiperspiran. Kajian
yang serupa juga telah
menemukan risiko yang
mungkin disebabkan oleh
paraben di dalam
beberapa deodoran.
Kedua-duanya
telah
dikaitkan dengan
beberapa penyakit
kronik, termasuk
kanser
payudara.
Sebahagian besar pengeluar
dan
pelbagai badan
kesihatan dunia,
menyatakan bahawa kajian
berkenaan tiada cukup asas terhadap dakwaan
mereka.
Walaupun
terdapat jaminan, serta
perakuan profesional
kesihatan berhubung
dengan tiadanya bukti kukuh yang dapat dikaitkan
risiko berbagai penyakit dengan penggunaan
antiperspiran dan deodoran namun penggunaan
deodoran adalah lebih disyorkan berbanding
penggunaan antiperspiran,
kerana penggunaan antiperspiran yang berfungsi
menghalang
pori-pori
dan
mencegah keringat
mungkin
bukan
pilihan yang
sihat.
|
Deodoran BioAsli |
Sebagaimana kebanyakan deodoran, deodoran
BioAsli
tidak berfungsi untuk menghalang pengeluaran
peluh atau menghalang keringat,
tetapi berfungsi menghilangkan
kesan-kesan sampingan
apabila seseorang berpeluh,
meneutralkan bau
keringat
dan bertindak
sebagai antiseptik,
yakni dengan membunuh
bakteria
yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau
yang tidak enak, selain menutupi bau.
Kehadiran minyak kelapa dara, yang bersifat anti
bakteria, anti virus dan anti kulat sebagai
komponen utamanya, menjadikannya sangat berkesan
untuk menghalang sebarang aktiviti bakteria pada
mana-mana bahagian luar kulit manusia yang
berpotensi menghasilkan bau yang tidak diingini.
Selain itu minyak kelapa dara yang terdiri dari
MCFA sangat membantu memelihara mana-mana
bahagian kulit yang terlibat. Minyak kelapa dara
sangat berkeupayaan untuk membantu meningkatkan
kadar pertumbuhan sel-sel baru menggantikan
sel-sel kulit yang mati. Hasilnya kulit akan
tetap anjal dan segar. Manakala kandungan
antioksidan dalam minyak kelapa dara sangat
berupaya menghalang sebarang tindak balas
aktiviti radikal bebas, membantu melambatkan
proses penuanan (kedutan) pada mana-mana
bahagaian kulit yang terlibat.
Sesuatu yang menarik deodoran BioAsli bebas dari
penggunaan sebarang paraben yang biasa digunakan
dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran.Walaupun
deodoran BioAsli sangat
popular digunakan pada bahagian
ketiak, namun ia juga sesuai
digunakan pada mana-mana bahagian tubuh lain,
yang biasa mengeluarkan bau
yang
tidak diingini,
seperti di bahagian ari-ari, atau mana-mana
bahagian lain yang difikirkan perlu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
The information on this website is not intended to
diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace
a one-on-one relationship with a qualified health care
professional and is not intended as alternative to
medical advice or other professional healthcare
provider. It is intended as a sharing of knowledge and
information from the research and experience of herbal
practitioner and our community. If
you may be suffering from any medical condition, or
experiencing symptoms or health problems, you should
seek immediate medical attention consult your qualified
health care professional.
Never delay seeking medical advice, disregard medical
advice or discontinue medical treatment because of
information on this website. |
|
IBU
PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan
PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3224 8721 Fax : +603-3224 2321
Email :
desaku@streamyx.com
|
|
DESAKU
MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1,
IKS Taman Sri BNO
45200
Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3213 8046
|
|
BioAsli ©
Copyright 2005-2013 All Rights Reserved |
|
|
|
|
|
Rangkaian Ahli
Kami menyediakan pelbagai
menu untuk kemudahan anda
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Keajaiban Minyak Kelapa
Dara |
Video : Klik Foto |
|
Minyak Kelapa
Dara |
Minyak Kelapa
Dara Sebagai
Face Moisturizer |
|
|
Minyak Kelapa
Dara |
Minyak Kelapa
Dara Sebagai
Moisturizer
Kulit |
|
|
Minyak Kelapa
Dara |
Kecantikan
melalui Minyak
Kelapa Dara |
|
|
Minyak Kelapa
Dara |
Khasiat Minyak
Kelapa Dara |
|
|
Minyak Kelapa
Dara |
Deodoran Minyak
Kelapa Dara |
|
|
Minyak Kelapa
Dara |
Deodoran Minyak
Kelapa Dara |
|
|
Minyak Kelapa
Dara |
Homemade
Deodoran |
|
|
|
|
Minyak Kelapa
Dara |
Deodoran Semulajadi |
|
|
Minyak Kelapa
Dara |
Buat Deodoran
Minyak Kelapa
Dara |
|
|
|
|
|
|