|
Laman Utama
I
Produk
I
Syarikat
I
Usahawan
Online
I
Galeri
I
Tips Produk
I
Testimoni
I
Hubungi Kami |
|
Kategori Produk |
|
|
|
DEODORAN KELAPA DARA |
|
|
 |
|
|
|
 |
|
|
|
Deodoran merupakan salah
satu produk kebersihan yang
biasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Deodoran
disapu pada badan, terutama
dibawah lengan berfungsi
untuk menghilangkan bau yang
berpunca daripada bakteria.
Bakteria tersebut mendapat
sumber makanan daripada
kelenjar apokrin dan sel
kulit mati serta sel rambut,
ia menghasilkan
3-methyl-2-hexenioc asid
dalam bahan kumuhnya.
(Pierce et al., 1995).
Menurut US Food and Drug
Administration (FDA),
deodoran juga
diklasifikasikan sebagai
bahan kosmetik berubat yang
mendapat sambutan hangat.
Kebanyakan deodoran di
pasaran mengandungai alkohol.
Secara amnya, alkohol
merangsang peluh dan pada
masa yang sama ia membunuh
bakteria. Walaubagaimanapun,
alkohol boleh menyebabkan
keradangan pada kulit. Oleh
itu, kita perlu mencari
alternatif deodoran tanpa
alkohol agar ia lebih
selamat digunakan. Deodoran
boleh diformulasikan dengan
antimikrob yang mampu
menghalang pertumbuhan
bakteria. Deodoran juga
mengandungi pewangi atau
pati minyak tumbuh-tumbuhan
yang bertujuan untuk menutup
bau peluh.
Sebagaimana kebanyakan
deodoran, Deodoran BioAsli
tidak berfungsi untuk
menghalang pengeluaran peluh
atau menghalang keringat,
tetapi berfungsi
menghilangkan
kesan-kesan sampingan
apabila seseorang berpeluh,
meneutralkan
bau keringat
dan
bertindak
sebagai
antiseptik,
yakni dengan membunuh
bakteria
yang berperanan menguraikan
peluh, penyebab bau yang
tidak enak, selain menutupi
bau.
Kehadiran minyak kelapa
dara, yang bersifat anti
bakteria, anti virus dan
anti kulat sebagai komponen
utamanya, menjadikannya
sangat berkesan untuk
menghalang sebarang aktiviti
bakteria pada mana-mana
bahagian luar kulit manusia
yang berpotensi menghasilkan
bau yang tidak diingini.
Selain itu minyak kelapa
dara yang terdiri dari MCFA
sangat membantu memelihara
mana-mana bahagian kulit
yang terlibat. Minyak kelapa
dara sangat berkeupayaan
untuk membantu meningkatkan
kadar pertumbuhan sel-sel
baru menggantikan sel-sel
kulit yang mati. Hasilnya
kulit akan tetap anjal dan
segar. Manakala kandungan
antioksidan dalam minyak
kelapa dara sangat berupaya
menghalang sebarang tindak
balas aktiviti radikal
bebas, membantu melambatkan
proses penuanan (kedutan)
pada mana-mana bahagaian
kulit yang terlibat.
Sesuatu yang menarik
Deodoran BioAsli bebas dari
penggunaan sebarang paraben
yang biasa digunakan dalam
kebanyakan deodoran dan
antiperspiran.Walaupun
Deodoran
BioAsli sangat popular
digunakan pada bahagian
ketiak,
namun ia juga sesuai
digunakan pada mana-mana
bahagian tubuh lain,
yang biasa mengeluarkan bau
yang tidak
diingini,
seperti di bahagian ari-ari,
atau mana-mana bahagian lain
yang difikirkan perlu.
|
|
|
|
|
 |
|
 |
Di datangkan
dengan dua siri
wangian yang berbeza |
|
Deodoran ialah keperluan penjagaan kebersihan
diri yang di perlukan oleh semua tidak mengira
lelaki atau perempuan. Keperluan harian ini
sudah sinonim dan pasti tidak selesa jika tidak
menggunakannya. Kesesuaian untuk pengguna
memilih produk ini kebiasaanya berdasarkan
wangian yang digunakan. Perbezaan bau wangian
sering digunakan pengeluar untuk membezakan
deodoran bagi pengguna lelaki dan pengguna
wanita. Bau wangian yang ekstrem, cool dan aktif
biasanya di khususkan untuk pengguna lelaki dan
bagi pengguna wanita wangian yang biasa di
gunakan ialah bauan yang lembut, nyaman, pati
bunga dan lebih feminin. Namun begitu
wangian-wangian ini tidak mendatangkan sebarang
mudarat jika di gunakan oleh jantina yang
berlainan.
Deodoran Kelapa Dara BioAsli juga turut
di datangkan dengan dua siri wangian yang
berbeza bagi menyesuaikan penggunaannya dengan
jantina pengguna. Deodoran Kelapa Dara
BioAsli Extreme di datangkan dengan wangian yang
ekstrem dan cool sesuai dengan namanya untuk
lelaki yang gemarkan aktiviti lasak dan ektrem. Deodoran Kelapa Dara BioAsli Soft pula di
datangkan dengan wangian yang lembut dan santai
untuk pengguna wanita yang gemar dengan wangian
semulajadi. Tetapi tidak menjadi masalah atau
mudarat sekiranya menggunakan jenis deodoran yang berlawanan dengan
jantina. |
|
|
 |
Bebas dari kandungan
aluminium dan
paraben merbahaya |
|
|
|
Sesuatu yang menarik
Deodoran BioAsli bebas dari
penggunaan sebarang paraben
yang biasa digunakan dalam
kebanyakan deodoran dan
antiperspiran.
Selain itu juga, kandungan deodoran ini adalah bebas dari sebarang unsur
alumunium yang di dapati merbahaya dan menjadi faktor kepada kekusutan
sel otak dan penyebab kanser payudara. |
|
|
 |
Di perkaya dengan
Minyak Kelapa Dara |
|
Diproses
secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya
9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid
caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan
linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk
kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki
atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh
dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan
suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan. Untuk keterangan
lanjut,sila klik di tajuk ini. Minyak Kelapa Dara. |
|
Keterangan lanjut
berkenaan Minyak
Kelapa Dara...Sila
Klik |
|
|
 |
Memelihara, menjaga
dan merawat |
|
Kandungan deodoran yang
bebas dari bahan kimia dan di perkayakan dengan minyak kelapa dara
dengan ini sekaligus menjadikan deodoran ini sebagai rawatan kepada
kulit dari masalah bau, keradangan kulit dan mencerahkan bahagian yang di
sapu dengan penggunaan yang kerap. Selain itu,dengan penggunaan deodoran
minyak kelapa dara ini juga mengurangkan risiko pengumpulan plag di otak
yang boleh menjadi punca Alzhiemer dan juga punca kanser payudara dari
penggunaan sumber alumunium yang merbahaya.
|
|
|
|
 |
Aqua, Polysobate 20, Hydroxythyl Cellulose, Allantoin, EDTA, Virgin Coconut
Oil, Perfume, Euxyl PE9010 |
Berat : 75 ml / per botol (
2 botol / 150 ml) |
|
 |
|
|
|
 |
 |
|
The information on this website is not intended to
diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace
a one-on-one relationship with a qualified health care
professional and is not intended as alternative to
medical advice or other professional healthcare
provider. It is intended as a sharing of knowledge and
information from the research and experience of herbal
practitioner and our community. If
you may be suffering from any medical condition, or
experiencing symptoms or health problems, you should
seek immediate medical attention consult your qualified
health care professional.
Never delay seeking medical advice, disregard medical
advice or discontinue medical treatment because of
information on this website. |
|
IBU
PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan
PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3224 8721 Fax : +603-3224 2321
Email :
[email protected]
|
|
DESAKU
MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1,
IKS Taman Sri BNO
45200
Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3213 8046
|
|
BioAsli ©
Copyright 2005-2013 All Rights Reserved |
|
|
|
 |
|
Rangkaian Ahli
Kami menyediakan pelbagai
menu untuk kemudahan anda
|
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
Keajaiban Minyak Kelapa
Dara |
Video : Klik Foto |
|
Minyak Kelapa
Dara |
Minyak Kelapa
Dara Sebagai
Face Moisturizer |
|
 |
Minyak Kelapa
Dara |
Minyak Kelapa
Dara Sebagai
Moisturizer
Kulit |
|
 |
Minyak Kelapa
Dara |
Kecantikan
melalui Minyak
Kelapa Dara |
|
 |
Minyak Kelapa
Dara |
Khasiat Minyak
Kelapa Dara |
|
 |
Minyak Kelapa
Dara |
Deodoran Minyak
Kelapa Dara |
|
 |
Minyak Kelapa
Dara |
Deodoran Minyak
Kelapa Dara |
|
 |
Minyak Kelapa
Dara |
Homemade
Deodoran |
|
 |
|
 |
Minyak Kelapa
Dara |
Deodoran Semulajadi |
|
 |
Minyak Kelapa
Dara |
Buat Deodoran
Minyak Kelapa
Dara |
|
 |
|
|
|
|