Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
DEODORAN KELAPA DARA
 
 
Bookmark and Share
   Deodoran Minyak Kelapa Dara     Kelebihan Deodoran Kelapa Dara  
             
   Deodoran Kelapa Dara BioAsli     Bahaya Penggunaan Aluminium  
             
   Deodoran & Daya Ingatan     Deodoran & Kanser  
             
    Beli Produk     Testimoni Pengguna  
 
 Deodoran Xtream & Soft (DSX)
 Deodoran Xtream (DX2)
 Deodoran Soft (DS2)
       
 
 

 

 

 
 

Deodoran adalah produk penjagaan kebersihan, yang biasa digunakan dan mudah didapati hampir dalam setiap rumah. Boleh didapati dalam berbagai bentuk, samada pepejal, cecair, ataupun serbuk. Digunakan terutamanya di bawah ketiak, bagi menghilangkan bau badan yang berpunca dari aktiviti penguraian bakteria terhadap peluh. Bakteria berkenaan 'memakan' peluh dari apocrine glands, sel-sel kulit mati dan sel-sel bulu roma, lalu mengeluarkan asid 3-methyl-2-hexenoic.

Kebanyakan deodoran adalah berasaskan alkohol. Alkohol pada asalnya merangsang pengeluaran peluh dan juga dapat memusnahkan bakteria. Bagaimanapun alkohol juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan ada kalanya menjadi radang kemerah-merahan. Selain itu, kebanyakan cecair deodoran memiliki sifat-sifat anti-perspiran, yang mana ia berupaya menghentikan atau mengurangkan pengeluaran peluh secara ketara. Dengan yang demikian, ia mengurangkan lembapan yang diperlukan oleh bakteria. Bahan yang paling kerap digunakan sebagai agen anti-perspiran adalah aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium zirkonium. Anti-perspiran yang berasaskan aluminium ini akan bertindak balas dengan elektrolit yang ada dalam air peluh, membentuk gel plugs dalam 'sweat glands ducts'. Gel plugs tersebut akan menghalang 'sweat glands ducts' dari mengeluarkan cairan peluhnya. Bagaimanapun ia akhirnya akan dikeluarkan juga melalui pertukaran sel-sel kulit.

Penemuan terakhir telah menunjukkan bahawa aluminium adalah bersifat 'poisonous neurotoxin', yang boleh terkumpul di dalam tubuh. Ia didapati boleh menyebabkan pemendakan amyloid proteins yang menjadi punca kekusutan sel-sel otak dalam kebanyakan kes 'dementia'. Hasil dari kajian tersebut juga mereka menemukan bukti bahawa paras aluminium fluorida serendah 1ppm, boleh menyebabkan kesan buruk terhadap perkembangan otak. Aluminium yang bersifat poisonous neurotoxin’ berpotensi merubah fungsi ‘blood brain barrier’, dan ia adalah salah satu unsur yang tidak ada fungsi dan manfaat terhadap sel-sel hidup.

Tidak menghairankan bahawa penggunaan aluminium dalam anti-perspiran dikatakan mempunyai hubung kait dengan ‘systemic accumulation of aluminium’ , punca meningkatnya risiko penyakit Alzheimer.

Telah ditemukan juga melalui satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004 oleh Dr Kris McGrath, seorang ahli alergi Chicago yang mendakwa telah menemui hubungan antara antiperspiran, mencukur ketiak dan kanser. Beliau percaya bahan penyebab yang terdapat di dalam antiperspiran adalah racun dalam garam aluminium seperti aluminium klorohidrat, aluminium klorida dan aluminium  zirkonium Beliau mengatakan, walaupun bahan-bahan tersebut biasanya tidak menembusi kulit dan tidak menimbulkan masalah, namun dengan mencukur boleh mengakibatkan perkara yang sebaliknya terhadap kulit. Perlakuan mencukur sebenarnya, mengganggu kulit seumpama membuka pintu untuk kemasukan bahan-bahan berkenaan, kerana tepat di bawah kulit terdapat sistem lymphatic, yang bersambung dengan payudara.

Dalam kajian tersebut, lebih dari 400 pengidap kanser payudara di Chicago memperakui bahawa mereka biasa menggunakan antiperspirans dan mencukur ketiak. Beliau mendapati bahawa wanita yang melakukan pencukuran ketiak yang kerap mengalami serangan kanser payudara 22 tahun lebih awal dari yang tidak melakukannya.

Terakhir para penyelidik British, telah menemui juga jejak bahan kimia lain yang disebut paraben, digunakan sebagai pengawet dalam deodoran, pada rangkaian yang diambil dari wanita yang mengidap kanser payudara. Mereka juga telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam Journal of Toxicology yang memberikan pandangan kemungkinan bahan kosmetik yang digunapakai pada ketiak menjadi antara faktor penyebab kanser payudara. Walaupun tidak jelas bagaimana berlaku mekanisma yang diajukan, tapi yang pasti adalah lebih selamat untuk mengelakkan semua antiperspiran dan deodoran, yang mengandungi bahan-bahan tersebut demi keselamatan.

Namun dengan penemuan minyak kelapa dara yang bersifat anti bakteria, anti virus, anti kulat dan anti protozoa, selain ia mampu menjadi sebagai sumber nutrient sel kulit yang baik, maka pengolahannya sebagai bahan utama pembuatan deodoran menjanjikan keselamatan dan keselesaan berpanjangan.

 
 
 

Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan. Untuk keterangan lanjut,sila klik di tajuk ini. Minyak Kelapa Dara.

Keterangan lanjut berkenaan Minyak Kelapa Dara...Sila Klik
 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku@streamyx.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli  ©  Copyright 2005-2013  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Minyak Kelapa Dara

Video : Klik Foto

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara Sebagai Face Moisturizer

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara Sebagai Moisturizer Kulit

Minyak Kelapa Dara

Kecantikan melalui Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Homemade Deodoran

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Deodoran Semulajadi

Minyak Kelapa Dara

Buat Deodoran Minyak Kelapa Dara