Aluminium Klorohidrat yang
terkandung dalam deodoran
merupakan penyebab utama
untuk kanser payudara. Ia
boleh didapati hasil dari
pemakaian beberapa produk
anti-perspiran (anti peluh)
yang mengandungi bahan
Aluminium Klorohidrat.
Kebanyakan produk yang ada
di pasaran merupakan
kombinasi dari anti peluh
dan deodoran. Produk
deodoran sendiri tidak
merbahaya.
Terdapat
beberapa bahagian tubuh kita
yang mengeluarkan zat-zat
racun, iaitu bahagian
belakang lutut, diantara
kaki dan ketiak. Zat-zat
racun ini dikeluarkan dalam
bentuk peluh. Produk anti
peluh mencegah peluh dari
keluar. Dengan menggunakan
deodoran anti peluh, zat-zat
racun tadi tidak boleh
dikeluarkan dari dalam tubuh,
melainkan berkumpul di
kelenjar di bawah lengan.
Kanser payudara
kebanyakan berlaku di
bahagian atas payudara.
Risiko kanser payudara pada
kaum wanita lebih tinggi
jika setelah mencukur rambut
ketiak dan seterusnya
menggunakan produk deodoran
anti peluh. Ia disebabkan
luka-luka kecil mungkin
terjadi ketika mencukur
rambut ketiak tersebut,
bahan-bahan kimia yang ada
dalam produk anti peluh akan
lebih cepat meresap ke dalam
tubuh. |