DELIMA COLLAGEN PRODUK TERBARU MENCETUSKAN FENOMENA 2013
Date news : 4/23/2013
Delima Collagen diformulasi dengan ekstrak buah-buahan terbaik seperti buah delima, manggis dan air kelapa serta diadun bersama Pure Marine Collagen dan L-Glutathione (di ambil dari buahan & sayuran) untuk membantu tubuh melawan sel-sel kanser dan radikal bebas dari udara persekitaran. Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan.
Kolagen secara semulajadi adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat. Pure Marine Collagen mengandungi kolagen yang terbaik di ambil dari komponen tubuh ikan yang terpilih dan ditangkap di laut Korea Selatan. Diproses dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan keaslian dan kualiti protein kolagen tersebut. Pengambilan kolagen ini dapat menambah kuantiti protein kolagen semulajadi dalam tubuh manusia dan menjadi lebih aktif untuk menjadikan kulit awet muda dan tegang.
L-Glutathione (di ambil dari buahan dan sayuran) ialah antioksida yang melindungi sel-sel tubuh manusia daripada kemusnahan akibat radikal bebas dan peroxides. Antioksida dalam tubuh manusia akan berkurang akibat radikal bebas seperti pencemaran udara, alkohol, rokok dan pemakanan tidak seimbang. Antioksida tidak boleh dijana secara semulajadi dan perlu diambil dari sumber luar seperti dari makanan atau lain-lain. Delima Collagen BioAsli mengandungi L-Glutathione yang dapat membantu meningkatkan kandungan antioksida dalam tubuh manusia untuk memastikan sel-sel badan terutama di bahagian kulit menjadi lebih putih dan gebu.
Buah Delima mengandungi 'potassium yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi dan sodium serta vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Bertindak balas bersama sodium, 'potassium' mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Buah ini menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah ekzema dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot serta menguatkan jantung.
Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit birit dan disentri. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama di bahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Pelbagai masalah penyakit dapat diatasi dengan esktrak manggis. Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan pelbagai lagi masalah.
Kelebihan Delima Collagen :-
-Membantu merawat jerawat dan parut dengan lebih cepat.
-Membantu mencerah dan melembapkan kulit secara menyeluruh.
-Membantu menghalus, menganjal dan melembutkan kulit dalam masa yang singkat.
-Membantu mencegah kanser.
-Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
-Bertindak sebagai anti-oksida dan anti penuaan.
-Membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
-Mengurangkan kedutan dan garis halus.
-Mengurangkan sakit sendi.
-Meningkatkan tenaga dan lebih aktif.
-Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung.
-Menguatkan otot, kuku dan tulang.
-Mengatasi masalah sembelit.
Tips Pengambilan Delima Collagen :-
1)Campurkan 1 sachet Delima Collagen bersama 200 ml air masak.
2)Kemudian, kacau sehingga sebati dan sedia untuk diminum.
3)Pengambilan adalah 2X sehari, pada waktu pagi sebelum breakfast, semasa perut kosong kerana memudahkan nutrisi untuk menyerap ke dalam tubuh dan waktu malam sebelum tidur.
*Selepas pengambilan Delima Collagen, elakkan minum minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat
News And Annoucement
(Add News)
|