Set Produk Cadangan Untuk Fibroid
Date news : 6/3/2013
FIBROID merupakan antara tumor atau ketumbuhan tidak berkanser di dalam rahim, yang paling biasa terjadi di kalangan wanita. Boleh dikatakan tiga daripada empat wanita ‘mengusung’ fibroid ke sana ke mari tanpa disedari.
Mungkin kerana saiznya yang terlalu kecil serta bilangannya yang tidak begitu banyak ketika itu, lalu kewujudannya tidak memberikan apa-apa petunjuk. Gejala turut bergantung kepada kedudukan fibroid di dalam rahim.
Fibroid lazimnya dijumpai secara tidak sengaja semasa doktor melakukan pemeriksaan sakit puan mahupun perbidanan.
Kerana itulah, wanita harus berjumpa dengan doktor secara berkala untuk pemeriksaan kesihatan terutamanya apabila umur menjangkau 35 tahun.
Jika anda bernasib baik seperti kebanyakan wanita-wanita lain, fibroid tidak akan mendatangkan masalah kepada tuannya dan jarang memerlukan rawatan.
Bagaimanapun, fibroid memerlukan rawatan segera jika ia menyebabkan gejala-gejala seperti haid banyak dan menyakitkan dan pendarahan berlaku di antara kitaran haid dan juga di luar julat haid bulanan.
Anda juga perlu bertindak sekiranya fibroid membesar secara mendadak, sakit pada bahagian pinggul, tidak pasti di antara ketumbuhan telur ataupun fibroid dan, jika anda masih belum dikurniai cahaya mata.
“Dalam bahasa yang mudah, fibroid sebenarnya lebihan daging rahim atau, dalam istilah perubatan dipanggil leiomioma ataupun mioma.
“Ia muncul dalam pelbagai kedudukan dan saiz, ada yang bertangkai kecil, ada yang mempunyai dasar tangkai yang besar, ada yang berada di dalam dinding, di bahagian luar dan juga di dalam rongga rahim,” kata Dr. Shah Reza Johan Noor.
Menurut pakar perunding perbidanan dan sakit puan di Hospital Universiti Sains Malaysia itu, kepelbagaian ini memberikan rungutan dan pengalaman yang berbeza kepada pesakit.
Tumbesarannya boleh jadi perlahan-lahan dan ada juga yang cepat. Ramalan tumbesaran ini sukar dirumuskan. Begitu juga dengan punca fibroid – masih belum diketahui hingga kini.
“Lazimnya umur di antara 30 hingga 40 tahun, fibroid biasa dijumpai. Baja tumbesaran fibroid ini ialah hormon wanita estrogen.
“Paras fisiologi hormon wanita estrogen boleh turun dan naik. Contohnya semasa mengandung, paras estrogen meningkat menyebabkan tumbesaran fibroid menjadi rancak dan sebaliknya, semasa menopaus,” ujarnya.
Kapsul Minyak Kelapa Dara Organik mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti untuk menambah tenaga badan serta menguatkan tenaga batin, mengurangkan tekanan darah tinggi, merawat penyakit thyroid dan fibroid, mengawal kolestrol, masalah mati pucuk, isteri monopose, patah tulang, penyakit gout, arthritis, sakit migraine, batu karang dan asthma.
Selain itu, kapsul ini juga sesuai untuk rawatan selepas pembedahan dan rawatan selepas bersalin. Kapsul Minyak Kelapa Dara Organik ini membantu fungsi sistem daya pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon. Dengan mengamalkan kapsul ini secara berterusan ia akan meningkatkan tahap kesihatan anda secara maksimum.
Ia amat sesuai di amalkan oleh semua golongan tak kira tua dan muda, malah ia dihasilkan 100% menggunakan bahan herba iaitu minyak kelapa dara serta minyak habbatus sauda.
News And Annoucement
(Add News)
|