Set Produk Cadangan Untuk Masalah Keguguran Rambut
Tarikh berita dimasukkan: 8/2/2013
Tonik rambut yang di perkaya dengan minyak kelapa dara berupaya membantu memelihara kesegaran kulit kepala serta menjadikan rambut sihat, subur, lebat dan bersinar.
Kandungan Laurik Asid dan Kaprik Asid dalam minyak kelapa dara dapat membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala, membantu menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan dapat membantu mencegah kekeringan kulit dan seterusnya membantu menghalang punca kelemumur manakala rambut pula menjadi subur dan bertambah hitam.
Rumusan minyak kelapa dara juga membantu pembentukkan tisu kulit kepala dan merawatnya, membantu melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari, membantu menyuburkan kulit kepala dan rambut.
Minyak Argan, digelar minyak keajaiban, diekstrak daripada biji buah Argan, telah berkembang ke seluruh dunia sebagai minyak semulajadi yang terbaik untuk penjagaan dan rawatan rambut. Ia mempunyai pelbagai kegunaan kesihatan daripada rawatan rambut, penjagaan kulit hingga ke pemulihan badan serta pelbagai lagi khasiat yang tersembunyi.
Minyak Argan sangat baik untuk pertumbuhan serta penjagaan rambut yang sihat. Dipanggil 'cecair emas' oleh pakar-pakar kecantikkan di seluruh dunia. Ia mampu memberikan nafas baru kepada masalah rambut kering, kusut, beruban, cabang, rapuh dan sebagainya. Kaya dengan Vitamin E, nutrisi semulajadi terbaik yang diperlukan oleh rambut anda.
Kelebihan Tonik Rambut Kelapa Dara : -
- Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.
- Menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak.
- Menjadikan rambut lebih segar dan bertambah hitam.
- Membantu dan merawat pembentukan sel tisu kulit kepala yang baru.
- Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet sinaran matahari.
- Menyuburkan kulit kepala serta rambut daripada gugur.
- Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.
- Anti Oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan merawat semula sel-sel rambut yang rosak.
- Berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut.
- Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen yang terbaik untuk rawatan rambut. Vitamin E yang terdapat dalam Minyak Argan sangat berguna dalam memulihkan rambut secara semulajadi.
- Memberi keharuman Aroma masa kini
Cara penggunaan yang di sarankan :-
1. Semasa mandi petang, syampu rambut (Syampu Kelapa Dara) secara rata dari permukaan rambut sehingga ke kulit kepala. Kemudian, urut permukaan rambut sehingga ke kulit kepala secara perlahan-lahan dengan menggunakan sikat rambut (sikat bergigi bulat @tumpul, beruskan dengan lembut). Gosokan dengan menggunakan jari secara kasar akan menyebabkan rambut gugur dan rosak. Cuci rambut dan bilas sehingga bersih dengan memastikan tiada buih-buih syampu yang tertinggal pada kulit kepala.
2. Kemudian lap rambut yang basah dengan menggunakan tuala bersih secara lembut (jangan beri tekanan atau gosokan yang kuat kepada rambut dan kulit kepala untuk mengelakkan rambut tercabut @ gugur). Selepas lap, biarkan rambut kering dengan sendirinya.
3. Setelah rambut kering, sapukan Minyak Kelapa Dara (Asli) atau Minyak Argan di kulit kepala secara rata (sebaiknya jam 9.00 malam). Kemudian, biarkan minyak meresap ke dalam kulit kepala dalam jangka masa 2 jam. Proses resapan boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Jika berasa gatal, jangan garu kulit kepala dengan jari, sebaik-baiknya gunakan sikat yang matanya lembut (bersifat berus yang lembut) untuk mengurut kulit kepala dan mengelakkan rambut dari gugur.
4. Semasa mandi pagi, rambut boleh dibasahkan dan dicuci tetapi jangan gunakan syampu rambut atau sebarang bahan pencuci yang boleh menyebabkan kekeringan pada kulit kepala (pilih syampu yang sesuai). Selepas mandi, lap rambut yang basah menggunakan tuala bersih dengan lembut. Biasanya, permukaan kulit kepala akan berasa gatal selepas mandi. Bagi mengatasinya, urut kulit kepala menggunakan sikat yang telah dicadangkan secara perlahan-lahan. Biasanya, rasa gatal pada kulit kepala akan hilang dalam masa 1 hari.
5. Gunakan Tonik Rambut BioAsli. Sapukan tonik secara rata sehingga ke kulit kepala bagi memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa lembap dan subur, seterusnya dapat melindungi permukaan rambut dari sinaran ultra-ungu (UV).
6. Ulangi langkah 1-6 sehingga masalah kelemumur, rambut rosak dan rambut gugur dapat diatasi. Sebaik-baiknya, ulangi langkah di atas sehingga 2-3 minggu.
Cadangan :Teruskan penggunaan Tonik Rambut BioAsli sebagai amalan pemakaian harian bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan subur.
Berita Dan Pengumuman
(Sumbang Berita)
|