Login                

 

 Katalaluan  
 Masuk

Home Syarikat Produk Testimoni Kenyataan Pakar Herba Terpilih SMS
Menu Sijil Halal Beli Iklan TV, Promosi Banner untuk Anda Stokis Akhbar
Daftar -Free Hadiah-Free Pos-Free World Poo-Free Komisyen-20 Level Pertanyaan Katalog

   
  Steviol
  Steviol glycosides adalah komponen yang memberikan rasa manis pada daun pohon stevia  (Stevia rebaudiana). Kemanisan kompouns ini bermula dari 40 hingga  300 kali lebih manis dari sukrose. Ia sangat stabil pada suhu tinggi, stabil pada kepelbagaian pH,  dan tidak membantu penapaian. Tidak menyebabkan ‘tindak balas glisemik  bila dihadhamkan, menjadikannya sangat menarik sebagai bahan pemanis yang asli, terutamanya pengidap diabetik dan juga mereka yang menjalani satu bentuk kawalan diet karbohidrat.

Struktur kimia

Diterpene’ yang dikenali sebagai Steviol adalah merupakan aglicone bagi glikoside manis stevia,  yang mana ia terbina dengan menggantikan hidrogen atom bahagian bawah dengan glukose, dan menggantikan hidrogen atom bahagian atas dengan kombinasi glukuse dan  rhamnose. Kompaun primer, stevioside dan rebaudioside A, menggunakan cuma  glukose: Stevioside mempunyai dua ‘linked glucose molecules’ di bahagian atas hidrogen, dimana rebaudioside A mempunyai tiga, dengan glukose yang berada di tengah, terangkai pada struktur sentral steviol.

Dalam pembahagian berat, empat steviol glicosides yang utama ditemui dalam tisu pohon stevia adalah seperti berikut :-

  • 5–10% stevioside
  • 2–4% rebaudioside A — paling manis (250–300X kemanisan gula) 
  • 1–2% rebaudioside C
  • ˝–1% dulcoside A

Rebaudioside B, D, dan E mungkin juga wujud dalam kuantiti yang sedikit; tetapi ada kemungkinan bahawa rebaudioside B menjadi sebagai produk sampingan. Sementara dua kompaun majoriti, pada asasnya membentuk rasa manis daun stevia.

Toksiksiti

Kajian pada tahun 1985 yang menunjukkan bahawa steviol mungkin bersifat mutagenik, telah dipertikaikan atas asas prosedur dan datanya yang tidak sempurna, sehinggakan jika diguna pakai ke atas air suling pun akan menjadi mutagenik. Hakikatnya dalam kajian terakhir, membuktikan bahawa steviol dan glicosidesnya selamat untuk manusia dan haiwan. Pada tahun 2006,  pertubuhan World Health Organization (WHO) telah melakukan penelitian terhadap kajian penggunaan ekstrak stevia, dan menyimpulkan bahawa  "stevioside and rebaudioside A tidak bersifat genotoksik in vitro atau in vivo.” Lapuran tersebut juga membuktikan bahwa tiada sebarang aktiviti carsinogenik. Bagaimanapun lapuran tersebut menunjukkan kemungkinan khasiat kesihatan yang boleh didapati dari stevioside yang menunjukkan bukti kesan farmakologi bagi penderita hypertensi atau penderita diabetes tipe-2, walaupun kajian mendalam masih dilakukan untuk menentukan kadar dosage.

Steviol

Chemical name

Kaur-16-en-18-oic acid, 13-hydroxy-, (4.alpha.)-

Chemical formula

C20H30O3

Molecular mass

318.45 g/mol

CAS number

471-80-7

SMILES

CC12CCCC(C1CCC34C2CCC(C3)(C(=C)C4)O)(C)C(=O)O

 

 

 

PERINGATAN:-

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat, keterangan dan testimoni yang dipaparkan tidak wajar dijadikan sebagai panduan mutlak (tanpa merujuk kepada ahli perubatan @ doktor) bagi tujuan untuk mengenal pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan khidmat nasihat dan diagnostik ahli perubatan @ doktor yang bertauliah untuk mengenal pasti penyakit dan rawatan. Manakala segala testimoni yang ada, merupakan pengalaman sebenar pengguna. Sebahagiannya sudah diuji secara klinikal, manakala sebahagian lainnya belum lagi diuji sedemikian.   

Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.1,2&3 IKS Tmn. Seri B.N.O
45100 Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3213 8046  Fax :  + 603-3213 6563  Email : desaku@streamyx.com @ e_hijau@tm.net.my
atau SMS : desakutanya<jarak>tulis pertanyaan   - hantar ke 32781
© Copyright 2005. DesaKu.net.  All Right Reserved
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee