Delima Collagen | BIO-ASLI

Delima Collagen

Delima Collagen

RM 80.00 RM 70.00
Not Available

Kod : BIO-DELIMA-C Berat : 500 gram Share :
Delima Collagen

 
DELIMA COLLAGEN

 
 

Delima Collagen diformulasi dengan ekstrak buah-buahan terbaik seperti buah delima, manggis serta diadun bersama Pure Marine Collagen dan Vitamin C (di ambil dari buahan) untuk membantu tubuh melawan sel-sel kanser dan radikal bebas dari udara persekitaran. Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan.

 
 


 

Kolagen secara semulajadi adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat. Pure Marine Collagen mengandungi kolagen yang terbaik di ambil dari komponen tubuh ikan yang terpilih dan ditangkap di laut Korea Selatan. Diproses dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan keaslian dan kualiti protein kolagen tersebut. Pengambilan kolagen ini dapat menambah kuantiti protein kolagen semulajadi dalam tubuh manusia dan menjadi lebih aktif untuk menjadikan kulit awet muda dan tegang.

 
 
 

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif. Vitamin C adalah penting untuk metabolisma yang sihat kepada fungsi tubuh badan dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita. Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan Vitamin C. Ia perlu di ambil dari luar seperti pemakanan sayur-sayuran serta buah-buahan.

 
 
 

Buah Delima mengandungi 'potassium yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi dan sodium serta vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Bertindak balas bersama sodium, 'potassium' mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Buah ini menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah ekzema dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot serta menguatkan jantung.

 
 

Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit birit dan disentri. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama di bahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Pelbagai masalah penyakit dapat diatasi dengan esktrak manggis. Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan pelbagai lagi masalah.

 
 
Saiz Hidangan / Serving Size : 30g
Hidangan Per Pek / Serving Per Package : 12
Jumlah Purata (Average Amount)Setiap Hidangan (Per Serving)Setiap 100g (Per 100g)
Tenaga / Energy115kcal(481kJ)382kcal(1604kJ)
Karbohidrat / Carbohydrate24.4g81.5g
Lemak / Fat0.0g0.0g
Protein4.2g14.0g
 
Gula, Pure Marine Collagen, Vitamin C, Ekstrak Buah Delima, Ekstrak Buah Manggis dan Kondisioner Makanan Yang Dibenarkan.
Berat : 30 g x 12 sachet
 
1)Campurkan 1 sachet Delima Collagen bersama 200 ml air masak. 
2)Kemudian, kacau sehingga sebati dan sedia untuk diminum. 
3)Pengambilan adalah 2X sehari, pada waktu tengahari 30 minit sebelum makan tengahari, semasa perut kosong kerana memudahkan nutrisi untuk menyerap ke dalam tubuh dan waktu malam sebelum tidur. 
*Selepas pengambilan Delima Collagen, elakkan minum minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat

Bio-Asli HQ
No. 13 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor
+(6011) 3556-0149
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 5.30 petang
bioasli.hq23@gmail.com
24 X 5 online support
TOP