DEODORAN KELAPA DARA
Sebagaimana
kebanyakan deodoran, deodoran BioAsli tidak berfungsi untuk menghalang
pengeluaran peluh atau menghalang keringat, tetapi berfungsi
menghilangkan kesan-kesan sampingan apabila seseorang berpeluh,
meneutralkan bau keringat dan bertindak sebagai antiseptik, yakni dengan
membunuh bakteria yang berperanan menguraikan peluh, penyebab bau yang
tidak enak, selain menutupi bau.
Kehadiran
minyak kelapa dara, yang bersifat anti bakteria, anti virus dan anti
kulat sebagai komponen utamanya, menjadikannya sangat berkesan untuk
menghalang sebarang aktiviti bakteria pada mana-mana bahagian luar kulit
manusia yang berpotensi menghasilkan bau yang tidak diingini.
Selain
itu, minyak kelapa dara yang terdiri daripada MCFA, sangat membantu
memelihara mana-mana bahagian kulit yang terlibat. Minyak kelapa dara
sangat berkeupayaan untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan
sel-sel baru menggantikan sel-sel kulit yang mati. Hasilnya kulit akan
tetap anjal dan segar. Manakala kandungan antioksidan dalam minyak
kelapa dara sangat berupaya menghalang sebarang tindak balas aktiviti
radikal bebas, membantu melambatkan proses penuaan (kedutan) pada
mana-mana bahagian kulit yang terlibat.
Sesuatu
yang menarik, Deodoran BioAsli bebas dari penggunaan sebarang paraben
yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran.
Walaupun deodoran BioAsli sangat popular digunakan pada bahagian ketiak,
namun ia juga sesuai digunakan pada mana-mana bahagian tubuh lain, yang
biasa mengeluarkan bau yang tidak diingini, seperti di bahagian
ari-ari, atau mana-mana bahagian lain yang difikirkan perlu.
KELEBIHAN DEODORAN BIOASLI
1) Di datangkan dengan dua siri wangian yang berbeza.
Deodoran
ialah keperluan penjagaan kebersihan diri yang diperlukan oleh semua
tidak mengira lelaki atau perempuan. Keperluan harian ini sudah sinonim
dan pasti tidak selesa jika tidak menggunakannya. Kesesuaian untuk
pengguna memilih produk ini kebiasaanya berdasarkan wangian yang
digunakan. Perbezaan bau wangian sering digunakan pengeluar untuk
membezakan deodoran bagi pengguna lelaki dan pengguna wanita.
Bau
wangian yang ekstrem, cool dan aktif biasanya dikhususkan untuk
pengguna lelaki dan bagi pengguna wanita, wangian yang biasa digunakan
ialah bauan yang lembut, nyaman, pati bunga dan lebih feminin. Namun
begitu, wangi-wangian ini tidak mendatangkan sebarang mudarat jika
digunakan oleh jantina yang berlainan.
Deodoran
Kelapa Dara BioAsli juga turut di datangkan dengan dua siri wangian
yang berbeza bagi menyesuaikan penggunaannya dengan jantina
pengguna.Deodoran Kelapa Dara BioAsli Xtream di datangkan dengan wangian
yang ekstrem dan cool, sesuai dengan namanya untuk lelaki yang gemarkan
aktiviti lasak dan ektrem. Deodoran Kelapa Dara BioAsli Soft pula di
datangkan dengan wangian yang lembut dan santai untuk pengguna wanita
yang gemar dengan wangian semulajadi. Tetapi tidak menjadi masalah atau
mudarat sekiranya menggunakan jenis deodoran yang berlawanan dengan
jantina.
2) Bebas dari kandungan aluminium dan paraben merbahaya.
Sesuatu
yang menarik, Deodoran BioAsli bebas dari penggunaan sebarang paraben
yang biasa digunakan dalam kebanyakan deodoran dan antiperspiran. Selain
itu juga, kandungan deodoran ini adalah bebas dari sebarang unsur
alumunium yang di dapati merbahaya dan menjadi faktor kepada kekusutan
sel otak dan penyebab kanser payudara.
3) Diperkaya dengan Minyak Kelapa Dara
Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu
asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan
linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan
manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita.
Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak
rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan
melumurkannya ke seluruh badan.
4) Memelihara, Menjaga Dan Merawat
Kandungan
deodoran yang bebas dari bahan kimia dan diperkayakan dengan minyak
kelapa dara dengan ini sekaligus menjadikan deodoran ini sebagai rawatan
kepada kulit dari masalah bau, keradangan kulit dan mencerahkan
bahagian yang disapu dengan penggunaan yang kerap. Selain itu, dengan
penggunaan deodoran minyak kelapa dara ini juga mengurangkan risiko
pengumpulan plag di otak yang boleh menjadi punca Alzheimer dan juga
punca kanser payudara dari penggunaan sumber alumunium yang merbahaya.
BAHAN-BAHAN
Aqua, Polysobate 20, Hydroxythyl Cellulose, Allantoin, EDTA, Minyak Kelapa Dara, Euxyl PE9010 dan Pewangi
BERAT : 75ml / per botol (2 botol / 150ml)
CARA PENGGUNAAN
Sapu deodoran pada celah ketiak atau peha. Boleh digunakan sekerap mungkin.