Tonik Rambut Kelapa Dara (Lelaki) | BIO-ASLI

Tonik Rambut Kelapa Dara (Lelaki)

Tonik Rambut Kelapa Dara (Lelaki)

RM 47.74 RM 37.74
Not Available

Kod : GST-NEW-TPOLO Berat : 200 gram Share :
Tonik Rambut Kelapa Dara (Lelaki)

TONIK RAMBUT KELAPA DARA (LELAKI)

Tonik rambut yang diperkaya dengan Minyak Kelapa Dara dan Minyak Argan berupaya membantu memelihara kesegaran kulit kepala serta menjadikan rambut subur, sihat, lebat dan bersinar.

Kandungan asid laurik dan asid kaprik dalam minyak kelapa dapat membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala, menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan dapat mencegah kekeringan kulit dan seterusnya menghalang punca kelemumur manakala rambut pula menjadi subur dan bertambah hitam.

Dirumus khas untuk menjadikan rambut kelihatan 'silky', segar beralun dan tidak berminyak. Kandungan pewangi pula memberi keharuman aroma wangian yang mempesona.

Minyak Argan, digelar minyak keajaiban, diekstrak daripada biji buah Argan, telah berkembang ke seluruh dunia sebagai minyak semulajadi yang terbaik untuk penjagaan dan rawatan rambut. Ia mempunyai pelbagai kegunaan kesihatan daripada rawatan rambut, penjagaan kulit hingga ke pemulihan badan serta pelbagai lagi khasiat yang tersembunyi.

Minyak Argan sangat baik untuk pertumbuhan serta penjagaan rambut yang sihat. Dipanggil 'cecair emas' oleh pakar-pakar kecantikan di seluruh dunia. Ia mampu memberikan nafas baru kepada masalah rambut kering, kusut, beruban, cabang, rapuh dan sebagainya. Kaya dengan Vitamin E, nutrisi semulajadi terbaik yang diperlukan oleh rambut anda.

KELEBIHAN TONIK RAMBUT KELAPA DARA

  1. Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.
  2. Menghapuskan kelemumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak.
  3. Menjadikan rambut lebih segar dan bertambah hitam.
  4. Membantu dan merawat pembentukan sel tisu kulit kepala yang baru.
  5. Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet sinaran matahari.
  6. Menyuburkan kulit kepala serta rambut daripada gugur.
  7. Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.
  8. Anti Oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan merawat semula sel-sel rambut yang rosak.
  9. Berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut.
  10. Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen yang terbaik untuk rawatan rambut. Vitamin E yang terdapat dalam Minyak Argan sangat berguna dalam memulihkan rambut secara semulajadi.
  11. Memberi keharuman Aroma POLO yang menyerlahkan gaya lelaki profesional.

BAHAN-BAHAN

Minyak Kelapa Dara, Minyak Argan, Minyak Mineral dan Pewangi POLO.

BERAT : 150 ml


CARA PENGGUNAAN

Gunakan Tonik Rambut Kelapa Dara (Lelaki). Sapukan tonik secara rata sehingga ke kulit kepala bagi memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa lembap dan subur, seterusnya dapat melindungi permukaan rambut dari sinaran ultra-ungu (UV).

Nota : Teruskan penggunaan Tonik Rambut BioAsli sebagai amalan pemakaian harian bagi memastikan rambut sentiasa sihat dan subur.

Bio-Asli HQ
No. 15 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor
+(6017) 538-8482
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 5.30 petang
desaku_bioasli@yahoo.com
24 X 5 online support
TOP