' Syampu Kelapa Dara | BIO-ASLI

Syampu Kelapa Dara

Syampu Kelapa Dara

RM 43.02 RM 33.02

Kod : GST-SY500 Berat : 600 gram Share :
Syampu Kelapa Dara

SYAMPU KELAPA DARA

Diperkaya dengan nutrien Minyak Kelapa Dara, Tocotrienol dan Bio-Enzim. Minyak Kelapa Dara yang terdiri daripada MCFA, adalah sumber tenaga ampuh bagi pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, selain sifat anti virus, anti bakteria, anti kulat dan anti protozoa yang sangat baik untuk melindungi kulit kepala. Sementara Tocotrienol merupakan anti oksida terbaik bagi menghalang tindakbalas radikal bebas, manakala Bio Enzim berfungsi sebagai "catalyst" kepada seluruh aktiviti sel-sel kulit dan rambut. Ia benar-benar membersihkan, menyegarkan dan memelihara rambut dan kulit kepala serta mencegah kelemumur. Ia sesuai untuk semua jenis rambut.

Syampu Kelapa Dara BioAsli merupakan pilihan anggun. Ekstrak tulen daripada minyak kelapa dara, terkenal sebagai "terapi rambut semulajadi". Kualitinya yang melindungi rambut serta kulit kepala mengikut struktur semulajadi. Ekstrak tersebut bertindak sebagai pelincir pada rambut serta melembutkan struktur rambut.


MINYAK KELAPA DARA


Merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas daripada kelemumur, kutu dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang  sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ia juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak.

TOCOTRIENOL


Adalah anti-oksidan yang mampu melindungi kulit dari kesan tindakbalas radikal bebas, meningkatkan kesihatan kulit dan mencegah penuaan kulit. Selain itu juga, ia amat berkesan membantu meningkatkan imuniti badan dan menghindarkan penyakit. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kawalan sistem imunisasi badan serta berkeupayaan mengurangkan kolesterol dan kesan anti-kanser.

MADU


Adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu yang dihasilakan pula mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Madu berfungsi untuk menjadikan rambut berkilau. Selain itu, madu juga mampu menjaga dan menyihatkan kulit kepala serta rambut.

MINYAK ZAITUN


Kaya dengan zat dan mineral. Ia dikenali sebagai "Penawar Herba" kepada rambut dan kulit kepala. Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam minyak zaitun dapat menembusi kulit kepala dengan mudah serta menyihatkan, melindungi dan melembutkan rambut serta sentiasa mengekalkan kesuburan rambut. Kandungan vitamin A dan E, membantu mencegah sinaran matahari dari merosakkan rambut.

BIO-ENZIM



Adalah merupakan "catalyst" yang mampu meningkatkan keampuhan dan kesihatan sel-sel kulit. Enzim terdiri daripada pelbagai jenis protein yang bekerja untuk mendorong reaksi kimia yang diperlukan untuk tindakan tertentu atau gizi. Bagi penggunaan kosmetik, enzim yang digunakan mampu untuk membantu sel kulit bertindakbalas terhadap sebarang radikal dan masalah.


Penggunaan Syampu Kelapa Dara secara berterusan menjadikan rambut anda :-

  1. Lembut dan bermaya.
  2. Lebih hitam dan bersinar.
  3. Lebih mudah diurus.
  4. Menghuraikan masalah rambut kasar.
  5. Membantu memperbaiki tekstur rambut rosak akibat perwarnaan, pengeringan dan pelurusan rambut.

BAHAN-BAHAN

Air, Sodium Laureth Sulphate, Cocamidopropyl Betaine, PEG-120 Methyl Glucose Trioleate, Methylchloroisothiazolinone, PEG-40 Hydrogenated, Castor Oil, Minyak Kelapa Dara, Bio-Enzim, NaCI dan Pewangi.

BERAT : 500ml

*Untuk Kegunaan Luaran Sahaja.


CARA PENGGUNAAN

Tekan sedikit pada tapak tangan dan oleskan pada rambut, biarkan sehingga 5 minit dan kemudian dibilas.

Bio-Asli HQ
No. 15 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor
+(6017) 538-8482
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 5.30 petang
desaku_bioasli@yahoo.com
24 X 5 online support
TOP