|
Baru-Jus
Herba
Mas Madu
Khasiat
Herba &
Tenaga
Segera
!!! |

Kandungan : Herba Mas Cotek
+ Misai Kucing + Habbatus
Sauda + Rozal + Madu Asli |
|
-
Roselle
(Rozelle, red sorrel,
Jamaica sorrel)
-
(Hibiscus sabdariffa var
sabdariffa -- Family
Malvaceae)
|
|
PENGENALAN
Roselle
(Hibiscus sabdariffa) adalah
dari species
hibiscus, famili
Malvaceae. Tumbuhan asal Afrika
Barat, dan mula dikenali dan ditanam
di Asia pada kurun ke 17. Ditanam
secara besar-besaran bermula pada
tahun 1920 di Indonesia (dulu
dikenali sebagai
the Dutch East Indies)
Ia adalah sejenis tumbuhan herba
tahunan yang boleh hidup lama. Ia
sesuai hidup dipersekitaran tanah
gembur yang subur, saliran air yang
baik, terutama di iklim tropika. Ia
hidup subur di kawasan yang
mempunyai taburan hujan sekitar 10
inci (25sm) dalam setiap bulan
semasa pembesarannya. Asas batangnya
sedikit keras berkayu, tumbuh
setinggi 2–2.5 meter. Daunnya
mempunyai antara 3 hingga 5 cuping
(lobed), 8–15 sm panjang, tersusun
berselang (arranged alternately) di
atas batang dan berwarna antara
hijau gelap dan hijau
kemerah-merahan
Bunganya berukuran lintang sekitar
8–10 sm, berwarna putih atau putih
susu dengan warna merah pekat di
bahagian dasar petal, mempunyai
fleshy
calyx, setebal 1.5–2 sm.
Ketebalannya kadang-kadang mencapai
ketebalan 3–3.5 sm. Warna buahnya
akan bertambah merah, bila buah
semakin matang, dan ia akan mencapai
tahap kematangan sekitar enam bulan.
Selain panggilan roselle, red sorrel, Jamaica sorrel
ia juga dikenali di
benua India sebagai meśta/meshta,
di Senegal sebagai bissap, Di
Congo sebagai wanjo dan
di Perancis
sebagai
oseille rouge/l'oseille de Guinée,
di
Gambia sebagai zobo di
Nigeria, Mesir, Saudi
Arabia sebagai karkade, di
Sudan sebagai omutete, di
Namibia,
Caribbean dan Jamaica
sebagai sorrel di Amerika
Latin, rosela
di German sebagi Rosella di Sepanyol sebagai
quimbombó chino/sereni, di
Portugal sebagai vinagreira/azeda
de Guiné, di Thailand sebagai
krachiap daeng, bagi masyarakat
melayu dikenali sebagai asam
susur, dan di Jepun sebagai
rozeru
Klasifikasi roselle |
Kingdom |
Plantae |
Division |
Magnoliophyta |
Class |
Magnoliopsida |
Order |
Malvales |
Famili |
Malvaceae |
Genus |
Hibiscus |
Species |
H. sabdariffa |
Nama binomial |
Hibiscus sabdariffa |
|
KEGUNAAN ROSELLE |
Pada asalnya tumbuhan roselle ini
ditanam untuk menghasilkan
bast fibre dari
batangnya. Fibrenya digunakan
sebagai bahan ganti untuk
jute
Bahagian calycesnya
yang berwarna merah ketika ini
banyak di ekspot ke Amerika
dan Eropah, (German adalah merupakan
pengimpot utamanya) dimana ia
digunakan sebagai pewarna makanan.
Di Perancis ia juga boleh didapati
di pasar dalam bentuk sirap. Daun
hijaunya digunakan dan dimakan
sebagaimana daun bayam.
Kadang-kadang daunnya juga digunakan
sebagai penambah rasa hidangan nasi
dan ikan bagi masyarakat Senegal
yang popular ia itu
thiéboudieune.
Teh
Di
Afrika, roselle selalunya
digunakan untuk membuat teh herba
manis, dan kerap dijual di
pasar-pasar jalanan. Bunganya yang
kering boleh didapati disetiap
pasarnya Sementara di kepulauan
Caribbean minuman dibuat dari buah
segarnya. Di Thailand roselle juga
diminumsebagai the dan dipercayai
mampu mengurangkan kadar kolesterol
dalam darah. Di sebahagian tempat di
dunia roselle di campurkan dengan
daun teh Cina untuk mendapat
kelainan rasa. Di Amerika calyces
roselle dijual didalam uncang dan
dilabelkan sebagai "Flor de
Jamaica" dan boleh didapati di
gedung-gedung makanan kesihatan,
dipercayai kaya dengan vitamin C.
Minuman ini baik untuk mereka yang
ada kemungkinan keperluan untuk
menstabilkan kadar air dalam
tubuhnya. Ia dilapurkan agak sedikit
diuretik. |
Kegunaan perubatan |
Di India, Africa and Mexico, semua
bahagian pohon reselle yang di atas
paras tanah bernilai didalam
perubatan asli. Air rendaman daun
atau calyces dianggap sebagai
bersifat diuretic, cholerectic,
febrifugal dan hypotensive,
mengurangkan kepekatan darah dan
merangsang gerakan peristalsis usus.
Pakar Pharmakologi di Senegal
menyarankan supaya ekstrak roselle
digunakan untuk menurunkan tekanan
darah tinggi. Dalam tahun 1962,
telah disahkan bahawa calyces
mempunyai aktiviti hypotensif dan
didapati bahawa ia bersifat
antispasmodic, anthelmintic dan
antibacterial. Dalam tahun 1964
telah ditemui bahawa ekstrak roselle
sangat berkesan terhadap Ascaris
gallinarum pada haiwan ternak, dan
warna semulajadinya punya kesan
pemusnah terhadap Mycobacterium
tuberculosis. Ekstrak roselle juga
didapati berupaya mengurangkan kadar
penyerapan alcohol (bagi peminum
minuman keras), jadi ia mengurangkan
kesan alcohol terhadap kepada system
tubuh. Di Guatemala roselle adalah
penawar yang digemari untuk
memulihkan ketagihan arak.
Di Afrika Barat, kelopak roselle
kering yang dikenali sebagai "Sudan
tea", diambil untuk merawat batuk.
Jus roselle bersama garam, lada
hitam, asafetida getah dammar yang
berbau kuat) dan molasses (sejenis
sirap), diambil untuk memulihkan
biliousness (kesakitan hempedu dan
hati.
Daun roselle yang dipanaskan bila di
tampalkan pada tumit kaki yang pecah,
atau di atas kulit melecur untuk
mempercepatkan maturation (pematangan).
Losyen yang dibuat dari daun
digunakan juga untuk kesakitan dan
luka. Bijinya bersifat diuretic
dan fungsi tonic dan
minyak bijinya yang berwarna kuning
perang (brownish-yellow) didakwa
mampu menyembuhkan kesakitan pada
unta. Di India, air rebusan biji
roselle dapat melegakan dysuria,
strangury,dyspepsia dan
debility. |
Lain-lain kegunaan |
Di benua India, terutama di sekitar
lembah Genges roselle yang dipanggil
meshta ditanam untuk menghasilkan
fibre tumbuh-tumbuhan is cultivated
for vegetable fibres. Fibre dari
keratan dan perdu mendapat
permintaan yang sangat menggalakkan
dari industri yang menggunakannya.
Di sebahagian benua Eropah calyses
dicampur dalam salad buah-buahan. Di
Afrika ia dimasak sebagai hidangan
tambahan bersama kacang kisar. Bagi
masyarakat barat ia kadang-kadang
dijadikan bahan membuat sauce,
juice, sirup, jam, marmalade,
relish, chutney dan jelly,
Roselle sauce atau sirap boleh di
campurkan ke dalam puding, cake
frosting, gelatin dan salad
dressings, dituangkan ke atas
gingerbread, pancakes, waffles atau
ice cream. Bagi membuat jelly, tidak
perlu dicampurkan pectin untuk
memantapkannya, kerana calycesnya
mempunyai sekitar 3.19% pectin. Di
Pakistan, roselle telah digunakan
sebagai sumber pectin untuk industri
pengawetan buah-buahan.
Bijinya dianggap sebagai makanan
ayam yang baik, sementara keladak
selepas selepas pengekstrakan
minyaknya bernilai untuk makanan
lembu.
Calyces yang kering mengandungi
flavonoids gossypetine, hibiscetine
dan sabdaretine. Pigment utamanya,
dilapurkan sebagai hibiscin, dikenal
pasti sebagai daphniphylline. Juga
terdapat sedikit kandungan
delphinidin 3-monoglucoside,
cyanidin 3-monoglucoside (chrysanthenin),
and delphinidin. |
Pengeluaran |
China
dan
Thailand adalah pengeluar
terbesar dan menguasai sebahagian
besar bekalan dunia.
Thailand dikatakan
melabur dengan banyak bagi
pengeluaran roselle dan diperakui
bahawa hasinya sangat berkualiti,
sementara roselle dari China
dihasilkan dengan kawalan kualiti
yang agak longgar. Oleh itu kualiti
hasilnya kurang meyakinkan.
Penghasilan roselle terbaik adalah
dari
Sudan,
tetapi kuantiti pengeluarannya agak
rendah sementara sistem pemerosesan
yang rendah menjejaskan kualitinya.
Mexico, Egypt, Senegal, Tanzania,
Mali dan Jamaica juga merupakan
antara pengeluar utama
roselle,tetapi pengeluarannya hanya
untuk kegunaan domestik sahaja.
Nilai pemakanan
Pakar pemakanan mendapati bahawa
roselle calyces mengandungi
kandungan Kalsium, niasin,
riboflavin dan zat besi.
Nilai Pemakanan bagi setiap 100 g
yang dimakan.
Calyces, segar.
Moisture 9.2 g
Protein 1.145 g
Fat 2.61 g
Fiber 12.0 g
Ash 6.90 g
Calcium 1,263 mg
Phosphorus 273.2 mg
Iron 8.98 mg
Karotene 0.029 mg
Thiamine 0.117 mg
Riboflavin 0.277 mg
Niacin 3.765 mg
Ascorbic Acid 6.7 mg
Daun segar (Analisa dibuat di
Guatamela)
Moisture 86.2%
Protein 1.7-3.2%
Fat 1.1%
Carbohydrates 10%
Ash 1%
Calcium 0.18%
Phosphorus 0.04%
Iron 0.0054%
Malic Acid 1.25%
Biji (Analisa dibuat di
Philippines)
Moisture 12.9%
Protein 3.29%
Fatty Oil 16.8%
Cellulose 16.8%
Pentosans 15.8%
Starch 11.1%
Amino acids (N = 16 p. 100 According
to Busson)*
Arginine 3.6
Cystine 1.3
Histidine 1.5
Isoleucine 3.0
Leucine 5.0
Lysine 3.9
Methionine 1.0
Phenylalanine 3.2
Threonine 3.0
Tryptophan -
Tyrosine 2.2
Valine 3.8
Aspartic Acid 16.3
Glutamic Acid 7.2
Alanine 3.7
Glycine 3.8
Proline 5.6
Serine 3.5 |
|
|
PERINGATAN:-
Adalah
dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat,
keterangan dan testimoni yang dipaparkan tidak
wajar dijadikan sebagai panduan mutlak (tanpa
merujuk kepada ahli perubatan @ doktor) bagi
tujuan untuk mengenal pasti atau mengubati
sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan khidmat
nasihat dan diagnostik ahli perubatan @ doktor
yang bertauliah untuk mengenal pasti penyakit
dan rawatan. Manakala segala testimoni yang ada,
merupakan pengalaman sebenar pengguna.
Sebahagiannya sudah diuji secara klinikal,
manakala sebahagian lainnya belum lagi diuji
sedemikian. |
|
|
|
|