|
Baru-Jus
Herba
Mas Madu
Khasiat
Herba &
Tenaga
Segera
!!! |

Kandungan : Herba Mas Cotek
+ Misai Kucing + Habbatus
Sauda + Rozal + Madu Asli |
|
MISAI KUCING :
Orthosiphon stamineus,
Benth/ Orthosiphon aristatus |
|
PENGENALAN
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba
renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae"
yang terdapat di Malaysia. Pokok
Misai Kucing ialah pokok herba renek
yang tumbuh sehingga mencapai
ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya
Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis
pokok berbunga dan sering ditanam
sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat
pada 'verticil' lebih kurang 16 cm
panjang. Bunga berwarna putih
kebiru-biruan dengan filamen yang
panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam
pasangan yang bertentangan. Daun
Misai Kucing berwarna hijau,
berbentuk tirus di hujung dan tepi
daun berjereja. Tangkai daun pendek,
berukuran 0.3 cm panjang dan
berwarna ungu-kemerahan. Batang
pokok Misai Kucing berbentuk empat
segi, berwarna kemerahan, tumbuh
tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam
sepanjang tahun dan ianya boleh
tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter.
Mempunyai bunga yang berwarna putih
dan keseluruhan tumbuhan ini boleh
digunakan sebagai ubat. Daun
pokok Misai Kucing juga
digunakan sebagai herba perubatan
untuk merawat penyakit kencing
manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk
memperbaiki saluran kencing dan
buah pinggang dan bagi membantu
mengelakkan penyakit batu karang.
Mengikut kajian, daunnya yang sudah
dikeringkan adalah bersifat diuretik
dan membantu menyingkirkan asid
urik yang berlebihan dalam badan.
Pokok Misai Kucing
Nama Tempatan : Misai kucing
Nama Saintifik : Orthosiphon
aristatus /stamineus benth
Nama Lain : Kumis kucing,
cat whisker, kabling gubat, remujung,
Javatee,
Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus,
Orthosiphonblaetter, Indisher
Nierentee, Feuilles de Barbiflore,
Java Tea, Kidney Tea, Koemis
Koetjing and Yaa Nuat Maeo.
Latin name : Orthosiphon
spicatus
Famili : Lamiaceae
Keterangan:
Tumbuhan yang pada asalnya dari
klasifiksi liar ini mula banyak
ditanam dan popular sebagai tumbuhan
taman kerana bunganya yang cantik.
Mudah membiak melalui keratan batang
dan memerlukan medium yang agak
lembab untuk hidup dengan subur.
Misai kucing ialah herba bukan
semusim dan ia boleh hidup lama.Ia
kaya dengan kalium. Tumbuhan ini
mula menarik perhatian para pengkaji
antarabangsa apabila ia mula
diperkenalkan sebagai teh di Eropah
pada awal kurun ke20.
Klasifikasi pokok misai kucing
Division |
Magnoliophyta |
Kelas |
Magnoliophyta |
Oder |
Lamiales |
Famili |
Labiatae@Lamiaceae@Lippenblutengewachse |
Genus |
Orthosiphon |
Spesies |
O. Stamineu |
Nama binomial |
Orthosiphon stamineus,
Benth |
|
Kegunaan |
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya
boleh digunakan. Kehebatan
penyembuhan pokok misai kucing ini
adalah lantaran kandungan kimianya
yang hebat seperti
cirsimaritin, myoinositol,
orthosiphon, pillion, rhamnasin,
bmlt oioioldsalvigenin, kerotin,
kerotinoid, minyak pati, flavanoid,
glukosid, glikoprotein, saponin dan
terpenoid.
Misai kucing telah terkenal sejak
turun temurun kerana dapat membuang
dan mencuci darah dari toksid yang
berlebihan. Juga dapat membantu
tubuh mengeluarkan bendalir
berlebihan terutamanya dari sendi.
Mengandungi kandungan kalium yang
mencukupi untuk menggantikan
kehilangan kalium dari badan semasa
pembuangan air kencing. Ia juga
tidak mendatangkan masalah pada buah
pinggang seperti kebanyakan
ubat-ubat moden. Dapat juga
merawat penyakit lain seperti gout,
athriris, reumatik dan penyakit batu
karang, selain dapat mencegah
pembentukan batu karang dan
jangkitan saluran kencing, diabetes
and nephritis.
arteriosclerosis (capillary dan
masalah peredaran darah), Terkenal
juga dengan khasiatnya untuk
merawat kencing manis, mengurangkan
kadar kolesterol darah, menurunkan
tekanan darah tinggi dan melegakan
kekejangan smooth muscle pada
dinding organ dalaman disamping
sifat antiseptiknya. |
Huraian |
Herba Misai Kucing telah
digunakan sejak
beratus-ratus tahun dahulu
oleh pengamal perubatan
tradisional untuk merawat
penyakit berkaitan pundi
kencing (seperti batu karang)
dan buah pinggang. Kandungan
ortosifonim dan garam kalium
(yang terdapat pada daunnya),
merupakan komponen utama
yang membantu larutnya asid
urik, fosfat dan oksalat
dalam tubuh manusia,
terutama dalam hempedu
ataupun ginjal sehingga
dapat mencegah terjadinya
endapan batu karang.
Kandungan saponin dan tanin
pada daun juga boleh
mengubati penyakit keputihan
yang dialami oleh sesetengah
wanita.
Penyelidikan semasa telah
mengenal pasti kesan-kesan
Misai Kucing sebagai
berpunca daripada komponen
fenolik dan flavonoid.
Sebatian-sebatian ini
merangsang pembersihan sel
dan perlindungan yang lebih
baik melalui beberapa kaedah.
Pertama, ia meningkatkan
pembuangan asid metabolik
dan natrium melalui ginjal (buah
pinggang), yang dipanggil
diuresis, dengan cara yang
tidak memudaratkan ginjal.
Ini menjadikannya antara
bahan diuretik paling
selamat di kalangan ubatan
herba. Sesetengah daripada
hasil penyelidikan awal
terhadap herba ini telah
dibuat berhubung usaha
menilai kegunaannya sebagai
rawatan tradisional untuk
menghapuskan batu karang. Ia
merupakan salah satu
daripada segelintir bahan
herba yang telah diluluskan
oleh kerajaan Jerman untuk
meningkatkan isi padu air
kencing bagi mencegah batu
karang. Ia disyorkan khusus
untuk mencegah pembentukan
batu karang akibat asid urik.
Dos saranan untuk herba
kering ialah 300 - 800 mg
sehari, yakni kira-kira 1.5
- 4 gram daun segar.
Selain itu, daun misai
kucing juga digunakan
sebagai rawatan sakit
pinggang, radang ginjal,
masuk angin, kencing manis
dan demam. Tanaman ini juga
boleh digunakan sebagai
bahan antialergi, gout,
athritis (radang sendi) dan
reumatik (sengal-sengal atau
lenguh) kerana ia dapat
menyingkirkan asid urik dan
toksik metabolik yang
berlebihan pada sendi dan
otot.
Bila asid-asid ini terkumpul
secara berlebihan pada
tisu-tisu, ditambah pula
dengan sistem pengedaran
yang lemah, itulah yang
menyebabkan kesakitan dan
radang pada sendi dan otot.
Disamping itu juga, misai
kucing digunakan untuk
mengurangkan kolesterol dan
tekanan darah.
Penyelidikan juga
telah mendapati ianya
bersifat antiseptik.
Para penyelidik daripada
Fakulti Farmasi, Universiti
Fukuyama, Jepun telah
mendapati bahawa sesetengah
daripada sebatian herba ini
menggalakkan penurunan
secara berterusan terhadap
tekanan darah sistolik
melalui tindakan vasodilasi
(pengembangan pembuluh darah),
penurunan keluaran kardiak
dan tindakan diuretik dalam
penghapusan natrium. Ini
menerangkan dengan jelas
kesan-kesan positif herba
ini dalam rawatan hipertensi
yang mana telah berlaku
penggunaan herba ini secara
berdokumen sebagai rawatan
tradisional di Indonesia
selama ratusan tahun yang
lalu. Dalam satu kajian yang
hasilnya diterbitkan pada
tahun 2007 oleh Pusat Kajian
Sains Farmaseutik di
Universiti Sains Malaysia
herba ini didapati
mengandungi sifat-sifat
antioksidan dan penghapus
radikal bebas. Ini juga
mengesahkan penggunaannya
secara tradisional dalam
merawat masalah hati, kerana
ia telah terbukti merangsang
perlindungan hati daripada
keracunan bahan toksik
secara bergantung pada dos (dosedependent).
Pakar ubatan herba
tradisional Indonesia juga
telah menggunakan herba ini
untuk merawat diabetes (kencing
manis) dan kesannya disahkan
apabila pada tahun 2007 para
penyelidik daripada Jabatan
Farmakologi, Universiti
Chulalongkorn di Bangkok,
Thailand menerbitkan laporan
berhubung kesan Orthosiphon
terhadap glukosa darah pada
tikus yang diaruh supaya
berpenyakit diabetes. Kajian
berkenaan menunjukkan bahawa
dalam satu ujian ketahanan
glukosa, pati Orthosiphon
(0.2 - 1.0g/kg) menurunkan
kepekatan glukosa plasma
dengan ketara secara
bergantung pada dos
(dose-dependent) pada tikus
biasa dan tikus berdiabetes.
Menjelang tamatnya kajian
ini profil lipid juga telah
bertambah baik dengan
kepekatan gliserida plasma
lebih rendah pada tikus
berdiabetes yang dirawat
dengan pati ini berbanding
tikus yang tidak dirawat,
manakala tahap kolesterol
Lipoprotein Ketumpatan
Tinggi (kolesterol baik)
juga naik secara ketara pada
tikus berdiabetes yang
dirawat dengan pati ini. Ini
merupakan satu contoh baik
penggunaan ubat tradisional
yang disokong dengan
pengesahan saintifik bagi
setiap kegunaannya secara
tradisional. Paling penting
sekali, herba ini menawarkan
rawatan sokongan yang
selamat dan berkesan bagi
masalah berhubung penuaan
yang paling sering berlaku,
yakni sakit dan sengal sendi,
hipertensi, diabetes dan
kolesterol tinggi.
Secara ringkasnya
kepentingan daun misai
kucing adalah seperti
berikut:
-
Mengandungi sifat-sifat
anti alergi,
antihipertensi, anti
inflamatori dan diuretik.
-
Digunakan untuk merawat
areriosklerosis (penyakit
pada sirkulasi dan
kapilari darah), ghout,
batu karang, batu
hempedu, diabetes dan
reumatisme. Bersifat
anti fungi dan anti
bakteria.
-
Salah satu cara ia
bertindak ialah dengan
meningkatkan aliran
pembuangan air kecil
pesakit.
-
Mengandungi kalium yang
mempunyai khasiat
diuretik dan pelarut
batu karang (saluran
kencing).
Sila
klik : Kebaikan Misai Kucing |
|
Kandungan kimia
misai kucing dan khasiat kesihatannya |
# |
Bahan aktif |
Kesan Pharmakologi /
Aktiviti biologi |
1. |
Beta-karyophyllene |
Agen
Anti-Inflammatory (bukan-steroid)
Antibakterial |
Agen Anti-inflammatory yang
bukan steroid. Juga punya
kesan analgesik, antipyretik,
dan platelet-inhibitory
actions. Digunakan
terutamanya untuk merawat
arthritis kronik dan
sebahagian soft tissue
disorders yang berkaitan
dengan sakit dan radang. |
2. |
Alpha-humulene |
Antitumor
Antibakteria |
Induser kepada aktiviti
antitumor. |
3. |
Caryophyllene epoxide |
Fungicidal,
Anticholinesterase
|
Fungicidal – menghalang
kehidupan fungus.
Anticholinesterase –
menghalang aktiviti
cholinesterases, termasuk
acetylcholinesterase. |
4. |
Eupatorin |
#Antibakteria;
Anticarcinomik; Antimalaria;
Cytotosik; Emetik;
Immunostimulant;Parasiticide;
Plasmodicide; |
Antioksidan.
Flavonoid yang
menghalang
oxidative inactivation of
15-lipoxygenase. |
5. |
Sinensetin |
Fungicide, Pesticide
|
Anti pelekatan terhadap
platelet |
6. |
Scutellarine tetramethyl
ethers |
|
|
7. |
Salvigenin |
|
Penenang |
8. |
7,3',4’-tri-O-methylluteolin |
|
|
9. |
5-hydroxy-6,
7’,3',4’-tetramethoxyflavone |
|
Menghalang dan mengurangkan
penyakit cardiovascular dan
ketidakselarasannya. |
10. |
Ladanein |
|
|
11. |
6-hydroxy-5,
7’,4'-trimethoxyflavone |
|
|
12. |
2,3-dicoffeoyltartrate |
|
|
13. |
Rosmarik asid |
|
Antiphlogistik, antiexudatif,
antiinflammatory,
antiallergik, antioksidan |
14. |
2-caffeoyltartrate |
|
|
15. |
Terpenoids |
|
Masih dalam kajian terhadap
sifat antibakteria dan
antineoplastiknya |
16. |
Diterpene ester |
|
|
17. |
Orthosiphole A to E (diterpene
dibenzoyl diacetyl ester of
primarane type) |
|
|
18. |
Neoorthosiphol A and B |
Antihipertensif |
Rawatan untuk hipertensi |
19. |
Orthosiphole F to J |
|
|
20. |
Staminol A and B |
|
|
21. |
Norstaminol A |
|
|
22. |
Orthochromene A (benzochromene) |
Antihipertensif |
|
23. |
Aglycone hederagenin (Triterpene
saponins) |
|
Sapogenin glycosides.
Sapogenins adalah beracun
terhadape lower forms of
life dan Hemolitik
punya kekuatan bila di dalam
aliran darah.Mampu menyerap
dan mencairkan sel darh
merah. |
24. |
Alpha-carotene |
Antioksidan. Anti-carcinogenik.
#Antikancer (liver/paru-paru/kulit)
|
Sejenis karotenoid.
Karotenoids dikenali juga
sebagai "provitamin A"
kerana tubuh tidak dapat
mengubahnya kepada retinol,
iaitu satu bentuk vitamin A.
Karotenoids dapat
melindungi sel dari kesan
kerosakan dari radikal
bebas.sumber vitamin A,
merangsang fungsi sistem
imunisasi dan sistem
reproduktif
Penghalang kanser,
10 kali ganda lebih dari
anti-karcinogenik/anti-proliferan
dari beta-karotene. |
25. |
Beta-karotene |
#Allergenik; Androgenik?;
AntiPMS; Antiacne; Antiaging;
Antiasthmatik;
Antikanser;Antikarsinomik;
Antikoronary;
Antihiperkeratotik;
Antiichithiotik;
Antileukoplakik; Antilupus;
Antimastitik; Antimutagenik;
Antioksidan; Antiozenik;
Antiphotophobik;
Antipitiriasik;
Antiporphirik;
Antiproliferant; Antipsoriak;
Antiradikular; Antistress;
Antitumor; Antiulser;
Antixerophthalmik;
Kanser-Preventif;
Immunostimulant;
Interferon-Synergist;
Mucogenik; Phagositotik;
Prooksidan; Thymoprotektif;
Ubiquiot; |
Karotenoid adalah perintis
kepada VITAMIN A. Ia
berperanan untuk
mengurangkan keparahan
photosensitivity reactions
bagi pesakit yang mengidap
erithropoietik
protoporphiria (PORPHYRIA,
ERYTHROPOIETIC). (From
Reynolds JEF(Ed):
Martindale: The Extra
Pharmacopoeia (electronic
version). Micromedex, Inc,
Engewood, CO, 1995.)
Beta-karotene supplemen
sedang dikaji keupayaannya
untuk mengurangkan
sebahagian dari risiko
kanser dan penyakit jantung.
Merangsang sistem imunasi.
Berperanan dalam pembentukan
dan memperbaiki tisu. |
26. |
Crptoxanthin |
Agen Antikarsinogenik ,
Antimutagenik |
Menghalang dan mengurangkan
pembentukan penyakit kanser. |
27. |
Beta-zeakarotene |
Antioksidan |
Sejenis karotenoid.
Karotenoid dipanggil juga
"provitamin A" kerana tubuh
boleh mengubahnya kepada
retinol, sejenis vitamin A
yang aktif. |
28. |
Neo-beta-karotene |
Antioksidan |
Sejenis karotenoid. |
29. |
Alpha-karotene oxide |
|
|
30. |
Vomifoliol |
|
|
31. |
Aurantiamide acetate |
|
Ia memperlahan pembentukan
tumor samada pada peringkat
awal atau pada peringkat
yang sudah kronik dengan
tiada meninggalkan kesan
sampingan. |
32. |
Oleanolik asid |
|
Abortifacient; Anti-HIV
EC50=1.7 ug/ml;
Anti-HIV
Antidiabetik
|
33. |
Ursolic asid |
#Analgesik;
Anti-HIV EC50=2.0 ug/ml;
Anti-HIV IC50=6.5 ug/ml;
Anti-HIV IC85=18 ug/ml;
AntiEBV; Antiarthritik;
Antikariogenik;
Antiholestatik 28-100 mg/kg
orl;
Antidiabetik; Antiedemik;
Antihepatotoxik 5-20 mg/kg
ipr; Antihistaminik;
Antihiperlipidemik;
Antiinflammatory 1/3x
indomethacin;
Antiinflammatory IC24=500
mg/kg; Antileishmanic
ED50=20 uM; Antileukemik;
Antilimphomik; Antimutagenik;
Antiobesiti?; Antioksidan;
Antiproliferatif IC50=15-20
uM; Antistaphilococcic;
Antitumor; Antitumor
(Breast) 0.5% diet;
Antitumor (Breast)
IC50=15-20 uM; Antitumor
(Colon); Antitumor (Lung);
Antitumor (Stomach)
IC50=15-20 uM; Antitumor-Promoter;
Antiulcer; Antiviral IC85=18
ug/ml; Aromatase-Inhibitor;
CNS-Depressant;
Cancer-Preventive;
Choleretik 5-20 mg/kg orl;
Cytotosik 50 ppm; ED50=3.75
ug/ml; Diuretik;
Hepatoprotectif;
Hypoglicemik;
Lipoxygenase-Inhibitor
IC50=0.18 mM; Piscicide;
Potassium-Sparing 3
mg/rat;
Protease-Inhibitor
IC85=18 ug/ml; Protisticide;
Sodium-Sparing 3 mg/rat |
|
|
|
|
PERINGATAN:-
Adalah
dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat,
keterangan dan testimoni yang dipaparkan tidak
wajar dijadikan sebagai panduan mutlak (tanpa
merujuk kepada ahli perubatan @ doktor) bagi
tujuan untuk mengenal pasti atau mengubati
sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan khidmat
nasihat dan diagnostik ahli perubatan @ doktor
yang bertauliah untuk mengenal pasti penyakit
dan rawatan. Manakala segala testimoni yang ada,
merupakan pengalaman sebenar pengguna.
Sebahagiannya sudah diuji secara klinikal,
manakala sebahagian lainnya belum lagi diuji
sedemikian. |
|
|
|
|