|
-
Baru-Jus
Herba
Mas Madu
-
Khasiat
Herba &
Tenaga
Segera
!!!
|

Kandungan : Herba Mas Cotek
+ Misai Kucing + Habbatus
Sauda + Rozal + Madu Asli |
|
Mas cotek /
Ficus deltoidea
Mistletoe fig (Moraceae) |
|
PENGENALAN
Mas cotek atau nama saintifiknya,
“ Ficus deltoidea ”
dari famili “ moraceae ” adalah sejenis
tumbuhan
meliar
yang menumpang di atas pokok lain (epifit).
Biasanya
hidup di kawasan perbatuan dan
pergunungan.
Merupakan tumbuhan yang kini mula
mendapat perhatian, khususnya
dikalangan pengamal perubatan
tradisional.
Terdiri dari jenis jantan dan betina
dengan pelbagai bentuk daun mengikut
habitat asalnya.
Selain Tongkat Ali (Eurycoma
longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia
pumila), mas cotek dikenali
kerana khasiatnya yang dapat merawat
pelbagai jenis penyakit dan baik
untuk penjagaan kesihatan.
Selain dicampur antara daun jantan
dan betina dari pelbagai jenis,
bahagian batang, buah dan akarnya
yang dikeringkan, juga berkesan
untuk perawatan berbagai penyakit.
Mas cotek dikenali juga dengan
berbagai nama seperti
sempit-sempit dan
agoluran bagi penduduk
Sabah, Serawak dan kepulauan
Kalimantan, tabat barito,
bagi masyarakat Indonesia, dan
beberapa nama lain seperti ara
jelatih, ara tunggal, api-api
telinga gajah dan api-api telinga
kera bagi masyarakat di
beberapa daerah lain. Di Afrika, ia
dikenali sebagai
‘Kangkalibang’. Sementara di
beberapa daerah lain ia juga
dipanggil sebagai emas
cotek, pokok barito, pokok raja ubat
dan secotek emas.
Dalam bidang botani dinamakan
sebagai
Ficus deltoidea
Nama mas cotek diberi atas sebab
terdapatnya bintik-bintik halus
berwarna emas pada permukaan atas
setiap helaian daunnya.
Malah pada buahnya terdapat titik
yang berwarna merah muda.
Di Malaysia, telah dikenalpasti
bahawa terdapat lebih daripada 80
spesis yang tergolong di dalam
keluarga Ficus deltoidea.
Tumbuhan yang dikenali sebagai ara
juga merupakan salah satu spesis
keluarga Ficus deltoidea. Ficus
deltoidea Jack atau Mistleteo
fig adalah diantara spesis yang
diklasifikasikan secara saintifik
dan ianya tergolong dalam keluarga
Moraceae.
Walaupun begitu emas cotek bukanlah
parasit. Benihnya dipercayai
disebarkan oleh burung yang memakan
buahnya.
Klasifikasi Mas cotek (Ficus
Deltoidea)
Division |
Magnoliophyta |
Class |
Magnoliopsida |
Order |
Rosales |
Family |
Moraceae |
Genus |
Ficus |
Species |
Ficus detoidea |
Jenis Tanaman :
Mas cotek adalah sejenis tumbuhan
meliar yang menumpang diatas pokok
lain (epifit) dan biasa juga hidup
kawasan perbatuan di pergunungan.
Sebenarnya
terdapat lebih dari 80 jenis mas cotek,
antaranya
mascotek kelitik kering, delima sudu,
payudara kecil, telinga beruk,
telinga kera, raja mas cotek, pitis
sekeleng kecil
dan lain-lain lagi. Ia dibezakan
melalui bentuk daun, bentuk urat
daunnya dan lain-lain lagi. Setiap
jenisnya mempunyai peranan
masing-masing dalam menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit kerana
antara kandungan yang terdapat dalam
mas cotek ialah Naringin
yang tergolong dalam
flavonoid
dan
bersifat antioksida.
Daun :
Daun mas cotek berbentuk lebar dan
permukaannya licin berkilat. Tepi
daun berombak dan garisan halus
berwarna jingga. Dipermukaan atas
daun, berwarna hijau muda. Manakala
bahagian bawah daun pula hijau
kejinggaan.
Batang :
Batangnya tumbuh menegak ke atas,
bulat, licin, berwarna kelabu dan
agak rapuh.
Buah :
Buahnya kelihatan bersegi dan
menarik. Berbentuk hampir bulat dan
bewarna hijau muda. Dihujung buah
mas cotek terdapat tanda merah muda.
Tunas batang pada buahnya pendek dan
tumbuh jarang-jarang antara satu
sama lain
Pengkelasan mas cotek
Secara tradisi, nama tempatan serta
pengkelasan jenis mas cotek
dilakukan mengikut spesis seperti
delima sudip, serapat angin, telinga
gajah, telinga kera, telinga beruk
dan sebagainya. Di Malaysia, spesis
serapat angin banyak terdapat di
bahagian pantai timur Semenanjung
terutamanya di negeri Terengganu.
Spesis telinga beruk dan telinga
gajah pula, banyak terdapat di
negeri Kelantan. Delima sudip boleh
diperolehi di kawasan tengah dan
selatan semenanjung, manakala
telinga kera banyak terdapat di
bahagian utara Semenanjung.
Secara tradisinya mas cotek boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori
utama iaitu:
a) Mas cotek jantan
b) Mas cotek betina
Perbezaan paling ketara yang dapat
dilihat diantara spesis mas cotek
jantan dan spesis mas cotek betina
adalah dari segi rupa bentuk
daunnya. Jenis yang berdaun kecil,
tirus, nipis dan ringan lebih
dikenali sebagai pokok mas cotek
jantan. Bahagian belakang daun mas
cotek jantan juga terdapat bintik
berwarna merah. Pada kebiasaannya,
daun-daun ini mempunyai satu bintik
merah, namun terdapat juga daun yang
mempunyai dua dan tiga bintik merah.
Bagi mas cotek jenis betina pula,
rupa bentuk daunnya adalah lebih
besar dan kebanyakan daunnya
berbentuk bujur dan bulat serta
lebih tebal jika dibandingkan dengan
spesis jantan. Sama seperti daun
jantan, daun betina juga mempunyai
bintik pada bahagian belakang
daunnya. Warna bintik pada daun
betina bukannya berwarna merah, akan
tetapi ianya berwarna hitam. Selain
itu, urat daun betina kelihatan
lebih jelas di bahagian permukaan
atas daun jika dibandingkan dengan
daun jantan.
Mengikut konsep ‘Doctrine of
signature’, bentuk, warna, rasa
dan bau pada setiap bahagian
tumbuhan mas cotek menggambarkan
kegunan herba itu untuk rawatan
penyakit. Secara tradisi, daun mas
cotek digunakan oleh golongan wanita
selepas bersalin untuk
mengecutkan rahim, memperbaiki
peredaran darah, mengembalikan
tenaga, merawat masalah berkaitan
peredaran darah, dan dijadikan
sebagai minuman herba untuk
kesihatan serta kecantikan.
Bagi pengamal perubatan tradisional,
mas cotek juga berupaya mencegah
dan menyembuh beberapa jenis
penyakit sekiranya diamalkan dengan
betul seperti penyakit paru-paru
berair, kencing manis, lemah
jantung, darah tinggi dan
cirit-birit. Dalam hal ini,
kebanyakan pengamal perubatan
tradisional mensyorkan mas cotek
diamalkan sebagai minuman teh herba.
|
Sebatian Semulajadi dalam mas
cotek |
Kajian yang pernah dibuat oleh
Universiti Malaya
(UM) serta
Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia
(Mardi) tumbuhan ini mengandungi
empat bahan aktif yang
diperlukan badan manusia iaitu :
Kandungan
|
Kegunaan
|
Flavonoid
|
Anti-oksida yang kuat,
yang mana membantu
mengekalkan peredaran
darah yang sihat,
anti-radang, anti-rival,
melindungi hati dan
estrogen
|
Tannins
|
Menegangkan tisu yang
kendur, mengeringkan
perembesan air yang
berlebihan (cirit-birit)
dan melindungi tisu
rosak seperti exzema
atau melecur
|
Triterpenoids
|
Membuang serta
mengeluarkan kahak dan
membantu penyerapan
nutrien |
Phenols
|
Kurang serta
menghilangkan bengkak
dan anti-septik
|
Kajian menunjukkan bahawa mas cotek
mengandungi lima bahan aktif
yang sangat diperlukan oleh sistem
tubuh badan manusia iaitu
Flavonoid, Tannins,
Triterpenoids,
Proanthocyanins dan Phenols.
Bahan-bahan ini disahkan
berkemampuan membantu minda dalam
mengingat dan menumpukan
perhatian serta merawat masalah
kurang daya tumpuan. Juga mampu
melancarkan keberkesanan Vitamin
C didalam rangkaian Anti-Oksida,
mengawal Nitrit Oksida dan peredaran
darah, mengawal pengoksidanan LDL (kolestrol
jahat) dan mengurangkan tekanan
darah tinggi.
|
Kegunaan dan khasiat
mas cotek |
Mas cotek dikatakan merupakan pusaka
asli wanita dalam warisan perubatan
Melayu. Ia diamalkan bagi
mengecutkan saluran peranakan dan
merapatkan pintu rahim serta
mengembalikan rahim pada kedudukan
asal serta mengukuhkannya. Disamping
itu, dipercayai rebusan daun mas
cotek juga mampu memecah lemak
serta membuang kolestrol berlebihan
dalam saluran darah dan menghindari
pengamal dari sakit kepala
(migraine) dan angin
ahmar.
Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuh dan
membetulkan kerosakan urat saraf
dengan cara mengeringkan 2-3 helai
daunnya (campuran antara pokok
jantan dan betina) dan direbus
dengan 3 cawan air hingga tinggal
secawan. Minum airnya bila suam. Ia
juga boleh digunakan untuk
mengembalikan rahim kekedudukan asal
dan mengecutkan rahim untuk
perempuan baru lepas bersalin.
Ia juga boleh digunakan untuk
mengubat paru-paru berair. Selain
dari daun dan akarnya yang direbus,
buahnya juga boleh dimakan (sebanyak
3-5 biji sehari) untuk menyihatkan
badan
Air rebusan daun, batang, akar, dan buah
mas cotek terbukti dapat
menyembuhkan penyakit paru-paru
berair, sakit pinggang, mengurangkan
keletihan, dan yang paling utama
ialah ia mampu meningkatkan
keinginan seks bagi pasangan
suami isteri. Ia juga dipercayai
dapat bertindak balas terhadap
rangsangan hormon lelaki untuk
meningkatkan daya ketegangan alat
kelamin. Daun mas cotek boleh
dipetik dan dikunyah semasa segar.
Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila
diperlukan, rebus daun kering tadi
dan minum airnya bagi memulihkan
tenaga.
1. Herba mas cotek dipercayai dapat
menyembuhkan, membetulkan kerosakan
urat saraf dan mengekalkan keayuan
serta awet muda.
2. Herba mas cotek dipercayai dapat
diminum sebagai tonik kaum wanita
dan sering digunakan untuk
mengembalikan rahim ke kedudukan
asal
serta mengecutkan rahim untuk
perempuan baru lepas bersalin.
3. Herba mas cotek dapat dipercayai
boleh
merawat sakit paru-paru berair,
kencing manis, buasir, darah tinggi,
lemah jantung, cirit-birit dan
meningkatkan keinginan seks lelaki
dan wanita.
4. Herba mas cotek dipercayai dapat
membantu mengatasi
masalah-masalah berkaitan kaum
wanita seperti keputihan dan
membantu menambah tenaga.
Antaranya penyakit yang dapat dibantu:
1. Mengeluarkan toksin dalam
badan
2.
Melancarkan perjalanan
darah
3. Sakit urat saraf
4. Gout
5. Kencing manis
6. Darah tinggi
7. Membuang kolestrol dan
lemak
8. Buasir
9. Migraine /sakit kepala
10.
Paru-paru berair
11.
Pemulih tenaga batin
12.
Sakit puan
13.
Senggugut
14.
Sakit pinggang
15.
Keletihan
16.
Masalah tidur
17.
Rangsangan hormon lelaki
18.
Mengecutkan rahim peranakan
19.
Merapatkan pintu rahim
20.
Sakit lutut
21.
Mencantikkan dan melicinkan
kulit
22. Demam/ Selesema
|
Amalan |
Cara-cara merebus dan mengamalkannya:
-
Herba mas cotek hendaklah
direbus sebanyak 6 liter air
atau bersamaan dengan 4 x 1.5
liter air saiz botol air mineral
sehingga mendidih atau selama 45
minit sehingga pati dari batang,
daun, buah, ranting dan akarnya
keluar.
-
Tapis air rebusan tadi dan
batang daun hasil rebusan mas
cotek tadi. Anda boleh menyimpan
air rebusan mas cotek ke dalam
peti ais (agar tahan lebih lama)
atau di luar (habiskan sebelum 3
hari).
-
Amalkan meminum air rebusan mas
cotek sekurang-kurangnya 5 – 6
gelas sehari dan amalkan sebagai
minuman harian.
-
Tiada jangkaan had umur untuk
mengamalkan air herba ini.
-
Minuman seisi keluarga ini
sesuai untuk semua jenis jantina.
|
|
|
PERINGATAN:-
Adalah
dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat,
keterangan dan testimoni yang dipaparkan tidak
wajar dijadikan sebagai panduan mutlak (tanpa
merujuk kepada ahli perubatan @ doktor) bagi
tujuan untuk mengenal pasti atau mengubati
sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan khidmat
nasihat dan diagnostik ahli perubatan @ doktor
yang bertauliah untuk mengenal pasti penyakit
dan rawatan. Manakala segala testimoni yang ada,
merupakan pengalaman sebenar pengguna.
Sebahagiannya sudah diuji secara klinikal,
manakala sebahagian lainnya belum lagi diuji
sedemikian. |
|
|
|
|