Umrah ialah Haji Kecil, ia
di ambil dari perkataan al-I'timar
iaitu ziarah. Orang yang
mengerjakan umrah akan
berniat Ihram Umrah dari
miqat, mengerjakan Tawaf
Qudum, bersaie dan
seterusnya bertahallul dari
Ihramnya dengan bercukur
atau bergunting.
1.
Berihram Dari Miqat
Miqat Zamani :
Empat orang Imam telah
bersependapat bahawa
mengerjakan ibadat umrah
pada ke semua hari-hari di
dalam setahun adalah harus
kecuali lima hari mengikut
pendapat Imam Hanafi iaitu
pada hari Arafah dan empat
hari selepasnya. Mereka
berpendapat mengerjakan
ibadat umrah pada hari-hari
tersebut adalah makruh yang
membawa kepada haram.
Tanda Sempadan Tanah Haram :
Tan'im
: Jalan menuju ke
Madinah sejauh 6 km
dari Mekah.
Wadi Nakhlah
: Di timur laut
sebelah Iraq dan
jaraknya dengan
Mekah sejauh 41 km.
Ja'ranah
: Di sebelah timur
sejauh 16 km.
Adhah
: Jalan menuju ke
Yaman dan jaraknya
dengan Mekah sejauh
12 km.
Hudaibiyah
: Di sebelah barat
jalan ke Jeddah dan
dinamakan sekarang
ini dengan
Asy-Syamisi sejauh
15 km dari Mekah.
Al-A'lam (tanda) ialah :
Batu-batu yang dipahat
setinggi satu meter kemudian
diletakkan di tepi
jalan-jalan tersebut.
Miqat Makani :
Diriwayatkan daripada Ibnu
Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah
menetapkan tempat miqat bagi
penduduk Madinah di Zul
Hulaifah, bagi penduduk Syam
di Juhfah, bagi penduduk
Najd di Qarnul Manazil dan
bagi penduduk Yaman di
Yalamlam. Sabda baginda lagi
: Miqat-miqat tersebut
adalah bagi penduduk
negeri-negeri tersebut dan
bagi mereka yang melaluinya
untuk menunaikan ibadat Haji
dan Umrah. Manakala, selain
dari mereka yang tersebut,
miqatnya adalah mengikut
arah kedatangan mereka,
begitu juga dengan penduduk
Mekah, miqatnya memadai dari
Mekah. Para ahli Ilmu telah
bersepakat mengenai
tempat-tempat miqat tersebut.
Juhfah :
Merupakan miqat bagi
penduduk Mesir, Syam dan
mereka yang datang dari
arahnya.
Abyar Ali (Zul Hulaifah) :
Iaitu miqat bagi penduduk
Madinah : Dinamakan Abyar
Ali kerana ia merupakan
tempat bekalan air bagi Bani
Jathim, juga merupakan miqat
yang paling jauh dari Kota
Mekah iaitu kira-kira 450
kilometer. Perjalanan dengan
unta dapat merentasi jarak
tersebut selama sembilan
hari, kira-kira 50 kilometer
setiap hari (iaitu kira-kira
4 kilometer satu jam). Ia
(50 km) juga dinamakan satu
marhalah.
Qarnul Manazil :
Sebuah bukit yang terletak
di hadapan padang Arafah
yang dikenali dengan Qarnul
Manazil dan ia merupakan
miqat bagi penduduk Taif dan
mereka yang berada di
belakangnya.
Zaatu Irqin :
Dinamakan Zaatu Irqin kerana
ia merupakan sebuah bukit
bernama Irqin, terletak di
hadapan sebuah lembah yang
dikenali dengan Wadi al-Aqiq
iaitu sebuah perkampungan
yang terletak sejauh 2
marhalah dari Kota Mekah.
Miqat ini tidak terdapat di
dalam hadis Rasulullah s.a.w,
tetapi ia telah disepakati
oleh para ulama.
Yalamlam :
Yalamlam merupakan salah
sebuah dari bukit-bukit yang
terdapat di sebelah utara,
kira-kira 2 marhalah dari
Kota Mekah dan ia adalah
miqat bagi penduduk Yaman.
2.
Tawaf :
Jika sudah sampai di Makkah,
lakukanlah tawaf umrah
mengelilingi Kaabah tujuh
kali putaran, dimulai dari
Hajar Aswad dan berakhir di
Hajar Aswad. Lalu solatlah
dua rakaat di belakang Maqam
Ibrahim, dekat dengan Maqam
(kalau mungkin) atau jauh
darinya.
3.
Saie :
Setelah selesai solat 2
rakaat, pergilah ke Bukit
Shafa untuk melakukan saie
umrah tujuh kali putaran,
dimulai dari Bukit Shafa dan
berakhir di Bukit Marwa.
Yang bermaksud : Wahai Tuhan
yang membalik-balikkan
segala hati, tetapkanlah
hatiku di atas agamaMu.
Wahai Tuhanku, sesungguhnya
aku memohon kepadaMu segala
yang mewajibkan rahmatMu,
segala yang meneguhkan
keampunanMu, kesejahteraan
daripada segala dosa,
memperolehi Syurga dan
terpelihara dari api Neraka.
Wahai Tuhanku, sesungguhnya
aku memohon kepadaMu hidayat
petunjuk, ketaqwaan,
terpelihara dari segala
kesalahn dan kekayaan. Wahai
TuhanKu, tolonglah aku
supaya aku dapat menyebutMu,
mensyukuri dan beribadat
kepadaMu dengan
sebaik-baiknya. Wahai
Tuhanku, sesungguhnya aku
memohon kepadaMu segala
kebajikan, apa yang aku
ketahui, apa yang aku tidak
ketahui dan apa yang belum
aku ketahui. Aku memohon
kepada Engkau Syurga dan
perkara-perkara yang boleh
mendekatkan aku kepadanya
samada perkataan atau
perbuatan. Aku berlindung
dengan Engkau dari Neraka
dan dari perkara-perkara
yang boleh mendekatkan aku
kepadanya samada perkataan
atau perbuatan.
Yang bermaksud :
Sesungguhnya Safa dan Marwah
itu ialah sebahagian
daripada Syiar (lambang)
agama Allah. Oleh itu,
sesiapa yang menunaikan
ibadat Haji di Baitullah
atau mengerjakan Umrah, maka
tidak salah dia bersaie (berjalan
secara berulang-alik) di
antara keduanya. Sesiapa
yang sukarela mengerjakan
perkara kebajikan, maka
sesungguhnya Allah pemberi
balasan pahala, lagi Maha
Mengetahui.
Kemudian menghadap ke arah
Kaabah lalu mengucapkan :
Yang bermaksud : Allah Yang
Maha Besar, Allah Yang Maha
Besar, Allah Yang Maha Besar,
Allah Yang Maha Besar,
Terbesar dari segala yang
besar-besar, segala
puji-pujian tertentu bagi
Allah, Maha suci Allah Yang
Maha Agung dengan
puji-pujian yang mulia pagi
dan petang. Tidak ada Tuhan
yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan
Allah, Tuhan yang telah
menepati segala
janji-janjiNya, Tuhan yang
telah menolong hambaNya dan
menghancurkan segala
musuh-musuh dengan
keagunganNya. Tidak ada
tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan
Allah, kepada Allah kami
memperhambakan diri kami
dengan penuh keikhlasan dan
kejujuran.
Yang bermaksud :
Sesungguhnya Safa dan Marwah
itu ialah sebahagian
daripada Syiar (lambang)
agama Allah. Oleh itu,
sesiapa yang menunaikan
ibadat Haji di Baitullah
atau mengerjakan Umrah, maka
tidak salah dia bersaie (berjalan
secara berulang-alik) di
antara keduanya. Sesiapa
yang sukarela mengerjakan
perkara kebajikan, maka
sesungguhnya Allah pemberi
balasan pahala, lagi Maha
Mengetahui.
Kemudian menghadap ke arah
Kaabah lalu mengucapkan :
Yang bermaksud : Allah Yang
Maha Besar, Allah Yang Maha
Besar, Allah Yang Maha Besar,
Allah Yang Maha Besar,
Terbesar dari segala yang
besar-besar, segala
puji-pujian tertentu bagi
Allah, Maha suci Allah Yang
Maha Agung dengan
puji-pujian yang mulia pagi
dan petang. Tidak ada Tuhan
yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan
Allah, Tuhan yang telah
menepati segala
janji-janjiNya, Tuhan yang
telah menolong hambaNya dan
menghancurkan segala
musuh-musuh dengan
keagunganNya. Tidak ada
Tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan
Allah, kepada Allah kami
memperhambakan diri kami
dengan penuh keikhlasan dan
kejujuran.
4.
Bertahallul dari Ihramnya
dengan bercukur atau
bergunting :
Setelah selesai saie,
pendekkanlah rambut kepala.
Dengan demikian, selesailah
pelaksanaan ibadah Umrah,
dan bukalah pakaian ihram
anda lalu gantilah dengan
pakaian biasa.