Utama      I      Produk          Syarikat           Beli Online      I     Galeri      I     Tips Produk     I     Hubungi Kami
Bookmark and Share
Kategori Produk
 

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
PRODUK UMRAH DAN HAJI
 
    Umrah     Haji  
             
    Penyakit     Galeri  
             
    Produk Yang Disyorkan     Beli Set Produk 1 (Umrah & Haji)  
            (Out of Stock)  
             
    Beli Set Produk 2 (Umrah & Haji)     Beli Set Produk 3 (Umrah & Haji)  
      (Out of Stock)       (Out of Stock)  
             
    Beli Set Produk 4 (Umrah & Haji)     Beli Set Produk 5 (Umrah & Haji)  
      (Out of Stock)       (Out of Stock)  

 

 

 

 
 

Definisi Haji :

Haji dari sudut bahasa :Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.
Haji dari sudut syarak :Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu.
 

Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji.

 

Haji Tamattu'

Haji Tamattu' ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam.

 

Haji Qiran

Haji Qiran ialah berniat Umrah dan Haji secara serentak dan orang Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam.

 

Haji Ifrad

Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.

 
 

Hukum dan Dalilnya :

Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, samada lelaki atau perempuan.

 

Dalil dari Al-Quran :

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Allah S.W.T telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.

 

Dalil dari Hadis :

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Islam dibina atas lima rukun." baginda menyebut di antaranya ialah ibadat Haji.

 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : " Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga."

 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : " Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan."

 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Wahai umatku semua! Sesungguhnya Allah telah memfardhukan ibadat Haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat Haji. Lalu seorang lelaki bertanya baginda : Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun wahai Rasulullah? Rasulullah S.A.W hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Rasulullah S.A.W menjawab : Jika aku katakan Ya, nescaya kamu wajib mengerjakannya pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat Haji ketika kamu berkemampuan."

 
Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.
 

 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku@streamyx.com
BioAsli  ©  Copyright 2008-2012  All Rights Reserved

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Menunaikan Umrah & Haji

Video : Klik Foto

Haji & Umrah

Panduan Mengerjakan Ibadah Haji & Umrah

Haji

Dokumentari Haji Part 1

Haji

Dokumentari Haji Part 2

Haji

Dokumentari Haji Part 3

Haji

Dokumentari Haji Part 4

Haji

Dokumentari Haji Part 5

Haji

Dokumentari Haji Part 6

Rukun Umrah

Rukun-rukun umrah

Sa'ie

Cara Melakukan Sa'ie

Haji & Umrah

Haji & Umrah Bukan Mimpi