Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
TONIK RAMBUT BIOASLI
 
 
Bookmark and Share
    Tonik Rambut (Minyak Kelapa Dara)     Tonik Rambut (Minyak Argan)  
             
    Tonik Rambut Lelaki (T-POLO)     Tonik Rambut Wanita (T-HUGO)  
             
    Kelemumur Rambut     Keguguran Rambut  
             
    Tips Penggunaan     Testimoni Pengguna  
             
    Beli Produk     Leaflet Tonik Rambut  
   
 Tonik Rambut Lelaki (T-POLO)
 Tonik Rambut Wanita (T-HUGO)
       
 
 

 

 

Apa itu MPHL?

 

MPHL atau alopesia (botak) androgenetik merupakan punca keguguran rambut yang paling biasa berlaku, mewakili lebih 80 % daripada kesemua kes keguguran rambut di kalangan lelaki.

Lain-lain penyebab kehilangan rambut termasuklah :

  Telogen effluvium. Satu keadaan sementara yang selalunya terjadi disebabkan oleh tekanan seperti kehamilan, trauma atau pembedahan.
     
  Areata alopesia. Satu keadaan di mana sistem imun badan sendiri menekan peringkat pertumbuhan akar rambut (bahagian rambut yang tertanam di dalam folikel di bawah kulit). Areata alopesia menyebabkan rambut gugur dalam bentuk setompok dan boleh menjejaskan keseluruhan tubuh badan termasuk rambut pada anggota muka dan alat sulit.
     
  Keadaan kulit kepala. Jangkitan kulat atau penyakit psoriasis iaitu sejenis penyakit kulit yang kronik pada kulit kepala, juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
     
  Masalah perubatan sedia ada. Penyakit-penyakit seperti hipotiroidisme.
 

Memahami Kitaran Pertumbuhan Rambut

 
Terdapat tiga peringkat kitaran pertumbuhan rambut yang normal :
 
 

1)

Anagen (Pertumbuhan)
    Rambut-rambut yang baru tumbuh daripada dasar folikel (lubang atau bukaan pada permukaan kulit di mana rambut tumbuh melaluinya). Fasa pertumbuhan yang normal ini selalunya memakan masa bertahun-tahun dan hasilnya adalah rambut yang tumbuh sepenuhnya.
     
  2) Catagen (Rehat)
    Pada peringkat ini, rambut berhenti tumbuh dan akar rambut mula mengecut. Dasar folikel pecah dan rambut bergerak ke atas di dalam folikel, jauh daripada akar dan pembuluh darah yang membekalkan nutrien.
     
  3) Telogen (Pertumbuhan Semula)
    Rambut yang telah matang kini melekat longgar ke akar rambut. Ia lazimnya akan gugur selepas beberapa bulan ataupun setelah ditolak oleh rambut baru yang tumbuh di bawahnya.
 
Apakah Yang Menyebabkan MPHL ?
 

MPHL terjadi disebabkan oleh interaksi hormon-hormon kulit kepala lelaki dengan risiko genetik, yang mempengaruhi kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Dalam erti kata lain, MPHL mempunyai kaitan dengan dua faktor utama iaitu gen dan hormon.

 
Apakah yang akan terjadi kepada rambut jika saya mempunyai MPHL ?
 
 

1)

Hormon lelaki iaitu androgen hadir di dalam folikel rambut, khususnya hormon testosteron. Turut hadir adalah sejenis enzim yang dikenali sebagai 5-alpha-reductase (5aR)
     
  2) Apabila testosteron berinteraksi dengan enzim, hormon akan ditukarkan menjadi dihydrotestosterone atau DHT.
     
  3) Apabila wujud DHT yang berlebihan di dalam akar rambut, fasa anagen kitaran rambut dipendekkan. Hasilnya adalah rambut yang lebih pendek, halus dan kurang kelihatan.
     
  4) Ini selalunya berlaku pada verteks iaitu bahagian yang tertinggi pada kepala dan pada garisan kepala - corak keguguran rambut di kalangan lelaki yang paling klasik.
 
Lain-lain Faktor Risiko MPHL ?
 
  Jantina - lelaki secara umumnya lebih cenderung menderita masalah keguguran rambut disebabkan oleh jumlah hormon testosteron yang lebih banyak mereka hasilkan.
     
  Sejarah keluarga - kejadian MPHL di kalangan ayah, bapa saudara, datuk dan kedua-dua belah ibu dan bapa boleh mendedahkan seseorang kepada keadaan ini.
     
  Usia - adalah dianggarkan kira-kira 30 % lelaki yang berumur 30 tahun akan mendapat beberapa bentuk keguguran rambut manakala 50 % akan mengalaminya tatkala umur mencecah 50 tahun.
     
  Tekanan - stres yang kronik dan berterusan boleh mempercepatkan MPHL.
 

Tips Rambut Sihat

 

 
 

 

Sejak kebelakangan in, semakin ramai wanita mula mengalami keguguran rambut yang awal dan uban pramasa. Bagi kebanyakan wanita, rambut yang semakin jarang memang menyusahkan hati terutamanya rambut mula gugur dari bahagian atas kepala.

Penyelidik-penyelidik perubatan mengatakan bahawa faktor-faktor keguguran rambut antara lelaki dan wanita adalah berbeza.

 
Keguguran rambut wanita adalah disebabkan oleh :
 
  Sindrom Selepas Bersalin
    Wanita berisiko tinggi keguguran rambut apabila mereka berada dalam fasa kehamilan. Selepas bersalin, jumlah kehilangan darah yang banyak menyebabkan peredaran darah dan hormon hilang keseimbangan. 3-5 bulan selepas bersalin, keguguran rambut boleh mencapai 30 % kerana gangguan dan penyesuaian semula yang berlaku dalam badan.
     
  Fasa Haid, Menopaus
    Pengambilan pil pencegah hamil dan pemberhentian pengambilan pil itu atau wanita yang mengalami menopaus akan mula menghadapi ketidakseimbangan hormon. Semasa kedatangan haid, saluran rambut dan folikel mungkin tidak mendapat nutrien yang mencukupi akibat gangguan aliran "makanan" pada seluruh badan.
     
  Diet Yo Yo
    Wanita muda yang berdiet secara melampau akan menyebabkan badan mereka kekurangan banyak nutrien. Pelan pemakanan harian dengan buah-buahan, sayur-sayuran atau hanya melangkau waktu makan boleh membahayakan badan. Pada kadar ini, rambut juga akan gugur dengan banyak kerana kekurangan protein yang diperlukan oleh sel rambut untuk berfungsi.
     
  Tekanan Kerja
    Wanita moden sentiasa menghadapi tekanan. Ini menjadikan mereka khuatir dan resah. Apabila seseorang menjadi panik, dia bukan sahaja gelisah malah peredaran darah yang biasa juga akan terganggu dan menyebabkan kulit kepala merembeskan jumlah minyak yang banyak. Tekanan juga menyebabkan uban pramasa.
     
  Keturunan
    Jangan menyangka bahawa lelaki sahajalah yang mengalami keguguran rambut yang disebabkan oleh keturunan. Wanita juga boleh mengalaminya. Apabila umur wanita semakin meningkat, perembesan hormonnya juga akan mula menurun dan jika ibu bapa serta saudara-maranya mengalami masalah keguguran rambut, dia berkemungkinan mengalami keguguran rambut pramasa juga.
     
  Pengerintingan Atau Pencabutan Yang Kerap
    Pengerintingan yang kerap boleh menjejaskan rambut anda. Ini adalah kerana bahan kimia yang digunakan dan bahan-bahan itu termasuklah mousse, losyen pengerintingan dan lain-lain. Pencabutan atau penarikan rambut anda akan menyebabkan keguguran rambut yang banyak di kemudian hari. Rambut yang diikat tinggi di belakang kepala akan menyebabkan garis rambut semakin ke belakang dan juga keguguran rambut.
 

 

 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku@streamyx.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli  ©  Copyright 2005-2013  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Minyak Kelapa Dara

Video : Klik Foto

Dr . Bruce Fife

Kelebihan Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Rambut

Tips Rambut

Minyak Kelapa Dara Untuk Rambut

Rawatan Rambut

Minyak Kelapa Dara Untuk Rawatan Rambut

Rambut Sihat

Pertumbuhan Rambut Sekata

Rambut Menawan

Selamatkan Rambut Dengan Minyak Kelapa Dara

Minyak Rambut

Minyak Rambut Kelapa Dara

Rambut Kering

Minyak Kelapa Dara Untuk Rambut Kering

Model Dunia

MKD Untuk Rambut & Losyen Tangan

Argan Oil

The Golden Oil from Morocco

Rahsia Rambut

Rahsia Rambut Dari Minyak Kelapa Dara