World
Model used Virgin Coconut Oil for her body and hair
CADANGAN - TEKNIK RAWATAN
RAMBUT GUGUR & BERKELEMUMUR
1. Semasa mandi petang,
syampu rambut secara rata
dari permukaan rambut
sehingga ke kulit kepala.
Kemudian, urut permukaan
rambut sehingga ke kulit
kepala secara perlahan-lahan
dengan menggunakan
sikat
rambut (sikat bergigi bulat
@tumpul, beruskan
dengan lembut). Gosokan dengan
menggunakan jari secara
kasar akan
menyebabkan rambut gugur dan
rosak. Cuci rambut dan bilas
sehingga bersih dengan
memastikan tiada buih-buih
syampu yang tertinggal pada
kulit kepala
2. Kemudian lap
rambut yang basah dengan
menggunakan tuala bersih
secara lembut (jangan beri
tekanan atau gosokan yang
kuat kepada rambut dan kulit
kepala untuk mengelakkan
rambut tercabut @ gugur). Selepas lap,
biarkan rambut kering dengan
sendirinya.
3. Setelah rambut kering,
sapukan
Minyak Kelapa Dara (Asli)
Bio-Asli di kulit kepala
secara rata (sebaiknya jam
9.00 malam). Kemudian,
biarkan MKD meresap ke dalam
kulit kepala dalam jangka masa 2
jam. Proses resapan boleh
menyebabkan kegatalan pada
kulit kepala. Jika berasa
gatal, jangan garu kulit
kepala dengan jari,
sebaik-baiknya gunakan sikat
yang matanya lembut (bersifat
berus yang lembut) untuk
mengurut kulit kepala dan
mengelakkan rambut dari
gugur.
4. Semasa mandi pagi, rambut
boleh dibasahkan dan dicuci tetapi
jangan gunakan syampu rambut
atau sebarang bahan pencuci
yang boleh menyebabkan
kekeringan pada kulit kepala
(pilih syampu yang sesuai). Selepas mandi, lap rambut
yang basah menggunakan tuala
bersih dengan lembut.
Biasanya, permukaan kulit
kepala akan berasa gatal
selepas mandi. Bagi
mengatasinya, urut kulit
kepala menggunakan sikat
yang telah dicadangkan
secara perlahan-lahan.
Biasanya, rasa gatal pada
kulit kepala akan hilang
dalam masa 1 hari.
Tidak sesuai
Lebih Sesuai
Tidak sesuai
Lebih Sesuai
5. Gunakan
Tonik Rambut Bio-Asli.
Sapukan tonik secara rata
sehingga ke kulit kepala
bagi memastikan kulit kepala
dan rambut sentiasa lembap
dan subur, seterusnya dapat
melindungi permukaan rambut
dari sinaran ultra-ungu
(UV).
6. Ulangi langkah 1-6
sehingga masalah kelemumur,
rambut rosak dan rambut
gugur dapat diatasi.
Sebaik-baiknya, ulangi
langkah di atas sehingga 2-3
minggu.
Cadangan :Teruskan penggunaan
Tonik Rambut Bio-Asli
sebagai amalan pemakaian
harian bagi memastikan
rambut sentiasa sihat dan
subur.