No Telefon Syarikat

   

Lupa ID & passward

 
Dibuka 8.30am hingga 6.00pm

  603 - 3224 8721     Cik Ina
  019 - 3880098        Pn Ana
  019- 7725338         Pn. Zainun
  Fax : 603-3224 2321

  Hantar email

 
 

20 Ahli Terbaru Bio-asli

 
 
 
 

Halaman Pertanyaan anda

Ada persoalan atau perlu keterangan lanjut , kami sedia membantu.

Nama   
Lokasi   
No Tel   
Email   
Komen, Pertanyaan,  Cadangan.   

 

FAVOURITE ASKED QUESTION

 
Soalan: Adakah produk Bio-Asli mempunyai Sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Akta Dadah ?
 
Menurut perakuan dari pihak yang berwajib, minyak kelapa dara masih lagi dikategorikan sebagai makanan, sama seperti minyak masak, yang tidak memerlukan kelulusan KKM. Dokumen perakuan berkenaannya akan kami paparkan dalam laman web kami sedikit masa lagi. Walaubagaimanapun syarikat telah menghantar sampel untuk dianalisa dan hasilnya membuktikan ia menepati spesifikasi minyak kelapa dara, dan ia didapati tidak mengandungi sebarang campuran bahan kimia atau bahan yang tidak diizinkan dalam makanan.
 

Soalan : Bagaimana berkenaan Lesen Multi Level Marketing (MLM) & Akta Jualan Langsung (AJL) ?

 

Syarikat ini bukanlah sebuah syarikat MLM, dan seluruh kegiatan dan operasinya tiada kaitan dengan sebarang sistem jualan langsung. Berdasarkan fakta yang berikut :-

1- Pelan Pemasarannya ialah " Effilate Program " secara online di internet ( seperti ebay dan lain-lain).
2- Keahlian adalah percuma - Anda akan diberikan web refferal berikut : www.bio-asli.com/?id=xxxx  untuk membantu mempromosikan produk Bio-Asli dan komisyen akan diberikan berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.
3-Segala produk dijual secara online di internet dan dihantar menggunakan pos laju percuma ( segala urusan jualan diurus oleh syarikat).
4-Segala hadiah yang ditawarkan adalah atas budi bicara syarikat bagi menghargai sokongan para ahli sekelian.
Pihak syarikat juga tidak menetapkan sebarang tekanan dan paksaan kepada ahli, seumpama sasaran jualan bulanan, atau apa-apa juga amalan kebiasaan yang diamalkan oleh  syarikat jualan langsung. Sementara semua tawaran dan pemberian komisyen seperti dalam sistem world pool, komisyen 20 level dan yang lainnya, semata-mata adalah ihsan dan pemberian syarikat kepada ahli.
 

Soalan :Bagaimana caranya untuk membuat pembelian ?

 

Untuk mendapatkan produk, anda boleh menghubungi stokis berhampiran, atau terus berhubung dengan syarikat. Untuk makluman berkenaan stokis, sila layari website syarikat iaitu www.bioasli.com dan klik di link stokis, atau hubungi 03-32138046 untuk mendapatkan makluman mengenai stokis di kawasan berhampiran anda. Selain itu juga, pembelian boleh dibuat secara online di website syarikat. Untuk tempahan, sila hubungi talian 03-32138046 atau fakskan tempahan ke 03-32136563. Pastikan pendaftaran sebagai ahli telah dibuat bagi mendapatkan belian pada harga ahli. Pendaftaran adalah percuma seumur hidup.

 
Soalan :Bagaimanakah cara untuk membuat pengesahan bayaran ?
 

Selepas membuat tempahan, anda hendaklah membuat pengesahan bayaran bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam proses tempahan. Proses tempahan dan penghantaran produk hanya akan dilakukan selepas menerima pengesahan bayaran dari ahli. Untuk pengesahan anda boleh  menghantar email ke desaku@streamyx.com atau berhubung di talian 03-32138046 atau fakskan slip bayaran ke 03-32136563.

 

Bagaimana produk belian saya dihantara dan apakah jaminan keselamatannya ?

 
Bagi kawasan Semenanjung Malaysia, setiap pembelian 1 produk akan dihantar menggunakan khidmat pos berdaftar dan akan mengambil masa sekitar  5-6 hari waktu bekerja, untuk sampai. Untuk pembelian 2 produk, akan dihantar menggunakan khidmat courier (Gdex Express) yang mengambil masa 1-2 hari sahaja untuk sampai. Bagi kawasan Sabah dan Sarawak penghantaran hanya menggunakan Pos Malaysia ( Parcel), tidakmenggunakan  perkhidmatan pos laju kerana kosnya mahal. Semua produk telah diinsurankan dan akan diganti jika rosak atau tidak sampai.
 
 

 

.

Adalah dengan ini di tegaskan bahawa syarikat berhak untuk menentukan sebarang ketetapan atau sebarang perubahan terhadap semua perkara dan dalam apa juga keadaan dalam sistem ini, samada yang berkaitan dengan sistem pelan pemasaran, sistem pemberian komisyen, kadar peratus komisyen, jumlah produk, harga, kandungan, saiz dan bentuk persembahan produk, sebarang bentuk, jumlah dan nilai hadiah yang akan diberikan, serta menentukan status keahlian berdasarkan peraturan yang sedia dimaklumi oleh semua ahli, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari mana-mana pihak. Segala hadiah atau komisyen atau apa jua imbuhan jika ianya tidak dituntut oleh ahli yang berkenaan selama jangka masa 2 tahun dari tarikh tawaran adalah dianggap ahli berkenaan tidak berminat atau menolak tawaran tersebut dan dengan itu tawaran tersebut akan terbatal  dan syarikat berhak untuk tidak memberi komisyen @ hadiah @ ganjaran tersebut. Walau bagaimanapun syarikat tetap berpegang teguh pada prinsip ketelusan, keadilan, kesaksamaan serta kebijaksanaan  dalam menentukan semua perkara di atas.

 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.15 Jalan PPSL1
Pusat Perniagaan Sg.Lias
45300 Sg. Besar, Selangor, Malaysia
Tel : 03-3224 8721  Fax : 603-3224 2321
email : desaku@streamyx.com
© Copyright 2005.   All Right Reserved