MINYAK ARGAN
Minyak
Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok Argan yang penuh
dengan khasiat semulajadi untuk kosmetik dan kesihatan tubuh badan
manusia secara dalaman dan luaran. Pokok Argan tergolong dalam spesies
randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kering-kontang
di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan
unik serta amat sukar untuk dibiakkan atau di tanam di mana-mana
bahagian Maghribi ataupun negara lain.
Pokok
Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika
Utara dan kini terancam serta berada di bawah perlindungan United
Nations Educational. Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
Pokok Argan tumbuh meliar di semi-padang pasir dengan sistem akar yang
dalam, dapat membantu melindungi hakisan tanah di Utara Sahara. Tumbuhan
unik ini hidup di kawasan yang meliputi dataran Intramontane yang luas
lebih daripada 2,560,000 hektar, yang bersempadan dengan High Atlas dan
Little Atlas Mountains dan terbuka kepada Atlantik di barat. Minyak
Argan kekal salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia
disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.
KELEBIHAN MINYAK ARGAN
Minyak Argan Baik Untuk Diet Harian
Ia
disajikan untuk sarapan pagi bersama-sama dengan roti bakar, dicelup ke
dalam Minyak Argan serta madu. Hidangan tradisional Maghribi, Amlou
Sweet, dianggap sebagai makanan istimewa sebenar. Ia terdiri daripada
Minyak Argan yang dicampur madu dan badam, memberikan tenaga serta
kekuatan, juga dikenali sebagai aprodisiak. Dalam masakan di rumah serta
di restoran, Minyak Argan ditambah pada makanan yang dikukus, digoreng
atau dipanggang. dengan cara ini, ia akan meningkatkan rasa serta
menyediakan beberapa vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan.
Minyak Argan Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran
Minyak
Argan yang ajaib dan kaya dengan khasiat ini digunakan untuk kegunaan
harian dan untuk rawatan dalaman serta luaran. Ia juga digunakan pada
kulit bayi untuk melindungi daripada unsur-unsur bahaya dan 'chafing'.
Rawatan minyak badan merupakan rawatan perubatan Ayurvedic India Kuno
yang dapat memberi tenaga kepada tubuh badan dan meningkatkan kesihatan
seseorang.
Minyak Argan Dan Anti-Oksida
Kandungan
Vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun.
Vitamin E adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf
dan sistem otot. Minyak Argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan
asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan
reumatik dan penyakit kardiovaskular.
- Meneutralkan radikal bebas.
- Melindungi tisu-tisu pengantara.
- Merangsang oksigen dalam badan.
- Meningkatkan keupayaan otak.
- Mempunyai pengaruh yang baik terhadap hati dan pencernaan.
- Membantu mengawal tahap darah kolesterol.
Kajian
telah menunjukkan bahawa 16g 92 sudu teh) Minyak Argan memenuhi
keperluan harian badan untuk asid linoleik penting dan kandungan tinggi
asid linoleik dalam Minyak Argan membantu mengawal tahap darah
kolesterol.
Minyak Argan Untuk Kulit Berjerawat
Katakan
" Selamat Tinggal" kepada kulit berjerawat. Masalah jerawat anda akan
dapat diatasi secara efektif dengan penggunaan Minyak Argan BioAsli yang
mengandungi 100% Minyak Argan. Sehingga kini, berjuta-juta individu
mengalami masalah jerawat yang menyebabkan individu tersebut menjadi
malu dan kurang selesa dengan penampilan diri, terutama ketika
berhadapan dengan orang ramai. Mengapa ?? Ini kerana lapisan permukaan
kulit terganggu dan menyebabkan perubahan kepada tekstur kulit
semulajadi lalu mengakibatkan kemcunculan jerawat, 'blackhead' dan
'whitehead'. Di antara kesemua pilihan rawatan, kebanyakkan individu
lebih yakin menggunakan bahan semulajadi seperti Minyak Argan yang
membantu masalah jerawat.
Minyak Argan Untuk Menghilangkan Masalah Parut
Bagi
sesetengah individu, walaupun jerawat telah hilang, namun ianya
meninggalkan parut yang mencacatkan kulit. Parut kesan jerawat
seringkali menyebabkan perubahan warna kulit kawasan tersebut kepada
lebih gelap. Selalunya, ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali
ke warna kulit asal. Kajian saintifik mendapati apabila Minyak Argan
digunakan setiap hari, ianya akan mengurangkan kesan parut. Oleh kerana
kandungan Vitamin E dan asid lemak utama Omega 3 minyak argan yang
tinggi, penggunaan harian menjadikan kulit semakin lembut dan bebas
parut.
CARA PENGGUNAAN
- Untuk Kegunaan Kulit : Sapukan
2 hingga 4 titis Minyak Argan dengan rata ke seluruh wajah, leher atau
bahagian yang bermasalah yang telah dibersihkan setiap pagi dan sebelum
tidur, Urut secara perlahan sehingga ianya diserap dengan baik.
- Untuk Penjagaan Kulit Kepala Dan Rambut : Sapukan
Minyak Argan pada kulit kepala dan urutkan dengan sekata sehingga ke
hujung rambut. Biarkan selama 30 minit dan basuh rambut dengan syampu
seperti biasa. Ulangi 2 kali seminggu untuk kulit kepala dan rambut yang
sihat.
- Untuk Pemeliharaan Kuku : Rendamkan
jari dalam campuran Minyak Argan bersama perahan lemon selama sepuluh
minit dan kemudian bilas. Lakukan setiap minggu untuk memulihkan kuku
yang rosak dan melembutkan jari.
Minyak Argan juga sesuai digunakan sebagai minyak urutan bagi mengurangkan rheumatisma dan sakit arthritis.
Jika
sekiranya, anda ingin menyolek muka anda dengan produk-produk yang
lain, dipohon agar membiarkan dahulu minyak argan ini selama 10 minit
(untuk kesan yang maksimum).
BAHAN-BAHAN
100% Minyak Argan
BERAT : 60ml