GEL MANDIAN KELAPA DARA
Memberikan
kepelbagaian fungsi yang sememangnya menakjubkan. Gel Mandian Kelapa
Dara bukan setakat mampu mempertingkatkan kesihatan diri, malah ia juga
mampu meningkatkan tahap kecantikan kulit seseorang. Kajian juga telah
menunjukkan bahawa minyak kelapa dara ini mampu melembut dan
menghaluskan kulit di samping memperbaiki tona warna kulit yang kusam
atau tidak sekata serta membantu masalah kulit berminyak. Dengan
mengamalkan penggunaan Gel Mandian Kelapa Dara pada permukaan kulit ia
mampu melembab, menjaga dan merawat di samping membantu menyejukkan
kulit dan meningkatkan tahap kebersihan dan kecantikan kulit.
MINYAK KELAPA DARA
Berfungsi
untuk melembab, menjaga dan merawat kulit di samping membantu
menyejukkan kulit dan meningkatkan tahap kebersihan dan kecantikan
kulit. Ia juga dapat mengembalikan keremajaan kulit anda serta mampu
mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang
disebabkan faktor penuaan dan pendedahan berlebihan daripada matahari.
Minyak Kelapa Dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan
akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya, kulit anda akan
menjadi lembut serta sihat "bercahaya".
TOCOTRIENOL
Tocotrienol
adalah anti-oksidan yang mampu melindungi kulit dari kesan tindakbalas
radikal bebas, meningkatkan kesihatan kulit dan mencegah penuaan kulit.
Selain itu juga, ia amat berkesan membantu meningkatkan imuniti badan
dan menghindarkan penyakit. Ia juga memainkan peranan yang penting di
dalam kawalan sistem imunisasi badan serta berkeupayaan mengurangkan
kolesterol dan kesan anti-kanser.
MADU
Madu
adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit
bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu yang dihasilkan pula
mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk
meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Madu mempunyai pelbagai
khasiat seperti menghasilkan kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. Menambahkan
kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
MINYAK ZAITUN
Minyak
Zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Ia bertindak
sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan
psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Selain itu, minyak zaitun
juga mampu melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Tambahan
pula, ia mampu memberi kesuburan pada kulit serta membekalkan vitamin E
dan pelbagai lagi vitamin untuk anti-penuaan. Pakar kecantikan juga
sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan.
Kononnya Cleopatra, Ratu Mesir Purba yang jelita itu juga menggunakan
minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.
BIO-ENZIM
Bio-Enzim
adalah merupakan "catalyst" yang mampu meningkatkan keampuhan dan
kesihatan sel-sel kulit. Enzim terdiri daripada pelbagai jenis protein
yang bekerja untuk mendorong reaksi kimia yang diperlukan untuk tindakan
tertentu atau gizi. Bagi penggunaan kosmetik, enzim yang digunakan
mampu untuk membantu sel kulit bertindakbalas terhadap sebarang radikal
dan masalah.
KELEBIHAN GEL MANDIAN KELAPA DARA
- Memberi sentuhan terapi yang menyegarkan semasa mandi.
- Sesuai digunakan setiap hari oleh seisi keluarga.
- Menjadikan kulit badan yang kusam menjadi lebih bersih, segar dan bermaya.
- Menjaga dan memelihara permukaan kulit dengan lebih baik dari segi pembinaan semula sel-sel kulit yang telah mati.
- Mengatasi masalah alahan kulit seperti kegatalan atau serangan kulat.
- Mengatasi masalah kulit kering.
- Melembut serta melicinkan struktur kulit.
- Melambatkan proses penuaan pada kulit.
- Membantu memberi kesegaran kulit.
- Meningkatkan daya perlindungan kulit.
- Mengatasi masalah kulit kusam atau tidak sekata.
BAHAN-BAHAN
Air,
Sodium Laureth Sulphate, Cocamidopropyl Betaine, Acrylates Copolymer,
Decyl Glucoside, Gliserin, Methylchloroisothiazolinone, Minyak Kelapa
Dara, Madu, Minyak Zaitun, Bio Enzim, Tocotrienol dan Pewangi.
BERAT : 500ml
*Untuk Kegunaan Luaran Sahaja.
CARA PENGGUNAAN
Gunakan setiap kali mandi.