Minyak Kelapa Dara Plus Habbatus Sauda | BIO-ASLI

Minyak Kelapa Dara Plus Habbatus Sauda

Minyak Kelapa Dara Plus Habbatus Sauda

RM 50.00 RM 40.00

Minyak Kelapa Dara yang dihasilkan sangat bermutu tinggi di mana baunya lebih lembut dan rasanya lebih halus. Apabila diminum dan disapu pada kulit, ianya mudah dan cepat meresap. Minyak Habbatus Sauda pula berkesan membantu tubuh secara keseluruhan dan bertindak keatas punca sebenar penyakit.

Kod : BIO-VCOHS Berat : 200 gram Share :
Minyak Kelapa Dara Plus Habbatus Sauda

Virgin Coconut Oil Super 180
Virgin Coconut Oil Super tercipta hasil dari 2 gabungan minyak hebat iaitu Minyak Kelapa Dara dan Minyak Habbatus Sauda. Minyak Kelapa Dara dihasilkan sendiri oleh Biorich tanpa menggunakan haba atau bahan kimia. Ianya menggunakan teknik dan proses khas serta gabungan penggunaan mesin teknologi tinggi yang canggih. Minyak Kelapa Dara yang dihasilkan sangat bermutu tinggi di mana baunya lebih lembut dan rasanya lebih halus. Apabila diminum dan disapu pada kulit, ianya mudah dan cepat meresap. Minyak Habbatus Sauda pula berkesan membantu tubuh secara keseluruhan dan bertindak keatas punca sebenar penyakit. Habbatus Sauda menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh. Ia sangat bagus dalam membantu pesakit yang mempunyai masalah hormon dan alahan yang kronik.


Kelebihan Virgin Coconut Oil Super 180
  • Habbatus Sauda - Mengandungi lebih 100 bahan aktif termasuk omega 6 dan 9 yang baik untuk badan. Meningkatkan daya ingatan, melawan kanser, mengawal tekanan darah, mengatasi asma, anti-histamin, anti-oksidan, anti-biotik, anti-fungal dan mengawal Bronchitis.
  • Minyak Kelapa Dara - Mampu mengurangkan risiko masalah jantung, hati, paru-paru, otak, sistem saraf, sistem imun dan mampu menguatkan tulang.
  • Meningkatkan metabolisma tubuh badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Memudah pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua).
  • Memperbaiki pencernaan (tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semulajadi).
  • Memiliki sifat antioksidan semulajadi.
  • Bersifat anti-virus, anti-bakteria, anti-fungus dan anti protozoa dan membantu mengekalkan berat badan yang ideal.
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisma sel tubuh, membantu sintesis pembakaran lemak dalam badan dengan lebih cekap, membantu mengatasi masalah obesiti (kegemukan) diikuti dengan diet yang betul.
  • Membantu menstabilkan tekanan darah tinggi.
  • Membantu pesakit kencing manis.
  • Membantu masalah selsema.
  • Mengurangkan alahan.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Mengelakkan dari terkena penyakit gout.
  • Melindungi tubuh badan daripada penyakit barah.
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan seharian.
  • Memberi tenaga ketone kepada neuron sel otak.
  • Phytosterol dan Phytostanol mencegah kolestrol dari diserap ke dalam tubuh.

Cara Penggunaan Virgin Coconut Oil Super 180
Kanak-kanak 2 ke 6 tahun : Gunakan sebanyak 2 sudu teh setiap pagi dan malam.

Kanak-kanak 7 ke 12 tahun : Gunakan sebanyak 4 sudu teh setiap pagi dan malam

Untuk Dewasa : Ambil 1 @ 2 sudu makan setiap pagi dan malam. Ambil selepas makan. Sebaiknya jarakkan sekitar 1/2 jam dari pengambilan makanan.

# Bagi mereka yang kali pertama mengambil Virgin Coconut Oil Super 180, mulakan dengan 1 sudu teh dengan setiap hidangan. Sebahagian orang akan mengalami perkumuhan yang lancar untuk beberapa hari.

# Bagi mereka yang mengalami citarasa atau perut sensitif pula, boleh dicampur dengan jus buah-buahan, yogurt atau ditambah pada hidangan makanan lain seperti Oat yang dimasak. 


Kandungan Virgin Coconut Oil Super 180
Minyak Kelapa Dara, Minyak Habbatus Sauda.


Berat : 180 ml

Bio-Asli HQ
No. 13 Jalan PPSL 1,
Pusat Perniagaan Sungai Lias,
45300 Sungai Besar, Selangor
+(6011) 3556-0149
Isnin-Jumaat
8:30 pagi - 5.30 petang
bioasli.hq23@gmail.com
24 X 5 online support
TOP