|
Kegunaan stevia sebagai
pemanis mula disedari oleh
orang Eropah pada kurun
ke-16. Sejak itu ia mula
digunakan dengan meluas di
Eropah sehinggalah dibawa ke
Asia. Walaubagaimanapun
kajian terhadap Stevia hanya
mula dilakukan pada awal
kurun ke 19 apabila para
pengkaji di Brazil mendengar
cerita yang sehelai daun
stevia boleh memaniskan
sebiji buah peria dan juga
secawan teh herba yang kelat.
Ia mula dikaji oleh seorang
ahli botani Paraguay bernama
Moises S. Bertoni yang
kemudiannya menulis antara
artikel-artikel awal
mengenai Stevia pada awal
kurun ke 19.
Ciri paling unik mengenai
Stevia ialah ia merupakan
pemanis semula jadi yang
tidak mengandungi kalori.
Di
percayai secara tradisional,
stevia mengandungi sifar
kalori, lemak, kolestrol,
gula dan karbohidrat.
Ekstrak stevia dikatakan 300
kali lebih manis dari gula
biasa. Ciri ini telah
menarik minat para pengkaji
untuk menjalankan kajian
terhadap Stevia. Kajian
terhadap kandungan toksidnya,
mendapati kandungan utama
yang menyebabkan ia manis
iaitu
Steviosid tidak toksik.
Ia juga didapati tidak
menyebabkan mutasi sel, ia
juga tidak memberi apa-apa
kesan terhadap kesuburan.
Walaubagaimanapun terdapat
konflik terhadap kajian
kesuburan yang dikaitkan
dengan Stevia. Satu kajian
mendapati ia tidak memberi
apa-apa kesan terhadap
kesuburan, manakala satu
kajian lain mendapati air
yang diekstrak daripada daun
stevia didapati menurunkan
paras testostron dan
bilangan sperma bila diuji
pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada
tahun 1991 mendapati
Steviosid berkeupayaan untuk
menurunkan tekanan darah
pada tikus. Daripada
penemuan ini, satu lagi
ujian dilakukan pada tahun
2000. Kali ini subjeknya
merupakan 106 orang
berbangsa Cina (lelaki dan
perempuan) yang mengalami
penyakit darah tinggi. 60
subjek diberikan kapsul yang
mengandungi 250mg steviosid
3 kali sehari. Pemeriksaan
terhadap subjek dilakukan
sebulan sekali selama satu
tahun. Selepas 3 bulan,
tekanan darah sistolik dan
diastolik telah menurun
dengan ketara dan kesannya
berkekalan sepanjang tahun.
Hasil dari kajian ini
saintis merumuskan steviosid
yang diambil secara oral
adalah berkesan untuk
menurunkan tekanan darah dan
ia mungkin boleh
dipertimbangkan sebagai
bahan altenatif atau
suplemen untuk pesakit darah
tinggi.
Satu kumpulan
saintis lagi melakukan ujian
terhadap kesan hipoglisemik
glikosid yang terdapat dalam
stevia. Mereka juga mengkaji
kesan terhadap pengeluaran
glukos terhadap glikosid,
steviol, isosteviol dan
glukosilsteviol. steviol
didapati tidak menghasilkan
glukos. Pada tahun 2000 juga, para
pengkaji di Denmark telah
menjalankan satu kajian yang
menunjukkan tindakan
hipoglisemik in vitro yang
dilakukan oleh steviosid dan
steviol adalah hasil
daripada keupayaan
kedua-duanya menghasilkan
insulin melalui tindakan
terus terhadap sel-sel beta.
Mereka merumuskan hasil
kajian mendapati sebatian
ini mungkin mempunyai
potensi untuk menjadi agen
anti-hipeglisemik dalam
rawatan diabetes mellitus
jenis 2.
Stevia juga digunakan
sebagai tonik untuk
jantung.Ia berfungsi dengan
cara menstabilkan tekanan
darah, ia juga menstabilkan
degupan jantung.Kajian
tentang ini telah dilakukan
pada tahun 1978 terhadap
tikus.
Kini, berjuta-juta pengguna
di Brazil dan Jepun telah
menggunakan Stevia sebagai
perisa makanan dan pemanis
semulajadi. Ia telah
diluluskan sebagai perisa
makanan selama hampir 20
tahun. Jepun merupakan
pengguna yang paling besar
didunia dan Stevia digunakan
untuk memaniskan hampir
kesemua produk makanan termasuk
jeruk, minuman ringan dan
coklat. Syarikat besar
seperti Coca Cola juga
menggunakan ekstrak Stevia sebagai
gantian kepada NutaSweet dan
sakarin untuk produk mereka
yang dipasarkan di Jepun,
Brazil dan negara-negara
lain dimana Stevia merupakan
pemanis yang diluluskan.
Walaubagaimanapun di A.S ,
stevia merupakan bahan
larangan yang tidak boleh
digunakan terhadap produk
makanan. Ini mudah difahami,
kerana monopoli pengeluar
pemanis tanpa kalori
sintetik yang terdapat di
sana dan nilai yang bukan
sedikit dalam pengeluaran
pemanis tiruan tersebut.
Antara ciri-ciri Stevia ialah:
1.Pemanis Semulajadi
2.Menurunkan Kadar Gula
Dalam Darah.
3.Melawaskan Kencing
4.Menurunkan Tekanan Darah.
5.Membunuh Bakteria
6.Membunuh Kulat
7.Membunuh Virus
8.Mengurangkan Keradangan
9.Alat Bantu Untuk
Menurunkan Berat Badan.
Dos yang biasa digunakan dan
dicadangkan untuk penggunaan
Stevia ini 1/4 sudu makan
daunnya yang telah
dihancurkan digunakan untuk
menggantikan 1 sudu makan
gula biasa. |