Laman Utama   I   Produk   I   Syarikat   I   Usahawan Online   I  Galeri  I  Tips Produk   Testimoni   I  Hubungi Kami

Now...everybody can business online...click here... to go your Business Web pages...

Kategori Produk

 

 Kesihatan
   Kosmetik & Kecantikan
   Makanan & Minuman
   Suami Isteri
   E-load & SMS
   Blog & Kedai Online
 
 
TEH HERBA MAS COTEK + MISAI KUCING + STEVIA
 
 
Bookmark and Share
    Pengenalan Teh Herba     Herba Mas Cotek  
            Pengenalan  Kajian Saintifik  Kelebihan  
             
    Herba Stevia     Herba Misai Kucing  
      Pengenalan  Kajian Saintifik  Kelebihan       Pengenalan  Kajian Saintifik  Kelebihan  
             
    Testimoni Pengguna     Flyers Teh Herba (Download)  
             
    Beli Produk        
   
 Teh Herba Mas Cotek (THSMM)
       
 
 

 
 
Nama Tempatan : Stevia  
Nama Saintifik : Stevia Rebaudiana  
Nama Lain

 

: Teh Manis, Sweet Leaf Of Paraguay, Caa-He-Éé, Kaa Jheéé, Ca-A-Jhei, Ca-A-Yupi, Azucacaa, Eira-Caa, Sinonim : Eupatorium Rebaudianum Capim Doce, Erva Doce, Sweet-Herb, Honey Yerba, Honeyleaf, Yaa Waan, Candy Leaf, Sugarleaf  
Family : Astereacea  
Asal : Paraguay  
 

Klasifikasi Stevia (Stevia Rebaudiana)

  Kingdom Plantae  
  Division Magnoliophyta  
  Class Magnoliopsida  
  Order Asterales  
  Family Asteraceae  
  Genus Stevia  
 
 
Pengenalan
 

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun kesembilan belas oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya Stevia Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada Ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaubagaimanapun, ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

 
 
Di mana Stevia di tanam?
 

Pada mulanya stevia tumbuh secara meliar di dataran tinggi terutamanya di Utara Paraguay dan Selatan Brazil. Ia kemudiannya ditanam untuk digunakan sebagai pemanis sehingga tebu diperkenalkan oleh orang Sepanyol dan Portugis.

Walau bagaimanapun, penggunaan stevia di kebanyakan negara telah dihadkan. Sebagai contoh, pada 1990-an, Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan stevia kecuali yang telah dilabelkan sebagai supplement. Kini, Amerika dan Kanada telah menjadikan stevia sebagai dietary supplement, tetapi bukan sebagai makanan tambahan.  Selain itu, pemanis stevia juga telah meluas penggunannya di Jepun. Ia telah dihasilkan secara komersial di Jepun sejak tahun 1971 oleh syarikat Morita Kagaku Kogyo Co., Ltd dan telah digunakan dalam produk makanan serta dalam minuman ringan. Pada masa kini, stevia telah ditanam dan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam industri makanan di Asia Timur termasuk China (sejak 1984), Taiwan, Korea, Thailand dan Malaysia, sehingga Amerika Selatan, Eropah, India, Ukraine dan Amerika Utara.

 

 

The information on this website is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace a one-on-one relationship with a qualified health care professional and is not intended as alternative to medical advice or other professional healthcare provider. It is intended as a sharing of knowledge and information from the research and experience of herbal practitioner and our community.  If you may be suffering from any medical condition, or experiencing symptoms or health problems, you should seek immediate medical attention consult  your qualified health care professional. Never delay seeking medical advice, disregard medical advice or discontinue medical treatment because of information on this website.

 
IBU PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3224 8721  Fax : +603-3224 2321 
Email : desaku@streamyx.com
DESAKU MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1, IKS Taman Sri BNO
45200 Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel: +603-3213 8046
BioAsli  ©  Copyright 2005-2013  All Rights Reserved

 

Rangkaian Ahli

Kami menyediakan pelbagai menu untuk kemudahan anda

  Lupa ID & Kata Laluan
  Malay Version
  English Version
  Arabic Version

Ikut Kami Di

 

Keajaiban Teh Herba Mas Cotek, Misai Kucing, Stevia

Video : Klik Foto

Testimoni Teh 1

Testimoni Teh Herba Mas Cotek BioAsli

Testimoni Teh 2

Testimoni Teh Herba Mas Cotek BioAsli

Herba Mas Cotek

Kebaikan Herba Mas Cotek

Herba Misai Kucing

Ladang Misai Kucing

Proses Misai Kucing

Cara Proses Misai Kucing

Misai Kucing

Penghasilan Produk Dari Herba Misai Kucing

Stevia

Stevia Pengganti Gula

Stevia Farm

Pengalaman Menanam Pokok Stevia

Extract Stevia

Stevia Extract Process

Liquid Stevia

How To Make Stevia Liquid