|
PENGENALAN
Mas cotek atau nama saintifiknya,
“ Ficus deltoidea ”
dari famili “ moraceae ” adalah sejenis
tumbuhan
meliar
yang menumpang di atas pokok lain (epifit).
Biasanya
hidup di kawasan perbatuan dan
pergunungan.
Merupakan tumbuhan yang kini mula
mendapat perhatian, khususnya
dikalangan pengamal perubatan
tradisional.
Terdiri dari jenis jantan dan betina
dengan pelbagai bentuk daun mengikut
habitat asalnya.
Selain Tongkat Ali (Eurycoma
longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia
pumila), mas cotek dikenali
kerana khasiatnya yang dapat merawat
pelbagai jenis penyakit dan baik
untuk penjagaan kesihatan.
Selain dicampur antara daun jantan
dan betina dari pelbagai jenis,
bahagian batang, buah dan akarnya
yang dikeringkan, juga berkesan
untuk perawatan berbagai penyakit.
Mas cotek dikenali juga dengan
berbagai nama seperti
sempit-sempit dan
agoluran bagi penduduk
Sabah, Serawak dan kepulauan
Kalimantan, tabat barito,
bagi masyarakat Indonesia, dan
beberapa nama lain seperti ara
jelatih, ara tunggal, api-api
telinga gajah dan api-api telinga
kera bagi masyarakat di
beberapa daerah lain. Di Afrika, ia
dikenali sebagai
‘Kangkalibang’. Sementara di
beberapa daerah lain ia juga
dipanggil sebagai emas
cotek, pokok barito, pokok raja ubat
dan secotek emas.
Dalam bidang botani dinamakan
sebagai Ficus deltoidea
Nama mas cotek diberi atas sebab
terdapatnya bintik-bintik halus
berwarna emas pada permukaan atas
setiap helaian daunnya.
Malah pada buahnya terdapat titik
yang berwarna merah muda.
Di Malaysia, telah dikenalpasti
bahawa terdapat lebih daripada 80
spesis yang tergolong di dalam
keluarga Ficus deltoidea.
Tumbuhan yang dikenali sebagai ara
juga merupakan salah satu spesis
keluarga Ficus deltoidea. Ficus
deltoidea Jack atau Mistleteo
fig adalah diantara spesis yang
diklasifikasikan secara saintifik
dan ianya tergolong dalam keluarga
Moraceae.
Walaupun begitu emas cotek bukanlah
parasit. Benihnya dipercayai
disebarkan oleh burung yang memakan
buahnya.
Klasifikasi Mas cotek (Ficus
Deltoidea)
|
Division |
Magnoliophyta |
|
Class |
Magnoliopsida |
|
Order |
Rosales |
|
Family |
Moraceae |
|
Genus |
Ficus |
|
Species |
Ficus detoidea |
Jenis Tanaman :
Mas cotek adalah sejenis tumbuhan
meliar yang menumpang diatas pokok
lain (epifit) dan biasa juga hidup
kawasan perbatuan di pergunungan.
Sebenarnya
terdapat lebih dari 80 jenis mas cotek,
antaranya
mascotek kelitik kering, delima sudu,
payudara kecil, telinga beruk,
telinga kera, raja mas cotek, pitis
sekeleng kecil
dan lain-lain lagi. Ia dibezakan
melalui bentuk daun, bentuk urat
daunnya dan lain-lain lagi. Setiap
jenisnya mempunyai peranan
masing-masing dalam menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit kerana
antara kandungan yang terdapat dalam
mas cotek ialah Naringin
yang tergolong dalam
flavonoid
dan bersifat antioksida.
Daun :
Daun mas cotek berbentuk lebar dan
permukaannya licin berkilat. Tepi
daun berombak dan garisan halus
berwarna jingga. Dipermukaan atas
daun, berwarna hijau muda. Manakala
bahagian bawah daun pula hijau
kejinggaan.
Batang :
Batangnya tumbuh menegak ke atas,
bulat, licin, berwarna kelabu dan
agak rapuh.
Buah :
Buahnya kelihatan bersegi dan
menarik. Berbentuk hampir bulat dan
bewarna hijau muda. Dihujung buah
mas cotek terdapat tanda merah muda.
Tunas batang pada buahnya pendek dan
tumbuh jarang-jarang antara satu
sama lain
Pengkelasan mas cotek
Secara tradisi, nama tempatan serta
pengkelasan jenis mas cotek
dilakukan mengikut spesis seperti
delima sudip, serapat angin, telinga
gajah, telinga kera, telinga beruk
dan sebagainya. Di Malaysia, spesis
serapat angin banyak terdapat di
bahagian pantai timur Semenanjung
terutamanya di negeri Terengganu.
Spesis telinga beruk dan telinga
gajah pula, banyak terdapat di
negeri Kelantan. Delima sudip boleh
diperolehi di kawasan tengah dan
selatan semenanjung, manakala
telinga kera banyak terdapat di
bahagian utara Semenanjung.
Secara tradisinya mas cotek boleh
diklasifikasikan kepada dua kategori
utama iaitu:
a) Mas cotek jantan
b) Mas cotek betina
Perbezaan paling ketara yang dapat
dilihat diantara spesis mas cotek
jantan dan spesis mas cotek betina
adalah dari segi rupa bentuk
daunnya. Jenis yang berdaun kecil,
tirus, nipis dan ringan lebih
dikenali sebagai pokok mas cotek
jantan. Bahagian belakang daun mas
cotek jantan juga terdapat bintik
berwarna merah. Pada kebiasaannya,
daun-daun ini mempunyai satu bintik
merah, namun terdapat juga daun yang
mempunyai dua dan tiga bintik merah.
Bagi mas cotek jenis betina pula,
rupa bentuk daunnya adalah lebih
besar dan kebanyakan daunnya
berbentuk bujur dan bulat serta
lebih tebal jika dibandingkan dengan
spesis jantan. Sama seperti daun
jantan, daun betina juga mempunyai
bintik pada bahagian belakang
daunnya. Warna bintik pada daun
betina bukannya berwarna merah, akan
tetapi ianya berwarna hitam. Selain
itu, urat daun betina kelihatan
lebih jelas di bahagian permukaan
atas daun jika dibandingkan dengan
daun jantan.
Mengikut konsep ‘Doctrine of
signature’, bentuk, warna, rasa
dan bau pada setiap bahagian
tumbuhan mas cotek menggambarkan
kegunan herba itu untuk rawatan
penyakit. Secara tradisi, daun mas
cotek digunakan oleh golongan wanita
selepas bersalin untuk
mengecutkan rahim, memperbaiki
peredaran darah, mengembalikan
tenaga, merawat masalah berkaitan
peredaran darah, dan dijadikan
sebagai minuman herba untuk
kesihatan serta kecantikan.
Bagi pengamal perubatan tradisional,
mas cotek juga berupaya mencegah
dan menyembuh beberapa jenis
penyakit sekiranya diamalkan dengan
betul seperti penyakit paru-paru
berair, kencing manis, lemah
jantung, darah tinggi dan
cirit-birit. Dalam hal ini,
kebanyakan pengamal perubatan
tradisional mensyorkan mas cotek
diamalkan sebagai minuman teh herba.
|