Login Ahli   Home | Produk | Yahoo Messenger  | Hantar Email | Tel. Syarikat       
 
English Version
 
MINYAK
KELAPA DARA
Habbatus Sauda

     

      Beli

 

. Keterangan Produk
. H.S Pengenalan
. H.S Struktur Kimia
. H.S Saintifik
. Tip Penggunaan
   Para Suami
. Tip Penggunaan
   Isteri Anggun
. H.S Kelebihan
. Testimoni Pengguna
.  Buku Rujukan 
MMMMMMM

 
 

LEBIH 100 BAHAN AKTIF TERKANDUNG DALAM HABBATUS SAUDA

 

Menurut kajian yang dijalankan di the Munich Institute for Researched on Newer Therapeutic Methods (Munchner Institut zur Erforschung neuer Therapieverfahren) dengan menggunakan kaedah analisa termoden mendapati bahawa habbatus sauda’ mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan bahan aktif yang sangat membantu kesihatan dan ia menunjukkan kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai supplemen pemakanan. Namun dengan kepesatan perkembangan sains mutakhir ini, ada kemungkinan satu atau lebih bahan aktifnya digabungkan dengan preskripsi farmasi untuk tujuan dan  dalam keadaan tertentu. Begitu juga dengan ekstrak habbatus sauda’ ini, berkemungkinan dapat di adun secara kimia demi untuk menjadikannya lebih berkesan dalam pengubatan.

 Walaupun mungkin ada dakwaan yang mengatakan bahawa dalam keadaan tertentu, dengan ditambahkan bahan-bahan additif akan dapat menambah keberkesanannya dalam perawatan. Namun keupayaan penyembuhannya dalam bentuknya yang asli perlu di diberikan perhatian.

 Secara ringkas sifat-sifat utamanya adalah seperti berikut:-

  • Habbatus sauda’ dalam keadaan dan bentuknya yang asli akan berfungsi membantu sistem pemulihan semulajadi tubuh dalam mengatasi penyakit dan mengekalkan kesihatan. Ia bertindak di bahagian dan juga sistem tubuh tanpa mengganggu keseimbangan semulajadi tubuh dibahagian-bahagian lain.

  • Kesan pengambilan habbatus sauda’ dengan nilai pemakanan dan nilai perubatannya, bukan sahaja ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi ia juga membantu tubuh membina daya ketahanan terhadap kemungkinan serangan penyakit.

 Kesimpulannya habbatus sauda’ mempunyai sifat hipertensif, karminatif dan anthelmintik

KENYATAAN PAKAR-HABBATUS SAUDA DALAM PENGOBATAN MODEN

 
“ Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful Middle Eastern Herb with many use"
Dr. Micheal Tierra. L.A.C, O.M.D.Pengarang  buku Planetary Harbology

 Dalam Kanun Perubatan  (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa “black cumin adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga tubuh dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.

 Sementara itu Al-Biruni (973-1048 Masihi) menegaskan bahawa “black seed” berkemungkinan digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.

Selain itu kehebatan Habbatus Sauda’ turut diperakui oleh cendekiawan silam lainnya seperti Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi , disamping ratusan ahli sains dan pakar perubatan moden memperakui keunggulannya. Sebahagian daripada mereka adalah Dr. Basil Ali (dari The College of Medicine at King Faisal University), Dr Haq (dari The Department of Biological and Medical Research Center in Riyadh, Saudi Arabia), Dr. Michael Tierra (Pengarang buku Planetary Herbology), Dr. Peter Schleicher (Immunologist dari Munich), Professor Dr. El-Dakhakny (Pharmacology Department of Medicine, Elexandria University, UAR Egypt), Dr.  Nirmal Chakravarty, M.D, Dr. Badr-el-Din dan Dr. Mahfouz, Dr. Ahmed El-Qadi dan Dr. Usama Qandil. 

 


“ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”.                              Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA

“ Habbatus sauda’ kaya akan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah  kanser".
Dr. Michael Tierra L. AC. O.M.D.


” Dengan mengkonsumsi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan ”.
Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly dengan perbandingan 2:1 ”.
 Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir


Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”.
               
Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA 
 
  “ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
                 
  Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D.
Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt

“  Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”.
   Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists  

“ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”
 University Pochefstroom 


” Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”.
      Dr. Lutz Bannasch, München - Jerman 


”  Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”.
 Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München - Jerman


”  Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”.
Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany 
”  Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.
   
US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711

”  Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”.
Cancer Immuno-biology, South Carolina 


”  Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”.
Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman