-
1-Kawal dari pendedahan
cahaya matahari yang berlebihan.
-
2-Elakkan dari amalan
‘Diet Yo-Yo’.
-
3-Penggunaan minyak
kelapa dara.
-
Penggunaan minyak kelapa dara
sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk
mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja
menghalang pembentukan radikal bebas yang
membinasakan, serta bertindak melindungi dari
tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga
mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan
masalah kulit lain yang disebabkan oleh faktor
penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya
matahari.
-
Minyak kelapa dara mampu
mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi
kuat dan lembut, di mana ia membantu menghalang kulit
dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia
mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang
dijangkiti penyakit.
-
Minyak kelapa dara bukan
sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit,
tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki
kulit, dan ini tidak dapat dilakukan
oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan
mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan
menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak
kelapa dara akan meresap jauh hingga ke
lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu
berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut
serta sihat ‘bercahaya’.
-
Jika anda inginkan kesan
pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang
benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen.
Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.
-
4-Rehatkan otot-otot muka
anda.
-
5-Pengambilan Omega-3
yang banyak.
-
6-Elakkan merokok.