|
PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.
Salah
satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik
adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering
dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia
kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang
sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis
berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial.
Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara
berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat
melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya
menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping
dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih
sihat.
Banyak
orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak
kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari
yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan
seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana
kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit
kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar
matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu
melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak
sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat
beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya
boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak
seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi
menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh
untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan
cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat
toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh
kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi
setiap orang juga berbeza.
Mengapa
minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan
pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik
yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk
penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka
metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses
seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun,
penyerangan sel rosak atau sel mati dengan sel baru yang
dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu,
proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA
memberikan sumber yenaga yang cepat pada sel untuk
meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.
Keistimewaan
khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah
kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat
meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa
hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S.
Sadeghi dan lain-lain, menyatakan bahawa minyak
kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan
pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara
sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit
peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya
sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di
dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan
radang terutama sekali di dalam saluran
gastrointestinal seperti colitis, bisul,
hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat
disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini
juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh
lain seperti terlihat pada multiple sclerosis,
arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi
(phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan
pembuluh nadi dan sakit jantung.
Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara
yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah
memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat
menakjubkan. |