|
Histamine (hist
= bererti ia terdiri dari
keladak sisa (residue)
histidine, sementara
amine = kerana ia
adalah vasoactive amine
yang menyebabkan beberapa
petanda allegik (allergic
symptoms) seperti radang
dan pencerutan terhadap
smooth muscle.
Histamine adalah sejenis
protein yang penting yang
menyebabkan kesan-kesan
alergik. Sementara alergik
adalah disebabkan oleh
tindak balas immune terhadap
bahan-bahan yang
kebiasaannya tidak berbahaya
seperti debunga dan habuk (biasa
dikenali sebagai alergen)
yang akan terlekat pada
lymphocytes yang disebut
sebagai antigen. Antigen
yang bertindak balas itu
ialah sel masta (mast
cell). Sebenarnya untuk
berlakunya tindak balas ini
molekul antibodi alergi
immunoglobulin (IgE)
yang bebas terapung, akan
terlekat pada penerima
permukaan sel masta (mast
cell surface receptors). Sel
masta tersebut dengan
sendirinya bertidak balas
dengan melepaskan
histamine, leukotrin
dan chemoatractants
yang akhirnya akan
menghasilkan tindak balas
alergi.
Oleh kerana tindak balas
tersebut hanya disebabkan
oleh bahan yang sebenarnya
tidak berbahaya pada tubuh,
maka membiarkan sistem
immunasi berkerja serta
bertindakbalas terhadap
unsur-unsur penyebab alergik
tersebut bererti satu
penganiyaan dan gangguan
pada tubuh. Dengan itu
penggunaan anti histamine
akan dapat membantu tubuh
supaya dapat hidup dengan
lebih selamat dan selesa
dengan sistem immune tidak
perlu bertindak secara
silap.
Hasil kajian pakar-pakar
perubatan sejak sekian lama
mendapati bahawa
nigellone adalah bahan
aktif utama yang berjaya
dipisahkan dari biji-bijian
nigella sativa. Dr.
Mahouz dan Dr. El-Dakhakny
mendapati bahawa sifat-sifat
kimia dan pharmacologinya
sangat berkesan melindungi
haiwan ujikaji mereka
(guinea pigs) daripada
histamine bronchospasm
yang di induce.
Pada tahun 1960, telah
dilapurkan bahawa
crystalline nigellon
telah di gunakan sebagai
bahan merawat kanak-kanak
dan juga orang dewasa yang
menghidap bronchial
asthma, dan mendapati
bahawa ia mempunyai nilai
therapeutic disamping tiada
mengandungi bahan toksik.
Walaubagaimana pun kesan
tindak balasnya hanya dapat
dilihat setelah beberapa
hari.
Dalam tahun 1993, Dr
Nirmal Chakravarty telah
melakukan satu kajian untuk
mempastikan samada
crystalline nigellon
berkemungkinan menyumbang
sebagai agen penghalang
pelepasan histamine
Perencatan terhadap
pelepasan antigen-induced
histamine dapat dilihat
dalam gambarajah 1. Putih
telur telah digunakan
sebagai antigen. Konsentrasi
nigellon pada kadar 11ug/mL
memberikan 50 % keupayaan
perencatan terhadap
pelepasan histamine
Gambarajah
: 1
Bagi kompoun 48/80 yang
dimasukkan (induced),
histamine yang dilepaskan
pada kadar yang hampir sama
seperti dalam kes nigellone
(gambarajah 3). 50%
perencatan pelepasan
histamine telah berlaku pada
kadar 15ug/mL

Gambarajah : 2
Garis lengkung kesan
tindakan perencatan nigellon
berbanding pelepasan
histamine yang didorong oleh
kalsium ionophore A23187
didapati adalah sama dengan
pelepasan sebelumnya, tetapi
pelepasannya didapati
sedikit kurang sensitif terhadap
nigellon. Sebagaimana
gambarajah 3, 26ug/mL
nigellon menyebabkan
perencatan 50 % pelepasan
histamine.

Gambarajah : 3
Keupayaan nigellon sebagai
agen penghalang serta
perencat kepada pelepasan
histamine berkemungkinan
berpunca dari penghalangan
protein kinase C dan
pengurangan kepekatan
intrasellular kalsium.
Perencatan metabolisma
tenaga oxidative (oxidative
energy metabolism)
mungkin juga memainkan
peranan.
Adapun kesan nigellon ke
atas pelepasan histamine
yang didorong oleh stimulasi
protein kinase C juga
mengakibatkan terhalangnya
penghasilan protein kinase C
pada sel yang lain. Oleh
kerana protein kinase C
sangat signifikan dalam
tindakbalas secara biologi
termasuk menggalakkan
pembentukan kanser maka
dapatlah disimpulkan bahawa
ia dilihat sangat berpotensi
jika digunakan sebagai bahan
utama anti kanser. |