|
Salah satu dari beberapa
penyakit masyarakat moden adalah diabetes. Penyakit ini telah meningkat
kurang dari satu abad yang lalu kepada keadaan yang perlukan perhatian
serious. Sekarang diabetes menjadi pembunuh keenam terbesar di Amerika.
Diabetes tidak hanya boleh menyebabkan kematian namun boleh menyebabkan
sakit beberapalain seperti sakit buah pinggang, sakit jantung, tekanan
darah tinggi, stroke, katarak, kerosakan saraf, kehilangan pendengaran
dan kebutaan. Diperkirakan bahawa 45% penduduk berisiko diserang
penyakit ini (diabetes).
  
Secara mudah diabetes
adalah penyakit yang berhubungan dengan gula dalam tubuh yang di kenal
sebagai gula darah atau glukosa darah. Setiap sel didalam tubuh harus
mendapatkan glukosa untuk memacu metabolisma. Sel menggunakan glukosa
untuk memperkuat proses pertumbuhan dan pemulihan. Ketika memakan
makanan, sistem pencernaan merubah banyak makanan menjadi glukosa yang
kemudian dilepaskan dalam aliran darah. Hormon insulin, yang dikeluarkan
oleh kelenjar pankreas, mengatur glukosa dari darah untuk disalurkan ke
dalam sel sehingga dapat digunakan sebagai bahan bakar. Kalau sel tidak
mendapat jumlah glukosa yang mencukupi sel akan menjadi ‘kelaparan’
dan akhirnya akan mati. Pada saat seperti ini, jaringan dan organ tubuh
akan mula mengalami kerosakan. Itulah sebenarnya yang berlaku pada
pesakit diabetes.
Terdapat dua jenis
diabetes yang utama, iaitu diabetes tipe I dan
diabetes tipe II. Diabetes tipe I kadang-kadang dianggap sebagai
diabetes remaja, iaitu diabetes yang bergantung kepada insulin. Diabetes
jenis ini biasa bermula semasa kanak-kanak lagi dan ia adalah disebabkan
oleh ketidakmampuan pankreas mengeluarkan jumlah keperluan insulin yang
diperlukan oleh sesaorang. Sementara diabetes tipe II dikenali juga
sebagai diabetes yang tidak bergantung kepada insulin. Diabetes jenis
ini hanya berlaku pada ketika sesaorang sudah dewasa dan ia berlaku
kerana sel tidak mampu menyerap kadar normal insulin yang dikeluarkan
oleh pankreas. Dalam keadaan ini insulin bolehlah diumpamakan seperti
anak kunci pada sebuah kunci mangga pada satu-satu daun pintu. Insulin
berperanan sebagai anak kunci, membuka kunci mangga (masuk ke dalam sel)
dan seterusnya membuka pintu untuk memudahkan glukosa masuk. Kalau kunci
mangga nya diperbuat dari bahan yang tidak berkualiti dan ia rusak, anak
kunci tidak lagi berfungsi, daun pintu tidak akan dapat dibuka. Inilah
yang berlaku pada penderita diabetes tipe II. Insulin yang tersedia
tidak lagi dapat membuka pintu kerana kunci mangganya rosak. Bagi
kedua-dua tipe diabetes ini paras glukosa di dalam darah meningkat
sedangkan selnya tidak berfungsi lagi.
Pada diabetes tipe I
pankreas tidak mampu menghasilkan kadar insulin yang cukup untuk
menghantarkan glukosa berulang alik pada semua sel didalam badan.
Pengubatannya adalah dengan cara penyuntikan insulin sekali atau lebih
sehari bersama dengan jadual pemakanan rendah gula yang ketat. Adalah
dilapurkan bahawa sekitar 90% pengidap diabetes adalah dari tipe II dan
85% daripadanya adalah disebabkan oleh berat badan yang berlebihan.
Walau bagaimana pun bagi kedua-dua tipe diabetes ini diet sangat penting
samada bagi pesakit yang berada pada saat permulaan penyakit maupun
dalam pengendaliannya. Sementara jenis makanan yang dimakan pula sangat
mempengaruhi pesakit samada ia meningkatkan atau melindungi sesaorang
dari diabetes.
Suatu fakta yang menarik,
orang-orang yang berada di kepulauan Pasifik yang memakan diet
tradisional tidak pernah dilapurkan mereka mengidap sakit diabetes.
Namun ketika mereka meninggalakan makanan aslinya dan menggantikannya
dengan makanan ala barat, segala macam jenis penyakit datang, dan
diantaranya adalah diabetes. Sebagai contoh apa yang terjadi pada
penduduk Pulau Nautu di Pasifik Selatan. Selama berabad-abad mereka
hanya bergantung kepada makanan yang berasaskan hanya pisang, ubi dan
kelapa.
Namun setelah ditemui di
bumi mereka tompokan fosfat yang hasilnya membawa kepada kemakmuran
serta perubahan gaya hidup mereka, majoriti penduduk menggantikan
pisang, ubi dan kelapa dengan makanan dari tepung halus, gula dan minyak
sayur yang semasa prosesnya sudah mengalami banyak ubahsuai. Akibatnya
muncullah penyakit yang tidak pernah muncul sebelumnya seperti diabetes
dan yang lainnya. Menurut lapuran World Health Organisation (WHO),
hampir separuh penduduk bandar Kepulauan Nautu yang berusia 30-64 tahun
sekarang mengalami penyakit diabetes.
Walau bagaimana pun para
doktor telah berjaya membantu para pesakit untuk mengendalikan diabetes
dengan menganjurkan para pesakit mereka mengamalkan diet rendah lemak,
tinggi kabohidrat. Melalui diet tersebut mereka dapat membatasi
kemasukan lemak sehingga 30% kalori. Karbohidrat kompleks seperti
biji-bijian sempurna dan sayur-sayuran terdiri dari 50% sampai 60%
kalori. Karbohidrat sederhana seperti tepung halus dan gula harus
dielakkan. Ini kerana karbohirat memberikan ketegangan yang tak
sepatutnya pada pankreas dan ini akan meningkatkan dengan cepat gula
darah pada paras yang membahayakan. Alasan untuk pengurangan lemak dan
juga makanan manis adalah menambah pengurangan berat badan. Ini kerana
berat badan berlebihan merupakan penyebab utama diabetes. Oleh sebab itu
menurunkan berat badan adalah merupakan keutamaan. Disamping itu alasan
lainnya untuk diet rendah lemak adalah mengurangi risiko sakit jantung
yang merupakan kesan akibat umum dari penyakit diabetes.
Terakhir, para penyelidik
telah membuktikan bahawa pengambilan berlebihan minyak sayur suling
menyebabkan penyakit diabetes. Hal ini telah dikuatkan lagi dengan satu
bukti kajian ke atas binatang dimana ia telah berjaya menimbulkan
diabetes dengan hanya memberi makan kandungan lemak poli tak jenuh yang
cukup banyak. Kemudian dengan hanya membatasi pengambilan lemak,
binatang-binatang tesebut telah mengalami penyembuhan dari penyakitnya
(diabetes). Kesimpulannya diet rendah lemak sangat efektif dalam
pengendalian diabetes.
Saranan terbaru adalah
mengurangi atau membatasi semua lemak. Lemak mono-tak jenuh seperti
minyak zaitun, tidak ketara mempengaruhi diabetes secara merugikan,
maka diperkenankan digunakan pada kadar yang munasabah. Namun oleh
kerana semua lemak termasuk minyak zaitun tinggi kandungan kalorinya,
maka pengambilannya tidaklah digalakkan. Walau bagaimanapun nampaknya
minyak poli-tak jenuh dikelaskan sebagai minyak yang menimbulkan masalah.
Penelitian ini menunjukkan bahwa ketika lemak poli-tak jenuh dari diet
disertakan didalam susunan selular, kemampuan sel untuk mendapatkan
glukosa terganggu. Dengan kata lain ‘kunci mangga’ pada sel yang membuka
pintu bagi glukosa untuk dimasuki memburuk keadaannya ketika terlalu
banyak minyak poli-tak jenuh di ambil didalam makanannya. Kemudian
insulin tidak mampu membuka pintunya. Minyak poli-tak jenuh teroksidasi
dengan mudah dan dirusak oleh radikal bebas. Lemak dengan segala
jenisnya, termasuk minyak poli tak jenuh, digunakan sebagai hambatan
pembendung bagi membrane sel. Lemak poli-tak jenuh teroksidasi dalam
membrane sel boleh mempengaruhi secara merugikan fungsi selnya, termasuk
kemampuannya dalam memperkenankan hormon, glukosa dan zat lainnya untuk
mengalir ke dalam dan keluar selnya. Maka dari itu, diet yang tinggi
pada minyak sayur poli-tak jenuh sulingan meningkatkan diabetes. Diet
yang rendah pada minyak tersebut akan membantu menghilangkan
gejala-gejalanya kerana semua lemak berpotensi menambah berat badan.
Maka dari itu adalah sangat baik untuk menghindarinya.
Begitupun dalam hal ini
masih ada lemak yang boleh dimakan oleh penderita diabetes tanpa rasa
takut. Lemak itu adalah minyak kelapa. Minyak kelapa tidak menyebabkan
diabetes dan ia dapat membantu mengatur gula darah, sekaligus mengurangi
pengaruh penyakit diabetes. Orang Nautu mengambil banyak minyak kelapa
selama beberapa generasi dan tidak pernah dijumpai penyakit diabetes,
namun ketika mereka mengganti dengan makan dari minyak lain hasilnya
adalah bencana.
Satu hal yang menarik
minyak kelapa tidak menuntut produksi enzim insulin dari pankreas.
Dengan adanya pengurangan pada proses dalam tubuh selama waktu makan
tersebut, sedangkan insulin tetap dikeluarkan dengan banyak, maka akan
memudahkan organ tubuh berfungsi lebih efisien. Minyak kelapa juga
membantu memberi energi kepada sel kerana ia mudah dapat diserap tanpa
memerlukan enzim atau insulin. Minyak kelapa telah terbukti dapat
memperbaiki sekresi insulin dan pendayagunaan glukosa darah. Minyak
kelapa pada makanan meningkatkan dan memperbaiki aksi serta keupayaan
insulin menghantarkan glukosa berulang alik diantara sel, bila
dibandingkan dengan minyak-minyak lain.
Dalam Journal of
the Indian Medicine Association melapurkan bahawa diabetes tipe
II di India telah meningkat pada ketika orang mengabaikan minyak
tradisional mereka, minyak kelapa kerana lebih memilih minyak sayur
poli-tak jenuh yang telah dipromosikan “baik untuk jantung”.
Para pengarang berkomentar tentang hubungan antara minyak poli-tak jenuh
dengan diabetes dan menganjurkan meningkatkan konsumsi minyak kelapa
sebagai kaedah untuk mencegah diabetes.
Salah satu akibat
diabetes adalah berkurangnya energi yang berhubungan dengan
ketidakmampuan sel untuk mendapatkan glukosa yang diperlukan. Tanpa
glukosa untuk memperkuat aktiviti selular, metabolisma menjadi lambat
dan seluruh tubuh terasa lelah.
Olahraga telah dianjurkan
sebagai satu kaedah untuk membantu penderita diabetes mengendalikan gula
darahnya. Salah satu alasan mengapa olahraga bermanfaat adalah bahawa ia
meningkatkan metabolisma. Angka metabolisma yang lebih cepat akan
merangsang penambahan pengeluaran insulin yang diperlukan dan
meningkatkan penyerapan glukosa di dalam sel. Oleh itu ia akan dapat
membantu samada penderita diabetes tipe I maupun penderita diabetes tipe
II.
Minyak kelapa juga dapat
meningkatkan angka metabolik yang menyebabkan tubuh membakar lebih
banyak kalori yang bererti akan menambah penurunan berat badan. Oleh itu
penurunkan berat badan dapat dilakukan dengan hanya menambahkan minyak
kelapa ke dalam makanan. MCFA pada minyak kelapa dikirim secara langsung
ke hati untuk diubah menjadi tenaga dan tidak ke dalam tubuh sebagai
jaringan lemak.
Penderita diabetes
sebaiknya menghindari konsumsi semua lemak, kecuali minyak kelapa,
kerana ia dapat membantu menstabilkan kadar glukosa darah dan membantu
mengurangi berat badan yang berlebihan. Tidak keterlaluan kalau
dikatakan bahawa minyak kelapa adalah minyak yang sebaiknya dimakan
penderita diabetes. |