Login Ahli   Home | Produk | Yahoo Messenger  | Hantar Email | Tel. Syarikat       
 
English Version
 
MINYAK
KELAPA DARA

     

      Sijil Halal-klik

      Beli

 

. Definisi
. Komposisi Kimia
. Standard Kualiti
. Kenyataan  Pakar
. VCO dan Kesihatan
. Tip Penggunaan
   Para Suami
. Tip Penggunaan
   Isteri Anggun
.Testimoni Pengguna
. Rujukan : Buku

Apakah kebaikan dan kelebihan Minyak Kelapa Dara untuk Kesihantan Anda ?
Kenapa minum Minyak Kelapa Dara ? (Mesti baca) Resdung & Alahan
Kelebihan VCO Retak pada tumit kaki
Penyembuhan Alami Luka kemalangan, luka dan kudis
Metabolisma dan Energi Kelimumur dan rambut gugur
Perlindungan dari penyakit Buang lemak berlebihan-Kegemukan
Pencernaan dan penyerapan zat Pembesaran Prostat
Ibu sedang mengandung Ulser dan sembelit
Ibu dan bayi -susu Pencegah sakit jantung
Susu ibu & MCFA Darah tinggi
Bayi anda Kencing Manis(Diabetes)
Parut pada kulit(bersalin) Kelelahan Kronik & Athma
Awet Muda Kanser
Keanjalan kulit AIDS Treatment
Melindungi dan merawat kulit Others Reserch
Memulihara retak pada tumit kaki

Minyak kelapa dara bukan sahaja mampu memulihkan kulit yang dijangkiti penyakit, tetapi berkemampuan juga memulihkan dan memperbaiki kulit yang rosak. Keadaan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia mengandungi khasiat penjanaan semula dan pelembab yang berperanan menyembuhkan kulit, mengembalikan keremajaan pada kulit dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati, . Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’, amat berkesan terutama pada tumit yang merekah, kematu dan keras

 

Luka Kemalangan

Pengalaman khas En. Ishak- Luka Kemalangan Jalan Raya

Saya mengalami kemalangan motor dan sebahagian besar kulit dan daging tangan serta lutut saya luka tersagat di atas jalan. Saya mengalami luka kemalangan yang agak teruk. Walaupun begitu saya tidak mengambil atau menggunakan sebarang ubat termasuk ubat tahan sakit untuk mengatasi rasa sakit dan luka yang saya alami. Saya hanya menggunakan 100% VCOP (Minyak Kelapa Dara Pure) sebagai ubat untuk diminum dan disapu ke atas luka tersebut. Menakjubkan...saya dapati bahagian yang luka tidak mengalami jangkitan kuman, berair atau bernanah. Ia juga mengering dengan kadar yang cepat. Kandungan minyak laurik dan minyak caprik bersifat antiviral, antibakterial dan antiprotozoal  yang terdapat sekitar 50% dalam Minyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit. Ia akan meresap jauh ke dalam kulit dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa yang menjadi punca luka bernanah serta berbau menurut kenyataan Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihatan).

Ia juga cepat kering dan kesan parut akan semakin menghilang dengan kadar yang cepat. Parut akan tertanggal dengan sendiri. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.

Dengan menyapu minyak VCO di waktu pagi, petang dan sebelum masuk tidur di bahagian luka, ianya tidak terasa rentan atau tegang kulit (perit). Kadar mengering luka juga pantas dari biasa. Dalam keadaan tertentu Minyak kelapa dara mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit, membantu melega dan menyamankan gejala ekzema, psoriasisn serta jangkitan kulat. Sebenarnya asid lemak antiseptik pada minyak kelapa dara mampu membantu mencegah infeksi kulat dan bakteria pada kulit ketika mengambilnya dalam makanan dengan kadar tertentu maupun dipakai secara langsung pada kulit. Ini terbukti pada apa yang berlaku terhadap orang-orang Polinesia yang menggunakan dengan teratur jarang sekali diganggu oleh infeksi kulit atau jerawat.

Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey jika diminum akan dapat membantu menguatkan sistem imunasi tubuh dengan keupayaan tubuh menukar minyak laurik dan asid caprik kepada monolaurin dan monocaprin yang bertindak membunuh virus, bakteria dan protozoa dengan cara ia menghancurkan lapisan lipids dan phospholipids virus tersebut. Saya masih meneruskan rawatan (disapukan pada parut & diminum). Seakan ada tanda - tanda positif bahawa kesan parut juga semakin hilang. Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini hanya terdapat dalam Minyak Kelapa Dara Pure.

 Luka dan kudis
Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey jika diminum akan dapat membantu menguatkan sistem imunasi tubuh dengan keupayaan tubuh menukar lauric asid dan capric asid kepada monolaurin dan monocaprin yang bertindak membunuh virus, bakteria dan protozoa dengan cara ia menghancurkan lapisan lipids dan phospholipids virus tersebut.  Begitu juga dengan  Minyak Kelapa Dara yang kandungan lauric asid dan capric asidnya  bersifat antiviral, antibakterial dan antiprotozoal jika disapukan pada bahagian kudis akan bertindak dengan cara yang sama walaupun kekuatannya (lauric asid dan capric asid) tidak sekuat monolaurin dan monocaprin dalam tindakannya memusnahkan organisma yang menyebabkan infeksi.
Kelebihan apabila disapu pada kulit kepala dan rambut.

Kelemumur pada kulit kepala dan rambut sangat merimaskan, gatal dan berbau tidak menyenangkan. Lebih malang lagi kelimumur akan mengakibtkan rambut kita kurang sihat dan sekiranya berterusan ianya akan menjejaskan kesuburan akar rambut. Akibatnya rambut kita akan menjadi kurus dan akhirnya gugur dan kesudahannya menjadi botak. Inilah yang berlaku kepada diri saya sendiri. Disebabkan masalah inil saya berusaha mencari penawarnya, sehingalah saya bertemu seorang rakan dimajlis rewang kenduri yang botak licin satu ketika dahalu tetapi sekarang tumbuh terpacak sedikit. Dia memberi tahu saya supaya mengunakan minyak kelapa yang beliau pakai. Pada ketika itu kami tidak mengetahwi yang itu ialah minyak kelapa dara sehinggalah saya menghadari hari terbuka di Mardi. Bila saya melihat Minyak Kelapa Dara keluaran Mardi dan bertanyakan spesifikasi barulah saya tahu minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara. Bermula dari saat itu saya terus mengkaji dan belajar menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang lebih berkualiti yang sekarang ini saya namakan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli. Memang benar ia sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan keguguran rambut di sebabkan kandungan lauric asid , capric asid dan berbagai lagi jenis fatty asid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh kedalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak. Alhamdulilah hasilnya sangat memuaskan dan kini ianya menjadi minyak rambut, muka dan minuman saya setiap hari.

  • Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.
  • Menghapuskan kelimumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut menjadi subur dan bertambah hitam.
  • Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya.
  • Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari.
  • Menyuburkan kulit kepala dan rambut dari gugur.

 

RAWATAN RAMBUT
Apa yang dilakukan minyak kelapa dara terhadap kulit boleh juga dilakukan untuk rambut. Minyak kelapa dara boleh digunakan sebagai kondisioner  rambut yang baik. Pakar kecantikan telah mengenal minyak kelapa dara dan mereka memperakui bahawa minyak kelapa dara ini dapat memberikan kesan efektifnya seperti kondisioner rambut di salun perawatan yang bernilai diantara RM 40 hingga RM 50. Sedangkan dengan minyak kelapa dara ia boleh dilakukan dirumah dengan kos yang terlalu murah. Manfaat lain dalam menggunakan minyak kelapa sebagai kondisioner rambut adalah kerana ia akan membantu mengendalikan kelemumur.
Buang lemak berlebihan-Kegemukan

Jumlah orang yang berlebihan berat badan terus meningkat selama lebih dari beberapa puluh tahun terakhir ini, terutama selama 10 tahun kebelakangan ini. Menurut Centres for Disease Control and Prevention (CDC) jumlah orang gemuk di Amerika telah meningkat pada 10 tahun terakhir ini dari 12% menjadi 17.9% dari keseluruhan penduduknya. Juga di Amerika, 55% dari keseluruhan penduduk yang mengalami kelebihan berat badan, satu dari empat orang dewasa dianggap gemuk atau sebanyak 25% dari semua remaja mengalami kelebihan berat badan. Anak-anak lebih banyak menjadi cepat gemuk, sehingga jumlah anak yang kelebihan berat badan meningkat dua kali ganda pada 30 tahun terakhir ini. Angka ini hamper sama terjadi di Britain, Jerman dan negara-negara Eropah lainnya.

 Dilihat dari sudut perubatan kegemukan adalah  masalah yang serius. Dengan berat badan yang berlebihan, sesaorang boleh menambah risiko mendapat penyakit. Seseorang dianggap gemuk jika berat sebenarnya 20% atau lebih di atas berat normalnya. Selama lebih dari 10 tahun terakhir ini kegemukan telah meningkat sebanyak 70% diantara orang yang berusia 18-29 tahun. Bagi orang yang berusia 30-39 tahun angkanya meningkat sebanyak 50%. Kesemua kelompok usia lainnya mengalami penambahan berat badan yang dramatik seperti sakit jantung, hempedu, diabetis, osteoarthritis dan mati muda.

 Jika masalah berat badan dapat diatasi maka bererti badan akan menjadi sihat.Apatah lagi jika dilakukan sendiri tanpa bantuan ubat-ubatan. Kebanyakan orang berusaha untuk menurunkan berat badan dengan megikuti berbagai program seperti mengurangi makanan berlemak dan melebihkan karbohidrat. Ternyata ia membuat mereka sengsara sedangkan dan hasilnya tidak sebagaimana yang dikehendaki.

 Segelintir orang masih menganggap makan secara sihat dan seimbang adalah dengan menghindari lemak dan menggunakan minyak “sihat” seperti marjerin dan minyak sayur sebagai bahan asas makanan. Namun jika dipelajari tentang makanan kesihatan dan minyak kelapa dara, sebenarnya mereka telah mengambil jenis minyak yang salah. Justeru itu mereka seharusnya menggantikan minyak sayur dengan mengkonsumsi minyak kelapa dara, menggunakan mentega (butter) menggantikan marjerin, sedikit manis-manisan dan mengkonsumsi lebih banyak makanan serat. Dengan ini akan menjadikan badan lebih sihat tanpa perlu mengurangi jumlah makanan yang diambil. Tambahan pula dengan memakan minyak kelapa dara mereka akan mendapat lebih kalori berbanding sebelumnya.

 Cara pemakanan seperti ini sebenarnya merupakan diet yang tanpa disedari boleh menurunkan berat badan. Keadaan ini dikatakan tanpa disedari kerana sesaorang yang melalui kaedah ini akan mengalami kehilangan berat badan tanpa menjalani diet dan mereka sebenarnya tidak pun berusaha untuk menurunkan berat badan mereka. Dengan pola makan seperti ini mereka tidak akan merasa terbeban dengan aturan-aturan diet, serta bebas makan makanan berlemak terutama minyak kelapa.

GANGGUAN KESIHATAN DAN KEGEMUKAN 

Abnominal hernias

Arthritis

Encok

Sakit jantung koroner

Hipertensi

Gangguan pernafasan

Varicose veins

Atherosclerosis

Diabetis

Gangguan gastrointestinal

Kanser

Ketidakteraturan Ginekologi

 BAGAIMANA MENDAPATKAN LEMAK

Mengapa harus menghitung kalori

 Lumrahnya kegemukan berlaku adalah disebabkan oleh kelebihan makanan yang dimakan dibandingkan yang diperlukan oleh tubuh. Fenomina ini terjadi bilamana makanan yang dimakan diubah menjadi energi samada untuk memperkuat fungsi metabolik atau untuk aktiviti fizikal. Namun sekiranya terdapat lebihan energi ia akan diubah menjadi lemak lalu masuk ke dalam sel untuk dijadikan selulit pada kaki, sekitar pinggang dan punggung. Oleh itu  semakin banyak makan, maka semakin besar badan sesaorang.

 Tenaga yang didapati dari makanan diukur dalam unit kalori. Setiap orang memerlukan sejumlah kalori tertentu untuk menjaga fungsi proses metabolik dasar. Semua ini merupakan proses yang dapat mempertahankan hidup misalnya menjaga jantung agar terus berdegup, paru-paru tetap bernafas, perut tetap mencerna makanan dan memperkuat setiap proses seluler yang semuanya terus berlangsung di dalam tubuh. Angka di mana tubuh menggunakan kalori untuk aktiviti metabolik ini dinamakan basal metabolic rate (BMR) iaitu jumlah kalori yang akan dikeluarkan seseorang ketika berbaring, tidak aktif tetapi dalam keadaan jaga. Aktiviti apa pun walaupun sederhana akan memerlukan kalori tambahan. Dua pertiga kalori yang digunakan setiap hari digunakan untuk menjaga fungsi metabolik dasar. Setiap orang mempunyai BMR yang berbeza. Banyak faktor menentukan BMR dan jumlah kalori yang diperlukan dan digunakan tubuh. Anak muda memerlukan lebih kalori berbanding orang tua. Secara fizik orang dewasa memerlukan lebih banyak kalori berbanding orang pasif. Orang yang sedang berpuasa, sangat kelaparan atau sedang berdiet menggunakan lebih sedikit kalori berbanding biasa.

 Dua faktor paling berpengaruh yang harus dikendalikan dalam menurunkan berat badan adalah konsumsi kalori dan aktiviti fizik.

 Perhatikan satu contoh tentang bagaimana pengambilan makanan mempengaruhi berat badan. Seseorang yang mempunyai berat 150paun (75kg) dengan pekerjaan yang memerlukannya duduk sahaja, seperti operater keyboard komputer, memerlukan hanya sekitar 1600 kalori untuk fungsi metabolic dasar dan 800 kalori lainnya untuk aktiviti fizik harian. Dia harus mengkonsumsi sejumlah 2400 kalori (1.600+800) setiap hari untuk mempertahankan berat badannya. Jika dia kurang makan, katakanlah 2300 kalori, maka berat badannya akan turun kerana tubuhnya memerlukan 2400 kalori. Oleh kerana keperluan asas tubuhnya memerlukan sebanyak 2400 kalori, jika dia tidak mendapatkan semuanya dengan tambahan 100 kalori lagi, maka ia harus didapatkan dari pemecahan jaringan lemak. Akibatnya dia akan kehilangan lemak dari badan. Sedangkan jika dia memakan lebih dan 2400 kalori, semua lebihan tenaganya akan diubah menjadi lemak dan berat badannya akan bertambah.

 Perhatikan contoh di mana aktiviti berubah tetapi konsumsi kalorinya tetap sama jika lelaki dalam contoh tadi mengkonsumsi kalori 2400 kalori/sehari, gerakan fizik kurang aktif berbanding sebelumnya, tubuh akan menggunakan lebih sedikit kalori. Jika dia hanya menggunakan 2300 kalori kelebihan kalori yang dikonsumsi akan diubah menjadi lemak dan dia akan menambah berat badannya. Sebaliknya jika dia melakukan olahraga, aktiviti fizik akan menambah kalori hariannya misalnya sehingga 2500 kalori per hari. Berat badannya akan turun kerana lemak tubuh sebanyak 100 kalori akan digunakan untuk mengganti keperluan energi. Oleh kerana itulah orang aktif biasanya kelihatan lebih ramping berbanding orang kurang aktif. Jika contoh lelaki di atas melakukan pekerjaan seperti jaga sekolah,dia akan memerlukan sekitar 2600-2800 kalori sehari untuk mempertahankan berat badannya. Jika dia melakukan pekerjaan berat, seperti menukang, dia akan memerlukan 2800-3200 kalori setiap hari. Orang sebegini memerlukan kalori antara 2200-3200 kalori setiap hari dan bergantung pada aktiviti hariannya. Wanita biasanya lebih kecil keperluannya dan kurang berotot berbanding lelaki sehingga mereka memerlukan lebih sedikit kalori kira-kira 200-400 kalori di bawah keperluan lelaki.

  TURUN BERAT BADAN CEPAT

 Pernahkah anda melihat sebuah iklan “Saya menurunkan berat badan 25kg dalam masa 4 minggu”. Saya mengurangkan ukuran dari 18 menjadi 8 dalam masa 30 hari?” Segala macam program diet menjamin dapat menurunkan berat “dengan cepat”. Persoalannya, apakah mungkin sesaorang mampu menurunkan berat badan dengan begitu cepat?  

 Cuba perhatikan fakta berikut:

Satu paun (setengah kg) lemak tubuh menyimpan 3500 kalori, untuk menurunkan harus mengulangi kalori yang masuk lebih kecil dari 3500 kalori. Rata-rata pengurangan sebesar 500 kalori sehari atau 3500 kalori seminggu akan dapat menurunkan berat badan sebanyak setengah kg (satu paun) seminggu. Pengurangan 1000 kalori setiap hari sama dengan penurunan berat badan sebanyak 2 paun setiap minggu. Untuk menurunkan 1000 kalori setiap hari, mereka harus mengurangi makanan hampir separuh dari biasa Itu merupakan pengurangan yang besar bererti penurunan lemak memerlukan waktu, tidak dapat mengurangi 25kg lemak hanya dalam waktu 6 minggu. Hal ini tidak mungkin terjadi kecuali terlalu gemuk dan tidak mengkonsumsi apa-apa kecuali air. Penurunan 3 hingga 6 kg lebih realistik dalam waktu 6 minggu.