|
Selama lebih dari
50 tahun para pengkaji telah mengenal bahawa MCFA dicerna secara berbeza
berbanding lemak lain. Perbezaan ini mempunyai aplikasi penting terhadap
penyembuhan pada gangguan pencernaan dan metabolik dan sejak saat itu
MCFA digunakan secara rutin di hospital dan dalam susu bayi.
Manfaat kesejahteraan
pencernaan asam lemak rantai sederhana (MCFA) atau asam lemak rantai
panjang (LCFA) adalah berhubung dengan perbezaan-perbezaan pada cara
tubuh memetabolisasi lemak ini. Oleh kerana molekul-molekulnya
lebih kecil, ia hanya memerlukan energi lebih kecil dan lebih sedikit
enzim untuk memecahnya pada pencernaan, kemudian dicerna dan diserap
secara cepat dengan energi minima.
MCFA dipecah secara
langsung oleh enzim di dalam air ludah dan asid lambung sehingga enzim
yang mencerna lemak pankreatis tidak banyak berperang. Maka dari
itu, bermakna proses yang berlaku pada pancreas dan sistem percernaan
lebih sedikit. Keadaan ini mempunyai pengaruh penting bagi para pesakit
yang diserang gangguan pencernaan dan metabolik. Bayi pramatang atau
bayi sakit terutama sekali pada organ pencernaan yang kurang berkembang,
akan mampu menyerap MCFA dengan cukup mudah, sedangkan lemak lain akan
melalui sistem tanpa banyak boleh dicerna. Oleh itu orang yang diserang
gangguan pencernaan seperti cystic fibrostic yang kebiasaannya mendapati
kesulitan mencerna atau menyerap lemak dan vitamin yang dapat larut
dalam lemak, akan sangat beruntung dengan adanya MCFA. MCFA juga penting
untuk orang yang diserang diabetes, kegemukan, sakit pundi kencing,
pankreatitis, Crohn’s disease, ketidakcukupan pankreatis dan
beberapa bentuk kanser.
Pada saat melalui usia tua
tubuh tidak berfungsi sebaik pada saat masih muda. Pankreas tidak lagi
memproduksi sebanyak enzim pencernaan, usus tidak menyerap bahan zat
dengan baik. Seluruh proses pencernaan semakin surut sehingga
efisiensinya lebih rendah. Akibatnya, orang tua yang seringkali
menderita kekurangan vitamin dan mineral perlu memasukkan MCFA di dalam
makanan mereka kerana MCFA mudah dicerna dan memperbaiki pencernaan
vitamin dan mineral. Ini mudah dilakukan jika makananya dibuat dengan
minyak kelapa dara.
Tidak seperti asam lemak
lainnya, MCFA diserap secara langsung dari usus ke dalam pembuluh balik
portal dan dikirim langsung ke hati di mana mereka sebahagian besarnya
dibakar sebagai bahan bakar seperti karbohidrat. Dalam hal ini MCFA
lebih mudah terbakar seperti karbohidrat berbanding lemak lain.
Lemak lain memerlukan
enzim pankreatik untuk memecahnya ke dalam unit-unit lebih kecil.
Kemudian mereka diserap ke dalam dinding usus dan di dalam bungkusan
lemak (lipid) dan protein yang dinamakan lipopotenis. Lipoprotein
ini dibawa oleh sistem lympathic, kemudian diedarkan ke
seluruh tubuh. Pada saat beredar di dalam darah, komponen lemak
dibahagikan keseluruh jaringan tubuh. Lipoprotien menjadi semakin kecil
dan semakin keil, sampai hanya ada sedikit yang tersisa. Pada saat ini
diambil oleh hati, dipecah dan digunakan untuk menghasilkan energi jika
diperlukan, dikemas kembali menjadi lipoprotein lain dan dikirim kembali
ke dalam aliran darah untuk dihantar ke seluruh tubuh. Kolestrol, lemak
tepu, lemak mono tak tepu dan lemak poli-tak tepu semuanya dikemas
bersama di dalam lipoprotein, masuk ke dalam hati dan diubah menjadi
energi sehingga tidak pernah disimpan sebagai lemak tubuh.
Di dalam setiap sel ada
sebuah organ yang dinamakan mitochondria. Energi yang diperlukan
oleh sel untuk menjalankan fungsinya diperanankan oleh mitochondria.
Mitochondria dikemas di dalam dua sel membran yang biasanya
memerlukan enzim khusus untuk mengangkut bahan zat agar dapat melaluinya.
MCFA itu unik di mana mereka dengan mudah boleh menembusi kedua membran
mitochondria tanpa memerlukan enzim dan akan memberi energi cepat
dan efisien kepada sel. Rantai asam lemak lebih panjang memerlukan enzim
khusus untuk menariknya melalui dua sel membran. Jadi proses penghasilan
energinya jauh lebih lambat, tambahan lagi ia memerlukan enzim untuk
melakukannya.
Oleh kerana manfaat di
atas, minyak kelapa dara telah dianggap menjadi penyelamat hidup bagi
banyak orang, terutama pada bayi dan orang tua. Sebagai pengubat ia
digunakan dalam penyediaan makanan khusus bagi orang yang diserang
gangguan pencemaran dan mendapat kesulitan mencerna lemak. Atas alasan
yang sama, dapat juga digunakan di dalam susu bayi untuk menyembuhkan
kekurangan zat kerana ianya dapat diserap dengan cepat tanpa menempatkan
tahap yang dicerna dengan mudah dan digunakan untuk memberi gizi tubuh.
Memakan makanan yang
mengandungi MCFA adalah seperti menggunakan bahan bakar oktan tinggi
bagi sesabuah kereta. Keretanya memecut lebih laju dan mendapat jarak
kilometer/gas lebih baik. Begitulah apa yang berlaku, dengan MCFA tubuh
bekerja lebih kerana mempunyai lebih banyak energi dan daya tubuh yang
lebih besar, kerana MCFA disalurkan secara langsung ke dalam hati dan
diubah menjadi energi, tubuh mandapatkan tambahan energi. Oleh kerana
MCFA dengan mudah dapat diserap oleh organ sel penghasil energi,
metabolisma dengan sendirinya meningkat. Akhirnya peningkatan energi
ini mempunyai pengaruh perangsangan pada seluruh tubuh.
Fakta bahawa MCFA dicerna
secara langsung untuk menghasilkan energi dan merangsang metabolisma
telah menarik minat para atlit untuk menggunakannya sebagai sasaran
meningkatkan latihan mereka. Penelitian menunjukkan ini mungkin saja
benar. Misalnya, para peneliti mencuba daya tahan fizik tikus yang
diberi MCFA pada makanan harian berbanding dengan tikus tidak diberi
MCFA. Penelitian ini diperluas sampai lebih dari enam minggu. Tikus
diarahkan pada cubaan daya tahan renang setiap dua hari. Ditempatkan
pada satu takungan air dengan arus tetap. Jumlah waktu berenang diukur
sehingga kelemasan. Jika pertama kalinya hanya ada sedikit perbezaan di
antara kelompok tikus, tikus yang diberi makan MCFA dengan cepat mula
mengkagumi tikus lain dan semakin baik di sepanjang waktu uji kaji.
Kajian seperti ini memdemostrasikan bahawa MCFA mempunyai kemampuan
meningkatkan daya tahan dan penampilan latihan, setidak-tidaknya pada
tikus. Dalam satu lagi kajian menggunakan atlit lumba basikal yang
dikondisikan. Para atlit tersebut mengayuh basikalnya pada70% kecepatan
maksimumnya selama dua jam, kemudian secara langsung berhenti pada
pengendaraan percubaan waktu 40 K (yang terakhir sekitar satu jam
tambahan) dengan minum salah satu dari tiga minuman: larutan MCFA,
minuman olah raga atau kombinasi minuman olah raga dengan MCFA. Atlit
lumba lari yang meminum campuran minuman olah raga MCFA berpenampiln
paling baik selama percubaan waktu. Para pengkaji berteori bahawa MCFA
memberi sumber energi tambahan kepada atlit, jadi mengeluarkan simpanan
glikogen iaitu energi yang disimpan di dalam jaringan otot, akan habis
digunakan selama pengedaraan tiga jam. Semakin banyak glikogen ada di
dalam otot semakin besar daya tahan atlit. Maka zat apa saja yang boleh
menyimpan glikogen pada saat memberikan energi akan bermanfaan untuk
daya tahan atlit. Dalam satu penelitian lanjutan untuk mencuba teori
pengeluaran glikogen, para peserta lumba basikal pada 60 kekuatan
maksimanya selama tiga jam dengan meminum salah satu minuman yang
diberikan pada penelitian sebelumnya. Dengan mengikut latihan, kadar
glikogen otot diukur dan terbukti sama untuk ketiga atlitnya.
Kesimpulannya adalah MCFA tidak mengeluarkan simpanan glikogen, namun
benar-benar memperbaiki penampilan. Pembaikan dalam penampilan tidak
berhubungan dengan pengeluaran glikogen dan harus dihubungkan dengan
satu mekanisma lainnya.
Hasil dari penelitian ini
banyak minuman olah raga dan minuman ernegi yang dijual pada kedai-kedai
kesihatan mengandungi MCFA untuk memberikan sumber energi yang cepat.
MCFA yang sering digunakan pada minuman olahraga dan minuman energi
berada dalam bentuk minyak medium-chain triglyceries (minyak MCT). Ia
biasanya diindikasikan sebagai “MCT” pada labelnya, label suplemen dan
label susu bayi. Para atlit dan orang aktif lain yang mencari kaedah
nutrisi, bukan ubat untuk meningkatkan penampilan latihan mula
menggunakannya.
Namun, dalam penelitian
harian, hasilnya lebih signifikan. Dan bukti ini nampak bahawa cara
paling baik untuk meningkatkan energi dan daya tahan adalah dengan
mengkonsumi MCFA pada makanan harian dan tidak hanya sekali saja sebelum
atau selama pertandingan.
Mudah difahami mengapa
para atlit tertarik untuk mendapatkan daya tahan dan energi yang lebih
besar. Walau bagaimanapun bagi yang bukan atlit, MFCA boleh juga
melakukan hal yang sama. Jika dimakan secara teratur, MCFA boleh
memberikan peningkatan pada energi dan kerja sepanjang hari. Jika terasa
letih dipertengahan hari atau merasa kekurangan energi, penambahan
minyak kelapa pada makanan akan memberikan peningkatan energi yang jauh
lebih banyak dari yang diperlukankan.
Disamping menambah kadar
energi, ada manfaat lain yang sangat penting pada peningkatan angka
metabolik iaitu membantu melindungi dari penyakit dan mempercepatkan
penyembuhan. Pada saat metabolisma ditingkatkan, sel akan berfungsi
lebih efisien. Ini bermakna ia akan menyembuhkan luka dengan lebih
cepat, sel lama dan sel yang kena penyakit diganti lebih cepat dan sel
muda dikembangkan dengan cepat untuk menggantikan sel yang lama.
Beberapa gangguan
kesihatan seperti kegemukan, sakit jantung dan osteroclerosis lebih
mudah terjadi pada orang yang mempunyai metabolisma rendah. Kondisi
kesihatan akan lebih buruk jika angka metabolisma lebih rendah
berbanding metabolisma normal, kerana sel tidak boleh menyembuhkan dan
memperbaiki dirinya secara cepat. Maka peningkatan angka metabolisma,
memberikan peningkatan perlindungan dari penyakit degeneratif dan
penyakit menular. |