|
|
|
Laman Utama
I
Produk
I
Syarikat
I
Usahawan
Online
I
Galeri
I
Tips Produk
I
Testimoni
I
Hubungi Kami |
|
|
|
Kategori Produk |
|
|
| |
| |
|
MINYAK KELAPA DARA ASLI |
|
|
 |
| |
| |
 |
|
|
| |
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BAGAIMANA
JIKA DI SANA ADA PENYEMBUH UNTUK PENYAKIT ALZHEIMER’S, SEDANG IA
TIDAK DIKETAHUI OLEH SESIAPA…..?
Satu
kajian oleh Dr. Mary Newport ; 22hb Julai 2008
Umum
mengetahui bahawa kini wabak atau masalah obesiti, Type II
diabetes dan penyakit kardiovaskular semakin meningkat, dan
dianggarkan sekitar 15,000 orang di Amerika, akan mengidap
penyakit Alzheimer pada tahun 2050.
Pada
tahun 2001, Dr. Richard L. Veech dari NIH, dan beberapa orang
lagi pakar, telah menerbitkan satu rencana , bertajuk ; ‘Ketone
bodies - potential therapeutic uses.’ ( ketone bodies - potensi
kegunaan dalam perubatan ) Sementara pada tahun 2003, George F.
Cahill, Jr. and Richard Veech mengarang
‘Ketoacids? Good Medicine? Pada tahun 2004 Richard Veech
menerbitkan satu kaji selidik berkaitan dengan kesan pengubatan
‘ketone bodies.’ Artikel berkenaan tidak ditemui didalam
mana-mana journal, (yang biasa ditemui oleh kebanyakan doktor
perubatan biasa, apatah lagi bagi kebanyakan masyarakat umum.
Berani saya katakan anda tidak akan menemui maklumat ini,
kecuali anda membuat carian berkaitan tajuk berkenaan).
Suami saya
Steve, berusia 58, telah mengalami petanda meningkatnya gejala
dementia, sekurang-kurangnya 5 tahun kebelakangan ini. Beliau
telah menjalani MRI pada tahun 2008, yang menunjukkan evolusi
perubahan pada bahagian ‘frontal’ dan ‘parietal lobes’ otak dan
sedikit perubahan pada bahagian otak kiri, manakala pada
bahagian kanan ‘amygdale’. Manakala bahagian ‘hippocamdal
atrophy’ tiada menunjukkan tanda-tanda perubahan, yang dapat
membantu rawatan klinikal terhadap penyakit Alzheimer. Bagi
kalangan yang bukan mahir dalam perubatan, keadaan ini bermakna
suami saya telah mengalami pengecutan bahagian otak. Banyak
dari hari-hari beliau, dan ada waktunya berterusan dalam
beberapa hari, beliau dalam keadaan keliru, tidak mampu menemui
sudu, atau tidak ingat bagaimana untuk mengeluarkan air dari
peti sejuk. Ada waktunya tidak terlalu ketara, masih seperti
biasa, ceria dengan sifat kelakarnya yang unik, kreatif dan
sarat dengan idea.
Pernah satu hari
saya bertanya, samada ada menerima panggilan (yang memang saya
nantikan). Jawapannya adalah “Tidak”. Namun dua hari kemudian
beliau akan dapat mengingati pesanan dari siapa dan siapa,
dari beberapa hari sebelumnya, termasuk kandungan pesanan
berkenaan. Agak ganjil, beliau tidak punya ingatan jangka
pendek, tetapi menyimpan maklumat berkenaan disuatu tempat pada
otaknya.
Pada perkiraan
saya, pemakanannya mungkin ada kaitannya dengan keadaan tidak
menentu itu. Saya pasti ia terkunci di mana-mana bahagian otak,
dan perlukan kunci untuk membuka kawasan otak itu.
Steve memiliki BSBA dalam perakaunan, melakukan
billing, bookkeeping dan perakaunan untuk perniagaan neonatologi
saya, dari rumah, Dengan itu membolehkan beliau dapat bersama
dengan anak kecil perempuan kami di rumah. Beliau penggemar
komputer, dan pantas menaip. Beliau berkeupayaan membaiki semua
masalah komputer sendiri, dan mahir memasang sebarang komponen
tanpa sebarang panduan. Jika beliau tiada alatan (tool), beliau
akan menciptanya sendiri. Selain itu Steve gemar
berkayak.
Untuk menjadikan pergerakan kayaknya lurus, Steve merekabentuk
dan memasang sesuatu pada kayaknya.Namun sekitar
lima tahun yang lalu, Steve mula mengalami kesukaran untuk
menguruskan kerja-kerja perakaunannya. Beliau akan kelihatan
cuba melengah-lengahkannya. Satu ketika beliau melakukan
kesilapan dalam kiraan gaji. Saya cuba membantu memperbaikinya.
Pada sangkaan saya, kesilapan tersebut adalah lantaran
perniagaan kami telah menjadi semakin rumit, lantaran
pertambahan pekerja. Namun beliau sedar bahawa ada sesuatu yang
tidak kena, dan dengan itu tekanan perasaan bermula. Kami
membawa beliau menemui pakar neurologi sekitar 4 tahun yang lalu,
dan telah dilakukan ‘Mini Mental Status Exam (MMSE). Bacaan
ujian MMSE Steve adalah 23 dari 30 markah penuh, mengesahkan
sebagai pengidap dementia peringkat sederhana. (Dalam ujian ini
semakin rendah bacaan MMSE, bermaksud semakin parah tahap
dementianya). Wakti itu bacaan MRI Steve, adalah normal.
Sekitar 3 tahun
yang lalu, Steve mula mengambil Aricept, manakala Namenda sejak
2 tahun yang lalu. Kami berharap, agar ianya dapat
memperlahankan kadar penurunan fungsi otaknya. Kemudian bertukar
lagi dari mengambil Aricept kepada Exelon pada sekitar Ogos
2007, setelah kehilangan berat badan sebanyak 10 pounds dalam
hanya beberapa minggu. Dalam 12 bulan yang terakhir ini,
perubahan dirinya semakin ketara. Steve tidak dapat lagi memasak
untuk dirinya, tidak dapat mengingat, mengambil makanan yang
baik, tidak mampu menggunakan kalkulator, dan lebih parah tidak
berupaya menyelesaikan masalah matematik yang paling mudah –
tambah. Walaubagaimanapun Steve masih sibuk dengan kerja-kerja
hariannya di keliling rumah dan di garaj, tubuhnya masih baik.
Sekarang saya melakukan semua kerja memasak, untuk lelaki yang
selama ini sentiasa memasak untuk semua ahli keluarganya. Saya
memberikannya ubat-ubatan kerana Steve sudah tidak dapat
mengingat untuk mengambilnya, apatah lagi untuk memilih pills
atau ubatan yang betul. Setiap malam kami akan berpegangan
tangan sebelum kami tidur, dan saya tidak pasti berapa kali
lagikah kami boleh berbuat begitu.
Sebenarnya menyaksikan
Steve kehilangan daya fikir dan ketidakupayaan untuk berbuat
sesuatu adalah satu pengalaman yang sangat menakutkan. Steve
sebenarnya sangat memaklumi keadaannya, dan kami sering
membincangkannya bersama. Walaubagaimanapun Steve tidak lagi
rasa tertekan, mungkin kerana bantuan kaunselor, Lexipro dan
Wellbutrin.
Saya berlanggan
dengan beberapa sumber yang dapat memberikan maklumat, dan
sentiasa meninjau di laman sesawang
www.clinicaltrials.gov untuk mengetahui apa-apa juga kajian
ubatan yang sesuai untuknya. Dua tahun yang lalu kami cuba untuk
melibatnya dalam kajian anti-radang, Flurizan, tetapi beliau
tidak layak kerana beliau memiliki sejarah kemurungan dan
tertekan dalam dua tahun yang lalu. Bagaimana tidak tertekan
jika anda mengetahui bahawa anda adalah pengidap AlZheimer,
bahkan kemurungan adalah antara simptom atau pertanda awal
Alzheimer.
Hanya baru-baru ini sahaja saya mendapat maklumat
dan melihat potensi penggunaan medium chain triglycerides (MCT
oil) atau ‘Ketone bodies’ (juga dikenali sebagai ketoacids)
produk terakhir dalam metabolism, yang dikatakan bukan sahaja
merawat , tetapi mampu menghalang penyakit Alzheimer.
|
|
|
Selanjutnya ia
juga dikatakan berpotensi bagi merawat penyakit Parkinson,
penyakit Huntington, berbagai sclerosis dan amyotrophic lateral
sclerosis (ALS atau penyakit Gehrig), drug resistant epilepsy,
brittle type I diabetes dan diabetes type II, dimana terdapat
rintangan insulin. Katone bodies dapat membantu otak pulih dari
kesan kehilangan oksigen pada bayi melalui ibunya, membantu
jantung untuk pulih selepas serangan akut, mampu mengecutkan
sel-sel kanser.
Kanak-kanak yang
mengalami ‘drug resistant epilepsy’, ada waktunya bertindak
balas pada ketogenic diet yang rendah kandungan kabohidratnya.
MCT didapati sangat berguna dalam membantu kehilangan berat
badan, sementara ahli bina badan telah lama menggunakannya
untuk memperbaiki pembinaan otot mereka. Ahli sukan dan
anggota tentera boleh menggunakan MCT sebagai sumber tenaga
segera apabila tubuh mereka kekurangan karbohidrat, terutama
sewaktu makanan tidak tersedia.
Apakah sebenarnya
persamaan antara keduanya ? Sel tubuh kita mampu menggunakan
‘ketone bodies’ sebagai sumber alternatif disaat ketiadaan
glucose. Sel otak , terutamanya neuron, sangat terhad dalam
penggunaan sumber tenaga yang digunakan , untuk mengekalkan ia
hidup dan berfungsi. Lumrahnya ia memerlukan glukosa , tetapi
ia juga boleh menggunakan ‘ketone bodies’. Tubuh manusia
sebenarnya tidak mempunyai ‘ketone bodies’ yang beredar dan
senantiasa ada untuk digunakan oleh otak. ‘Ketone bodies’ hanya
akan ada, jika tubuh manusia telah mengalami kelaparan untuk
beberapa hari atau lebih lama, atau pun mengambil diet katogenik
(diet yang mengandungi karbohirat yang rendah) seumpama Atkins.
Dalam penyakit
Alzheimer, neuron di dalam beberapa bahagian otak tidak dapat
mengambil glukos , kerana ia kalis insulin, dan dalam keadaan
tersebut ia akan mati secara perlahan (proses yang berlaku
sekitar satu dekad atau lebih sebelum tanda-tanda penyakit
semakin jelas) Jika sel-sel berkenaan berupaya mendapatkan
‘ketone bodies’ ia sebenarnya mempunyai harapan untuk terus
hidup dan terus berfungsi. Didapati mereka yang mengidap
penyakit Parkinson, Huntington dan ALS , sebenarnya memiliki
ketidakupayaan menggunapakai glukos , walaupun melibatkan
bahagian-bahagian yang berbeza di dalam otak atau saraf tunjang.
MCT dihadhamkan
oleh tubuh dengan cara yang berlainan berbanding dengan
lemak-lemak yang lain. Hati mengubah terus MCT, menjadi ‘ketone
bodies’, yang sedia digunakan sebagai tenaga. Memasukkan MCT,
samada secara oral atau secara intravenous, akan menghasilkan
‘hiperketonemia’ atau ‘ketone bodies’ yang beredar yang mampu di
manfaatkan oleh otak sebagai tenaga, semasa ketiadaan glukos,
bahkan semasa kehadiran glukos. Tambahan pula hiperketonemia
menghasilkan pertambahan (sekitar 39%) aliran darah di bahagian
cerebral. Hasilnya keadaan tersebut dapat mengurangkan
‘cognitif dysfunction’ yang sering dikaitkan dengan ‘systemic
hypoglycemia’ pada manusia kebanyakan.
Sekitar 2 bulan yang lalu kami membawa Steve ke
Johnny B. Byrd, Jr. Alzheimer’s Institute at University of South
Florida (USF) di Tampa, Florida, bagi penilaian tahunan dan
saringan bagi kajian vaksin. Steve mendapat 12 bagi bacaan MMSE,
bacaan yang dikira terlalu rendah untuk layak bagi kajian vaksin
– (diperlukan bacaan minimum 16). Kami sangat kecewa, tetapi
dinasihatkan supaya kami datang kembali dan mencuba sekali lagi,
memandangkan Steve memenuhi kriteria yang lain. |
|
|
Kami
membuat temujanji pada pertengahan Mei 2008 di St Petersburg,
Florida untuk membuat saringan penilaian bagi ‘Eli Lilly gamma-secretase
inhibitor’, dan membuat satu lagi temujanji untuknya bagi
saringan untuk mendapatkan kajian Elan di USF, pada hari
berikutnya. Pada petang tersebut, sebelum saringan pertama di
St. Pete, saya membuat kajian dan carian berkaitan dengan
kedua-dua jenis ubat, bagi memudahkan saya memilih dan
menentukan ubat yang sesuai, sekiranya Steve sesuai untuk
kedua-duanya. Dalam
pada itu saya menemui sejenis ubat lain, Ketasyn, atau AC-1202.
Penelitian lanjut, saya mendapati rawatan ini memberikan kesan
memberangsangkan bagi jangka masa melebihi 90 hari, sekitar
separuh dari jumlah keseluruhan dari mereka yang memiliki profil
genetik (APOE2 atau APOE3). Bagi kumpulan yang memiliki profil
genetik APOE4, keadaan tetap sama, manakala yang lain (mereka
yang mengambil placebo)menunjukkan keadaan yang menurun.
Keputusan lebih memberangsangkan bagi mereka yang sudah
mengambil ubat-ubatan bagi masalah Alzheimer sebelumnya. Dalam
kajian awal pada setengah orang, ujian keatas ingatan mereka
semakin baik dengan hanya pada dos yang pertama. Lantaran
pencarian saya berkaitan Ketasyn di internet itu, saya menemui
permohonan patent Januari 2008 (lihat
www.freepatentsonline.com), sambungan permohonan tahun 2000,
sepanjang 75 mukasurat, dengan tulisan dan keterangan yang jelas
berhubung fakta-fakta sains tentang penyakit Alzheimer dan juga
keterangan tentang ‘penciptaan’, termasuk keputusan kajian
tersebut, dan beberapa formulasi yang berpotensi , dan
digabungankan dengan bahan lain yang memungkinkan dapat menambah
kesan yang lebih baik.
Saya dapati bahan
kandungan dalam Ketasyn yang sangat memberikan harapan itu ialah
MCT (MCT oil), dan ia cuma sekitar 20ml atau 4 sudu teh bagi dos
20 gram (untuk menghasilkan keputusan yang baik itu). Minyak
MCT yang digunapakai oleh penyelidik tersebut telah diambil
dari Stepan Company, mengandungi 6 dan 8 rantai karbon.
Walaubagaimanapun bagi mereka, MCT pada sebarang kombinasi
rangkaian sedang (medium chain-6 hingga 12 rantai karbon) akan
juga berkesan. Pengarang mengatakan bahawa MCT berkenaan
dihasilkan dari buah kelapa atau buah kelapa sawit (ini tidak
betul, pengarang sepatutnya menyatakan dari isi rung kelapa
sawit)
Pada waktu itu
saya tidak mengetahui bahawa saya boleh dengan mudah dapat
membeli minyak MCT secara online, jadi saya membuat carian di
internet dan mendapati minyak kelapa mengandungi 60 % medium
chain fatty acids (MCFA), tidak mengandungi kolesterol dan juga
mengandungi asid lemak omega-6 ,dan beberapa asid rantai pendek
(short chain) dan asid rantai panjang (long chain) sehingga asid
yang mengandungi 18 rantai karbon. Minyak kelapa boleh ditemui
dalam banyak kedai pemakanan kesihatan , bahkan terdapat juga di
setengah kedai runcit. Adalah penting untuk menggunakan minyak
kelapa yang tidak terhidrogen dan tidak mengandungi transfat. Di
luar sana sebenarnya terlalu banyak salah faham terhadap minyak
kelapa. Dikatakan ia adalah minyak penyumbat urat (artery
clogging oil) istilah yang di war-warkan oleh Proctor and
Gamble, pengeluar Crisco dan minyak sayuran terhidrogen, sekitar
pertengahan tahun 1900. Dari kajian awal, terhadap haiwan
menggunakan minyak kelapa terhidrogen yang sekarang kita telah
ketahui sebagai minyak yang berkhasiat, asid lemak assential
yang telah kita jauhkan dari pemakanan. |
|
| |
|
|
| |
|
Pengeluar
terbesar minyak kelapa ialah Filipina, dimana kelapa dan
minyaknya adalah antara sumber pengeluaran utama negaranya.
Minyak juga dikeluarkan di India, Thailand dan beberapa negara
Asia Tenggara, di kepulauan Caribbien, bahkan di selatan
Florida. Filipina dilapurkan adalah negara yang terendah
mencatat kes penyakit jantung di dunia. Kajian menunjukkan
bahawa jumlah nisbah kolesterol berbanding HDL bertambah baik
dengan minyak kelapa yang tidak terhidrogen. Orang yang tinggal
di bahagian dunia itu juga senantiasa memakan ikan, (ikan
membekalkan mereka asid lemak omega-3) yang juga menyumbang
terhadap rendahnya kes sakit jantung. Seorang kawan saya,
seorang jururawat di Filipina memberitahu saya , bahawa banyak
keluarga di sana apabila memasak di rumah, semuanya menggunakan
minyak kelapa, dan setiap hidangan mereka tidak terkecuali mesti
mengandungi minyak kelapa.
Saya juga
mendapat maklumat selain minyak kelapa dan minyak isi rung sawit,
susu badan juga mengandungi rantai sederhana triglycerides yang
banyak. Ia juga ditemui dalam susu kambing, susu lembu dan juga
mentega dari kedua susu berkenaan. Hakikatnya kita telah
menambahkan minyak MCT , ke dalam formula susu untuk bayi
pramatang untuk menambahkan kalori padanya, sekitar 20-25 tahun
yang lalu. Kini minyak MCT, kelapa dan minyak kelapa sawit
telah ditambahkan kedalam rumusan formula susu untuk bayi
pramatang, rumusan biasa susu bayi, bersama dengan ARA dan DHA
untuk menjadikan khasiatnya mirip susu ibu.
Berbalik pada Steve, sebenarnya sudah agak
terlewat sewaktu saya menemui minyak kelapa sebelum
ujian saringan yang pertama. Dalam perjalanan, saya berulang
kali mengingatkannya bahawa kami di St Petersburg, di daerah
Pinellas. Semasa MMSE, Steve dapat mengingati nama bandar,
tetapi gagal untuk mengingat nama daerah. Tidak dapat mengingati
musim, bulan atau hari-hari dalam satu minggu, apatah lagi
tarikh, walaupun Steve diperlukan untuk menandatangani dan
menulis tarikh pada beberapa mukasurat pada borang kebenaran
sebelum MMSE. Steve perlu diperingatkan pada setiap helaian
mukasurat, dimana dia perlu menurunkan tandatangan, dan tarikh ,
bahkan sehingga bagaimana menulis tarikh tersebut. Steve
mendapat markah 14 , bacaan yang terlalu rendah untuk
mendapatkan kajian tersebut. Dr margarita Nunez menghabiskan
agak banyak juga masa dengan kami dan meminta Steve untuk
melukis jam (lihat jam # 1), yang mana katanya ia adalah
merupakan satu bentuk ujian khusus bagi pesakit Alzheimer. Dr
Margarita berbisik kepada saya bahawa ‘jam’ berkenaan menandakan
bahawa keadaan Steve adalah lebih mendekati keadaan parah.
Kenyataan yang merentun hati saya, walaupun saya tidak
terperanjat, memandangkan saya adalah isterinya selama 36 tahun,
dan sekarang adalah pengasuhnya.
Namun saya masih
berfikiran positif. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami
singgah disebuah kedai makanan kesihatan. Saya mengambil satu
quart, 100% tulen minyak kelapa dara. Saya mengira bahawa untuk
memberikan 20gm MCT, Steve perlu mengambil 35ggm atau lebih
sedikit dari 2 sudu makan (35 ml =7 sudu teh ) minyak kelapa.
Pagi berikutnya, sekitar pukul 9.00 pagi, saya menyediakan
oatmeal untuk sarapan dan mencampurkan 2 sudu makan minyak
kelapa dalam bahagiannya. Saya juga memasukkan sedikit ke dalam
bahagian saya, kerana saya berpandangan tidak wajar memberikan
orang lain sesuatu yang kita sendiri tidak sukakannya.
Sebelum saringan
jam 1.00 ptg, saya cuba mempersiap Steve dengan menyoalnya
tentang musim, bulan, hari-hari dalam seminggu, serta
memperingatkan dia bahawa kami dalam perjalanan ke Tampa, daerah
Hillsborough. Steve tidak dapat mengingat perkataan ‘Spring’,
menyebut April bagi May untuk bulan-bulan dalam tahun, setiap
kali saya bertanyakannya. Steve juga tidak dapat mengingati
hari Rabu. Sepanjang perjalanan yang panjang itu, kami
mengulanginya sekurang-kurangnya 10 kali, namun Steve masih
gagal mengingatinya. Sejurus selepas kami sampai, dia dipanggil
masuk untuk ujian, iaitu sekitar 4 1/2 jam selepas mengambil
minyak kelapa dara. Apabila selesai , Steve melahirkan rasa
dukacitanya berhubung pencapaiannya. Laura, koordinator
penyelidikan kemudian muncul, dan mula mengambil
petanda-petanda penting serta tekanan darah tinggi, dia
mengharapkan agar kami dapat meneruskan ujian saringan berkenaan.
Saya bertanyakan samada beliau sudi berkongsi pencapaian Steve
dengan kami. Dia sebaliknya bertanya ; “Dia tak beritahu awak?”
“Dia dapat 18 ! melebihi apa yang diperlukannya.” Steve dapat
mengingati ‘spring’, dan bulan itu adalah Mei, sementara hari
itu adalah hari Rabu, sedar juga bahawa dia sedang berada di
Tampa, dalam daerah Hillborough dan sedang berada di Byrd
Institute. Ingat semua fakta yang dia tidak dapat ingat sewaktu
di USF. Berdasarkan keputusan tersebut Steve positif APOE4.
Berdasarkan
kajian Ketasyn, keadaan Steve bukan sebenarnya bertambah baik,
tapi kekal sama. Mulai dari itu dia diuji semula untuk ujian
ubat Eli Lilly, dan mendapat 17 bagi bacaan MMSE – bahkan kali
ini dia dapat mengingat tarikh 2hb Julai 2008. Kami memutuskan
untuk meneruskan ubatan Eli Lilly, setelah melihat potensi kesan
sampingan vaccine berkenaan terhadap APOE4+ manusia .
Semasa penulisan
ini, sebenarnya telah 60 hari Steve mengambil minyak kelapa dara
(21 hb Mei 2008). Dia berjalan ke dapur setiap pagi dengan sedar
, ceria, ramah serta membuat jenaka. Langkah dan pergerakannya
kelihatan masih janggal dan tidak teratur. Tubuhnya yang
menggetar sudah tidak berapa ketara. Dia sudah boleh memberikan
tumpuan pada sesuatu yang dia ingin lakukan disekitar rumah dan
di lading serta kekal dengan sesuatu tugasan. Padahal
sebelumnya , (sebelum mengambil minyak kelapa dara) Steve dengan
mudah akan terganggu, dan jarang dapat menyelesaikan tugasan,
kecuali saya mengawasinya secara terus.
Setelah hampir 2
minggu, (selepas 37 hari pengambilan minyak kelapa dara) saya
sekali lagi menyuruhnya melukis jam (sila lihat ‘jam’ 2 dan
‘jam’ 3). Kelihatan jelas perbezaannya. Saya setulusnya, ingin
menyatakan bahawa saya langsung tidak membantunya. Steve
memberitahu saya , bahawa dia langsung tidak dapat menggambarkan
bagaimana bentuk jam semasa saringan di St Pete, tetapi bagi dua
percubaan terakhir , dia sangat prihatin bahawa angka 6 adalah
bersetentangan angka 12, manakala angka 9 bersetentangan dengan
angka 3, pada pemuka sebuah jam. Steve melukis jejari untuk
mensejajarkan angka-angka berkenaan.
Sebenarnya Steve
sudah tidak mampu menaip sekitar 2 tahun. Tetapi sekarang dia
rasa boleh menggambarkan akan kedudukan huruf-huruf di atas
papan kekunci (keyboard). Bagaimanapun, buat masa ini dia takut
untuk duduk dan mencuba untuk menaip, bimbang kalau dia akan
kecewa dan putus asa jika dia gagal. Kami juga memikirkan untuk
mencuba therapi pekerjaan, untuk menilai , apakah dia boleh
mempelajari semula sebahagian dari kemahirannya yang hilang.
Saya sebenarnya tidak dapat menerangkan mengapa dia menjadi
semakin baik, kecuali kemungkinan kepentingan rantaian karbon 10
dan 12, ataupun orang APOE4 yang berada dalam kajian Ketasyn,
tidak mengambil asid lemak omega 3. Kami memakan ikan salmon
sekurang-kurangnya dua kali seminggu, dan mengambil supplimen
minyak pati ikan sebanyak 2 kali sehari dan telah kami lakukan
hal tersebut semenjak 2 tahun yang lalu. Saya juga telah
melakukan carian di internet , tentang semua perkara berkaitan
minyak kelapa, minyak MCT, asid lemak, ketone bodies, kandungan
asid lemak dalam susu ibu, ketones dan beberapa penyakit. Semasa
saya mengkaji ketone bodies, saya bertemu nama Dr. Richard Veech
dari Institut Kesihatan Kebangsaan. Saya menghubungi beliau,
bertanyakan tentang semuanya , dan dia terlalu baik, bercakap
dengan saya, mengirimkan email kepada saya artikel yang beliau
telah tulis tentang semua subjek berkenaan. Sedang saya punya
berbagai soalan dan idea, beliau berterusan membekalkan saya
jawapan serta bahan bacaan yang semakin banyak. Saya bukan
sahaja memikirkan mereka yang mengalami masalah penyakit
neurodegenerative, seperti suami saya, bahkan bayi yang sakit
dan pramatang dan semua pesakit yang berpotensi. Dalam pada
itu saya sangat musykil tentang amalan penyusuan, apakah
sesuatu yang penting telah telah hilang dari formula bayi, dan
dari pemakanan wanita-wanita yang menyusukan anak.
Beta-hydroxybutyrate
ialah primari ketone bodies , iaitu produk akhir dari metabolism
asid lemak, dan ia bertindak melindungi neuron, disaat ketiadaan
glukos. Dr Veech mampu menghasilkan beta-hydroxybutyrate bentuk
ester, dari minyak MCT di dalam makmalnya. Ia boleh diambil
melalui mulut dan ditukar ke dalam bentuk tenaga oleh neuron
dan sel-sel lainnya. Paras ketone bodies yang lebih tinggi
boleh dicapai dengan mengambil terus beta-hydroxybutyrate. Dr
Veech telah melakukan kajian terhadap haiwan, cumanya beliau
perlu menghasilkan lebih banyak beta-hydroxybutyrate jika ingin
melakukan kajian terhadap manusia. Jika beliau mendapat
pembiayaan, beliau boleh melakukannya pada tahun ini. Untuk
membina kilang bagi menghasilkan beta-hydroxybutyrate, beliau
memerlukan 15 juta dollar. Ia dikirakan satu jumlah yang besar,
namun jika diambil kira 1dollar bagi setiap orang yang mungkin
mengidap Alzheimer pada tahun 2050 ia bukanlah terlalu besar.
Kami melawat Cincinnati pada penghujung Jun dan
semua keluarga saya, juga keluarga Steve perasan perbezaan
ketara ketika dia beriteraksi dengan mereka berbanding setahun
yang lalu. Walaupun dia kelihatan tidak fokus, tetapi dia
bergaul dan nampak berminat dengan perbualan mereka. Dia
mengenali keluarga (ipar, anak-anak saudara) dengan nama,
sesuatu yang tidak dapat dilakukannya setahun yang lalu. Jelas
kelihatan ekspressinya melalui mimik mukanya . Steve terlibat
aktif dalam perbualan, memahami jenaka dengan cepat, malah ada
waktunya dia sendiri yang mengeluarkan komen kelakar. Begitupun
Steve kadang-kadang masih menghadapi kesukaran untuk mencari,
memikirkan sesuatu perkataan untuk diucapkan, walaupun dia mampu
menuturkan dalam bentuk ayat, malah dalam bentuk ayat yang
bersambung-sambung. Diwaktu paginya Steve akan datang ke dapur,
dan mengajak saya untuk berjalan jalan di “big hill” bersamanya
bersenam sebelum sarapan. Beliau kini adalah manusia yang
berlainan berbanding setahun yang lalu. Steve sebenarnya
mengalami ‘atrophy ‘ yang parah di dalam otaknya, dan beliau
tidak akan tidak akan kembali ‘normal’, tetapi sekarang kami
sangat gembira dengan keadaannya. Jika minyak kelapa yang
sebenarnya menjadi punca menghalang atau memperlahankan
penyakitnya, maka dapat saya tegaskan bahawa setiap titis minyak
kelapa yang diambilnya adalah sangat bernilai.
|
|
|
Saudara perempuan
saya Lois memberitahu seorang rakan kerja perempuannya,
berkenaan minyak kelapa serta tindak balas Steve terhadapnya.
Bapanya mula memberikan minyak kelapa kepada ibunya yang
mengidap Alzheimer , dan hasilnya memberikan tindak balas yang
serupa, malah lebih peka, berbual dan ada waktu berjenaka.
Pada 9hb Julai
2008, beberapa sampel darah Steve diambil beberapa kali sebelum
dan selepas sarapan serta makan malam. Manakala pada setiap
hidangannya pada hari itu adalah 35ml minyak kelapa. Sepanjang
waktu selebihnya, pada hari itu, dia tidak menerima apa-apa
minyak kelapa lain atau apa-apa produk berasaskan kelapa . Biasanya
dia akan menerima banyak minyak kelapa berbanding hari hari
biasa. Paras ‘ketone bodies’ Steve mula meningkat selepas
sarapan sehingga 3 jam, tetapi agak rendah , jatuh lagi sebelum
makan malam, dan ia meningkat secara konsisten 3 jam selepas
makan malam. Kami tidak mengetahui paras puncaknya kerana kami
tidak mengambil apa-apa sampel bagi mengukur parasnya selepas
itu. Dr Veech menyatakan, adalah sesuatu yang memeranjatkan
apabila Steve bertambah baik dalam keadaan paras ketonenya yang
rendah. Kajian tersebut memberikannya keyakinan bahawa adalah
perlu untuk meneruskan pengeluaran serta ujian ‘ketone body
beta-hydroxy butyrate ester’nya, memandangkan paras ketone
bodies yang tinggi, dapat dikawal dengan masa mampu dicapai –
lebih ketone boleh didapati untuk digunakan oleh neuron, jadi
pemulihan yang lebih ketara dapat dijangkakan.
Oleh itu
pembiayaan adalah sesuatu yang mendesak untuk menyegerakan (pembinaan
kilang bagi menghasilkan beta-hydroxybutyrate ) demi jutaan
manusia yang ketika ini, juga akan datang menderitai penyakit
Alzheimer, Parkinson, Huntington’s chorea, multiple sclerosis,
ALS, type I dan type II diabetes, termasuk apa juga keadaan yang
melibatkan masalah kegagalan sistem tubuh menghantar bekalan
glukos kepada neuron dan sel-sel lain.
Sehingga beta-hydroxybutyrate
Dr. Veech dapat diuji serta dapat digunakan, mereka yang sudah
mengidap penyakit tersebut atau mereka yang percaya mereka
berisiko terhadap penyakit-penyakit tersebut, akan dapat
membuat perubahan dengan hanya menukar sedikit pemakanan mereka
kepada minyak kelapa.
Untuk mendapatkan
persamaan dengan dos pengambilan MCT dalam kajian Ketasyn, 7
sudu teh perlu diambil pada setiap kali pengambilan (satu kali
sehari), cukup untuk peredaran ketone bodies bagi tempoh 24 jam.
Saya tidak tahu apakah perlu mengambilnya sebanyak itu dalam
satu masa atau perlu membahaginya kepada beberapa pengambilan
bagi satu hari. Kajian pastinya diperlukan bagi menentukan
perkara ini. Kami sebenarnya memberikan kadar tersebut kepada
Steve, sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mempastikan
tiada masa tanpa ketone bodies beredar ditubuhnya. Banyak hari
juga Steve menerima lebih dari 50% kadar tersebut. Kadar yang
kami gunakan sebenarnya bukanlah berlebihan bagi mereka yang
tinggal di negara yang menjadikan kelapa sebagai tanaman dan
makanan utama. Adalah sesuatu yang baik, jika sesaorang mampu
untuk mengambilnya (minyak kelapa) lebih. Sebagai pilihan,
sesaorang boleh mengambil 4 sudu teh minyak MCT sekali atau dua
kali sehari atau lebih jika tubuhnya boleh menerima.
Sebahagian
manusia akan mengalami perasaan seakan ‘kekenyangan’, bahkan
kadang-kadang cirit-birit selepas mengambil banyak minyak
kelapa untuk permulaan. Masalah tersebut boleh diatasi dengan
memulakan hanya dengan satu atau dua sudu teh, kemudian
ditingkatkan jumlahnya selepas seminggu atau lebih sehingga
maksima. Kami menambahnya kedalam oatmeal, mecampurkanya dalam
menu salad, menggunakannya semasa memasak, menggunakannya
sebagai ganti mana-mana menu yang menggunakan butter, seperti
kentang, keledek, nasi, pasta atau mee. Sementara itu ais cream
kelapa boleh dibeli di kedai-kedai Asia, mengandungi minyak
kelapa yang saya kira kaedah yang paling mudah untuk
menghasilkan ketone bodies. Manakala santan kelapa adalah
gabungan minyak kelapa dan air kelapa dan ia boleh didapati
dibahagian barangan Asia dan susu pekat dikebanyakan kedai
barangan dapur. Ia adalah pengganti yang baik bagi susu, boleh
dicampurkan sebagai alternatif susu, umpama ‘scrambled eggs’, ‘
French toast’, dan kentang putar. Anda boleh bayangkan dan
mencongak nisbah saiz berbagai gabungan makanan yang mengandungi
kelapa dan minyak kelapa, bersamaan 35gm lemak dari minyak
kelapa.
Jika anda
menggunakan sebarang jenis minyak sayuran terhidrogen atau
sebarang minyak yang mengandungi transfat, jangan gunakan lagi,
dan jauhilah ia. Manakala minyak zaitun tulen, mentega serta
minyak yang tidak terhidrogen dari sumber asli, boleh digunakan
bersama minyak kelapa. Sebenarnya minyak kelapa boleh digunakan
menggantikan sebarang jenis minyak. Walaubagaimanapun oleh
kerana minyak kelapa tidak mengandungi asid lemak omega-3, maka
adalah penting untuk memakan ikan salmon dua kali seminggu,
ataupun mendapatkan asid lemak omega -3 dari sumber-sumber lain
yang kaya denganya seperti kapsul minyak ikan, hidangan flax,
minyak flax (bukan untuk dimasak) ataupun walnut.
Adalah sesuatu
yang tidak dapat dibayangkan, potensi pemakanan pencegah dan
penawar Alzheimer, dan penyakit neurodegenerative, sudah
ditemui untuk beberapa tahun yang lalu , tetapi kehadirannya
tidak disedari. Besar kemungkinan penyakit- penyakit yang ujud
sekarang ini adalah disebabkan oleh amalan pemakanan yang ada
sekarang. Sebagai contoh amalan pemakanan rakyat Amerika telah
berubah secara drastik dari amalan mereka sejak tahun 1950,
ketika mana ibubapa dan datuk nenek kita menggunakan ‘lard’ dan
minyak kelapa untuk memasak. Penyakit jantung jarang kedengaran
pada awal kurun ke 20, tetapi sekarang bilangannya melonjak,
bersama dengan mendadaknya penyakit-penyakit lain, seperti
Alzheimer, diabetes type II dan obesiti, semenjak pengeluaran
secara besar-besaran, dan penggunaan minyak sayuran terhidrogen
yang mengandungi trans-fat dalam diet pemakanan, menggantikan
lemak asli.
Agak menyedihkan
juga kejadian serangan jantung dan penyakit-penyakit kronik
lainnya seakan perkara lumrah dikalangan peduduk seluruh dunia,
terutama mereka yang telah menukar makanan tradisi asli kepada
makanan barat.
Saya merancang
untuk memberitahu semua orang , dan menyampaikan semua maklumat
ini bagi sesiapa juga yang mungkin berkaitan, dengan harapan Dr
Veech dan para penyelidik minyak MCT dan ‘ketone body’
memperoleh pembiayaan . (Silakan membuat salinan dan edarkan
tulisan ini)
Jika ada
sesaorang, kesayangan anda adalah pengidap, atau sesiapa yang
lain mengidap Alzheimer, atau penyakit-penyakit ‘neurologic
degenerative’ , semuanya harus di beri peluang dan mencuba
minyak kelapa. Dr Veech mencadangkan, sebaiknya dapat
dirakamkan sebelum sesaorang memulakan pengambilan minyak kelapa,
dan juga beberapa peringkat selepas menggunakannya, supaya dapat
didokumenkan sebarang perubahanyang belaku. Beliau juga
mencadangkan segmen yang perlu dirakamkan adalah muka pesakit,
pertuturan, dan gerak langkah pesakit. Beliau juga menasihatkan
agar paras ketone bodies di sukat.
Kesimpulannyanya dengan melakukan semuanya itu, anda tidak akan
rugi apa-apa. |
|
|
Dr. Mary Newport
10030 Orchard Way
Spring hill, FL 34608
Home: (352) 666-1025
Cell: (352) 428-0251
Preemiedoctor@aol.com
Coconut oil and MCT oil websites:
www.coconutoilresearch.com www.nutiva.com •
www.amazon.com www.tropicaltraditions.com
www.oilsbynature.com www.cheapvitamins.com Palm kernel
oil website: www.oilsbynature.com Coconut oil and coconut
milk are also avail- able at most health food stores and many
grocery stores. References:
1. “Ketone bodies, potential therapeutic
uses,” RL Veech, B Chance, Y Kashiwaya, HA Lardy, GC Cahill,
Jr., IUBMB Life, 2001, Vol. 51 No.4, 241-247
2. “Ketoacids? Good Medicine?” George F. Cahill,
Jr., Richard L. Veech, Transactions of the American Clinical
and Climatological Association, Vol. 114, 2003.
3. “The therapaeutic implications of ketone
bodies: the effects of ketone bodies in pathological
conditions: ketosis, ketogenic diet, redox states,
insulin resistance, and mitochondrial metabolism,”
Richard L. Veech, Prostaglandins, Leukotrienes and Essential
Fatty Acids, 70 (2004) 309-319.
4. “Diminished glucose transport and
phosphorylation in Alzheimer’s Disease determined by
dynamic FDG-PET,” M Piert, et.al., The Journal of Nuclear
Medicine, Vol.37 No.2, February 1996, 201-208.
5. “Glucose metabolism in early onset versus
late onset Alzheimer’s Disease: an SPM analysis of 120
patients,” EJ Kim, et. al., Brain, 2005, Vol. 128, 1790-1801.
6. “Cerebral glucose metabolism in Parkinson’s
disease with and without dementia,” RF Peppard, et.al.,
Archives of Neurology, Vol. 49 No.12, December 1992.
7. “Cortical and subcortical glucose
consumption measured by PET in patients with Huntington’s
disease,” Brain, October 1990, Vol 113, part 5, 1405-23.
8. “Reduced glucose metabolism in the frontal
cortex and basal ganglia of multiple sclerosis patients
with fatigue: a 18F-fluorodeoxyglucose
positron emission tomography study,” U Roelcke, et. al.,
Neurology, 1997, Vol. 48, Issue 6, 1566-1571.
9. “ALS-linked Cu/Zn-SOD mutation impairs
cerebral synaptic glucose and glutamate transport and
exacerbates ischemic brain injury,” Z Guo, et. al.,
Journal of Cerebral Blood Flow Metabolism, March 2000, Vol. 20
No. 3, 463-8.
10. “Combinations of medium chain
triglycerides and therapeutic agents for the treatment and
prevention of Alzheimer’s disease and other diseases
resulting from reduced neuronal metabolism,” United States
Patent 20080009467, Inventor Samuel T. Henderson, Accera,
Inc., Broomfield, Colorado (Ketasyn).
11. Nutrient analysis of coconut oil
(vegetable), NDB No: 04047 – www.nal.usda.gov/fnic/foodcomp .
12. “Lipids in (human) milk and the first steps in their
digestion,” M Hamosh, et. al., Pediatrics, 1985, Vol. 75,
146-150.
13. “Nutritional factors and serum lipid
levels,” EH Ahrens, American Journal of Medicine, 1957, vol.
23, 928 (used hydrogenated coconut oil).
14. “Trans fatty acids and coronary artery
disease,” NEJM, 1999, Vol. 340, 1994-1998.
15. “Effect of mixed fat formula feeding on
serum cholesterol level in man,” SA Hashim, American Journal
of Clinical Nutrition, 1959, Vol. 7, 30-34.
16. “Modified-fat dietary management of the
young male with coronary disease: a five-year report,” JL
Bierenbaum, JAMA, 1967, Vol. 202, 1119-1123.
17. “Cholesterol, coconuts and diet in
Polynesian atolls-a natural experiment; the Pukapuka and
Toklau island studies,” IA Prior, American Journal of
Clinical Nutrition, 1981, Vol. 34, 1552-1561.
18. “Changes in cerebral blood flow and
carbohydrate metabolism during acute hyperketonemia,”
S.G. Hasselbalch, et.al, Am J Physiol, 1996, Vol. 270,
E746-51.
19. “Effect of hyperketonemia and
hyperlacticacidemia on symptoms, cognitive dysfunction,
and counterregulatory hormone responses during
hypogly- cemia in normal humans,” T. Veneman, et. al.,
Diabetes 43:1311-7 (1994).
20. “D-b-Hydroxybutyrate protects neurons
in models of Alzheimer’s and Parkinson’s disease,” Y
Kashiwaya, et. al. including RL Veech, PNAS, May 9, 2000,
Vol. 97 No. 10, 5440-5444.
21. “High carbohydrate diets and Alzheimer’s
disease,” Samuel T. Henderson, Medical Hypotheses, 2004,
Vol 62, 689-700 (Another article of interest).
22. “Effects of b-Hydroxybutyrate on
cognition in memory-impaired adults,” MA Reger, ST
Henderson, et. al., Neurobiology of Aging, 2004, Vol. 25,
311-314.
23. “Breastfeeding, infant formula
supplementation, and Autistic Disorder: the results of a
parent survey,” ST Schultz, et. al., International
Breastfeeding Journal, 2006, Vol. 1 No. 16. Other
Important Resources “Ketones: Metabolism’s Ugly Duckling,”
TB VanItallie, TH Nufert, Nutrition Reviews, Vol 61, No 10,
327-341. “Fuel Metabolism in Starvation,” GF Cahill, Jr.,
Annual Reviews in Nutrition, 2006, 26:1-22. “Ketone
Bodies as a Therapeutic for Alzheimer’s Disease,” ST
Henderson, Journal of the American Society for
Experimental NeuroTherapeutics, Vol 5, 470-480, July
2008. |
|
|
|
|
|
|
 |
|
 |
|
|
|
The information on this website is not intended to
diagnose, treat, cure, or prevent disease or to replace
a one-on-one relationship with a qualified health care
professional and is not intended as alternative to
medical advice or other professional healthcare
provider. It is intended as a sharing of knowledge and
information from the research and experience of herbal
practitioner and our community. If
you may be suffering from any medical condition, or
experiencing symptoms or health problems, you should
seek immediate medical attention consult your qualified
health care professional.
Never delay seeking medical advice, disregard medical
advice or discontinue medical treatment because of
information on this website. |
|
|
IBU
PEJABAT BIOASLI
No. 15 Jalan
PPSL 1
Pusat Perniagaan Sungai Lias
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3224 8721 Fax : +603-3224 2321
Email :
desaku@streamyx.com
|
|
|
DESAKU
MAJU MARKETING
(SA0030870-W)
Kilang No. 1,
IKS Taman Sri BNO
45200
Sabak Bernam ,Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
+603-3213 8046
|
|
|
BioAsli ©
Copyright 2005-2013 All Rights Reserved |
|
|
|
|
 |
|
|
|
Rangkaian Ahli
Kami menyediakan pelbagai
menu untuk kemudahan anda
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
|
|
Keajaiban Minyak Kelapa
Dara |
|
Video : Klik Foto |
|
|
Dr . Bruce Fife |
|
Cancer & thyroid
vs Virgin
coconut oil |
|
 |
|
|
 |
|
|
 |
|
Dr.Howard |
|
Virgin Coconut
Oil health
benefits for the
body |
|
 |
|
Ressa |
|
Weight loss with
virgin coconut
oil |
|
 |
|
Wak Saujud |
|
Kencing Manis &
Gout |
|
 |
|
Anak En.Azhar |
|
Eczema sejak
kecil, kini
berangsur pulih. |
|
 |
|
|
 |
|
|
 |
|
|
 |
|
Testimoni |
|
Resdung & Alahan |
|
 |
|
|
 |
|
|
 |
|
Pn.Ana - JB |
|
Luka kemalangan
& gestrik |
|
 |
|
Mr. Alex |
|
Coconut oil -
boosts energy,
boosts
metabolism and
is the safest
oil
|
|
 |
|
Justin Kunst |
|
How to get a
Faster
Metabolism with
Coconut Oil
|
|
 |
|
Reduce Fat |
|
Coconut Oil &
Coffee and
Ketosis-Amazing
results!
|
|
 |
|
Makes You
Younger! |
|
Secret Miracle
"Trick"
|
|
 |
|
Coconut Oil Diet
2011
|
|
Diet solution |
|
 |
|
Coconut Oil
for Hair |
|
Hair Secrect |
|
 |
|
Ian Blair
Hamilton and
Cassie Bond
|
|
Our story -
Alzheimers' and
Coconut Oil |
|
 |
|
|
|
|