No Telefon Syarikat

   

Lupa ID & passward

 
Dibuka 8.30am hingga 6.00pm

  603 - 3224 8721     Cik Ina
  019 - 3880098        Pn Ana
  019- 7725338         Pn. Zainun
  Fax : 603-3224 2321

  Hantar email

 
 

20 Ahli Terbaru Bio-asli

 
 
 
 

 
Fakta sains berkenaan Minyak Kelapa Dara.
  Difinasi Minyak Kelapa Dara.
  Komposisi Kimia Minyak Kelapa Dara.
  Standard Kualiti Minyak Kelapa Dara.
  Proses Pembuatan Minyak Kelapa Dara.
 

Produk kami  diproses  dari  buah kelapa berkualiti & organik Sabak Bernam

 

 
45 % hingga  55% kandungan Lauric  & Capric Asid
terdapat dalam Minyak Kelapa Dara ,Hebat....!
 
Kehebatan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Virgin Coconut Oil )
 

Tahukah anda , pokok kelapa yang mempunyai batang kuat dan mampu tumbuh tegak berdiri setinggi 100 kaki tanpa ranting yang hanya bergantung kepada akar rerambut untuk menahan beban yang berat dan tiupan angin kencang, sebenarnya mempunyai khasiat semulajadi yang tersembunyi , segagah pohonnya yang tahan lasak. Kebanyakan pokok kelapa hidup secara " Nactural Farming " tanpa menggunakan baja kimia, masih mampu mengeluarkan buah yang banyak.  Pokok ini juga terkenal dengan jolokkan makin tua makin menjadi ,seperti kata pepatah "makin tua makin pekat dan banyak santannya''.

 
Definasi Minyak Kelapa Dara
  Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat  didalam buah kelapa tersebut.

 

 

Bagamana minyak kelapa Dara diproses?

 

Minyak  Kelapa Dara BIO-ASLI dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tidak menggunakan haba bagi memastikan struktur lemak / patty asid yang kaya dengan "lauric Oil " tidak rosak seperti standard yang ditetapkan.

 

 

Apakah proses pembuatan VCO Bio-Asli  terjamin kualitinya ?

 

Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksiden dalam VCO tidak berubah serta hilang syarikat kami menggunakan teknik khas hasil dari pengabungan , pengubahsuaian dan idea ciptaan kami sendiri dalam proses penghasilan VCO. Oleh itu proses penghasilan VCO Bio-Asli tidak menggunkan enzim ( merosakan ikatan lipoprotein), pemanasan berperingkat (menghilangkan antioksiden) dan  pemangkin asid (menguraikan ikatan MCF). Manakala proses pegasingan air dalam minyak tidak menggunakan mesin pemanasan berperingkat yang mana proses ini akan menghilangkan antioksiden. Bio-Asli dihasilkan dengan teknik 100% permentasi ( tiada pemanasan, tiada pemangkin kimia dan tiada enzim pemangkin). Manakala proses pengasingan air mengunakan teknik graviti & hidrodinamik dirawat sehingga 0.1 maikron yang dijamin bebas dari segala kotoran.

 
 

 
 
Kualiti VCO

Apakah yang terkandung di dalam VCO sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif ? Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata VCO mengandungi rantai struktur lemak / patty asid yang kaya dengan " lauric Oil " yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesity, dan stroke. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam VCO adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

          Seperti yang telah diketahui oleh ramai, bahawa nenek moyang kita secara turun-temurun telah membuat minyak kelapa dalam kegiatan seharian. Namun, yang menjadi pertanyaan, apakah benar minyak tersebut boleh dikatakan sebagai VCO? Tentunya hal ini harus merujuk pada kualiti yang dibuat oleh penyelidik. Namun, sampai saat ini, penyelidik (melalui Badan Penyelidikan Nasional) belum dapat membuat kualiti yang terbaik untuk VCO. Sebagai rujukan, kita boleh berpegang pada Asian and Fasific Coconut Community (AFCC) dan Philipine National Standards (PNS) dengan kod PNS/BAFPS No.22:2004. Kedua-dua badan ini telah membuat standard kualiti VCO, baik dilihat dari produk mahupun proses pembuatannya.     

          Untuk membandingkan minyak kelapa dengan VCO, pada Jadual 2 yang menunjukkan kualiti mutu minyak kelapa menurut SII (1979). Sementara jadual 3 menunjukkan kualiti VCO menurut AFCC (2005).        

          Apabila merujuk jadual 2 dan jadual 3, kandungan asid lemak, terutama asid lemak rantai sedang, lebih tinggi pada VCO dibandingkan dengan minyak kelapa. Asid lemak rantai sedang inilah yang berkhasiat sebagai ubat. Asid lemak yang paling penting di antaranya lauric asid (C-12), capric asid (C-8),dan asid ministrant (C-14).       

          Menurut AFCC, proses pembuatan VCO tidak melihat kepada proses dengan pemanasan atau tidak. Hal yang terpenting iaitu VCO dihasilkan dari kelapa segar dan sudah matang serta hasil yang diperolehinya (minyak) tidak berubah. Oleh yang  demikian, minyak kelapa yang dihasilkan dengan tradisional dan pemanasan bertingkat masih boleh dikategorikan sebagai VCO. Namun, PNS memberikan kualiti yang lebih tepat lagi, di antaranya iaitu bahawa VCO tidak dihasilkan melalui proses kimia refining, deodorizing dan bleaching (RDB).        

           Minyak kelapa dara tidak mudah tengik kerana kandungan asid lemak jenuhnya tinggi sehingga proses oksidasi tidak mudah terjadi. Namun, bila kualiti VCO rendah, proses ketengikan akan berjalan lebih awal. Hal ini disebabkan oleh pengaruh oksigen, kewujudan air dan mikroba yang akan mengurai kandungan asid lemak yang berada di dalam VCO menjadi komponen lain.        

           Secara fizikal, VCO harus berwarna jernih seperti kristal, Hal ini menandakan bahawa di dalamnya tidak bercampur dengan bahan dan kotoran lain. Apabila di dalamnya masih terdapat kandungan air, biasanya akan ada gumpalan berwarna putih. Kewujudan air ini akan mempercepatkan proses ketengikan. Selain itu, gumpalan tersebut kemungkinan juga merupakan komponen tahi minyak yang tidak tertapis semuanya. Keadaan seperti ini secara langsung akan berpengaruh terhadap kualiti VCO.

 

Kebun kelapa

Si pemetik buah kelapa

Pengupas sabut kelapa

Proses belah kelapa

Isi buah kelapa

Mesin Pemerah santan

Confidential

Mesin pemecah buih

Confidential

Mesin proses permentasi

Confidential

M. gravity + hidrodinamik

Confidential

Mesin refine proses

Proses pengesahan kualiti
Pembotolan + perlebalan
Pemasaran produk
  STRUKTUR KANDUNGAN MINYAK KELAPA DARA
 

         

 

 

 

 

KOMPOSISI KIMIA MINYAK KELAPA DARA

Jadual 2 (Sumber SII,1977)

Kandungan Kimia

Jumlah

Air(%)

0,5

Asid Lemak Jenuh

Asid kaproat (%)

tiada

Asid kaprilat (%)

8-9

Asid kaprat (%)

5-8

Asid lauric (%)

45-51

Asid ministat (%)

17-18

Asid palmitat (%)

8-10

Asid stearat (%)

1-3

Asid arukhidat (%)

0-1

Asid Lemak Tidak Jenuh

Asid oleat (%)

5-8

Asid linoleat (%)

1-2

Sifat Kimia-semulajadi

FFA (%)

5

Bilangan sabun

255-265

Bilangan peoksida

-

Bilangan yodium

8-10

Indeks bayangan(bias)

-

Logam berbahaya

negatif

 

 

 

STANDARD MUTU VIRGIN COCONUT OIL(AFCC)

Jadual 3

Identiti Characteristics

Interm APCC Standard

Relative density

0,915-0,920

Refractive index at 40C

1,4480-1,4492

Kelembapan maksimal (%0

0,1-0,5

Insuluble impurities per cent by mass max

0,05

Saponification value

250-260 min

Iodine value

4,1-11,00

Specific gravity at 30 deg./30 deg.C

0,915-0,920

Acid value max

0,5

Polenske value min

13

GLC range of fatty acid composition

Asid kaproik (C 6:0)(%)

0,4-0,6

Asid kaprilik (C 8:0)(%)

5,0-10,0

Asid kaprik (C 10:0)(%)

4,5-8,0

Asid laurik (C 12:0)(%)

43,0-53,0

Asid miristik (C 14:0)(%)

16,0-21,0

Asid palmitik (C 14:0)(%)

7,5-10,0

Asid palmitoleik (C 18:0)(%)

2,0-4,0

Asid stearik (C 18:1)(%)

5,0-10,0

Asid oleic (C 18:2)(%)

1,0-2,5

C 24:1 (C 18:3)(%)

-

Quality charakteristics

Colour

Water clean

Free fatty acid (%)

0,5

Peroxide value meg/kg oil

3

Total plate count

-

 

Oudur and taste

Free from foreign and rancid odour and taste

Contaminants

Matter volatike at 105C (%)

0,2

Iron (Fe) (mg/kg)

5

Copper (mg/kg)

0,4

Lead (mg/kg)

0,1

Arsenic (mg/kg)

0,1

 

 

Kelebihan Minyak Kelapa Dara.

 
 
1-Menyerupai lemak susu ibu.
2-Bagi ibu-ibu menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric asid dan capric asid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)
3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)
4-Antivirus dan antibaktera.
Lauric asid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
 
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada  envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan  ialah dengan menghancurkan dua lapisan plasma membrane pada organism berkenaan.
 
Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication)
 
                       Jadual jenis-jenis "Lipid Coated Viruses".
 
Jenis Deskripsi
Virus Human immunodeficiency virus HIV-1 or HIV+
Virus Herpes simplex virus-1 (HSV-1)
Virus Herpes simplex virus-2 (HSV-2)
Virus Herpes viridae (all)
Virus Human lymphotropic viruses (type 1)
Virus Vesicular stomatitis virus (VSV)
Virus Visna virus
Virus Cytomegaloviru
Virus Epstein-Barr virus
Virus Influenza virus
Virus Leukemia virus
Virus Pneumonovirus
Virus Sarcoma virus
Virus Syncytial virus
Virus Rubeola virus
 
Jadual jenis-jenis Lipid Coated Bacteria

             Jenis

   Dekripsi
Bacterium    Listeria monocytogenes
Bacterium    Helicobacter pylori (gram negative)
Bacterium    Hemophilus influenzae (gram negative)
 

5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia

6- Dikelaskan sebagai functional food.

Sebagai functional food, (functional food telah didefinasikan pada An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid didalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric asid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric asid.

Lauric asid adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Sementara capric asid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang juga mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya keatas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).

Dr. Halldor  Thormar, ahli sains Icelandic,  telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara , dapad membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.

 

.

Adalah dengan ini di tegaskan bahawa syarikat berhak untuk menentukan sebarang ketetapan atau sebarang perubahan terhadap semua perkara dan dalam apa juga keadaan dalam sistem ini, samada yang berkaitan dengan sistem pelan pemasaran, sistem pemberian komisyen, kadar peratus komisyen, jumlah produk, harga, kandungan, saiz dan bentuk persembahan produk, sebarang bentuk, jumlah dan nilai hadiah yang akan diberikan, serta menentukan status keahlian berdasarkan peraturan yang sedia dimaklumi oleh semua ahli, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari mana-mana pihak. Segala hadiah atau komisyen atau apa jua imbuhan jika ianya tidak dituntut oleh ahli yang berkenaan selama jangka masa 2 tahun dari tarikh tawaran adalah dianggap ahli berkenaan tidak berminat atau menolak tawaran tersebut dan dengan itu tawaran tersebut akan terbatal  dan syarikat berhak untuk tidak memberi komisyen @ hadiah @ ganjaran tersebut. Walau bagaimanapun syarikat tetap berpegang teguh pada prinsip ketelusan, keadilan, kesaksamaan serta kebijaksanaan  dalam menentukan semua perkara di atas.

 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.15 Jalan PPSL1
Pusat Perniagaan Sg.Lias
45300 Sg. Besar, Selangor, Malaysia
Tel : 03-3224 8721  Fax : 603-3224 2321
email : desaku@streamyx.com
Copyright 2005.   All Right Reserved