Login Ahli   Home | Produk | Yahoo Messenger  | Hantar Email | Tel. Syarikat       
 
English Version

KOPI KELAPA

DARA

     

      Beli

 

. Kopi Kelapa Dara
. Kelebihan - Penyakit
. Cara guna & kesan
   rawatan awal
. Tip Penggunaan
   Para Suami
. Tip Penggunaan
   Isteri Anggun
. Krimer Kelapa Dara
. American Ginseng
. Ginkgo Biloba
. Horny Goat Weed
. Saw Palmetto
. Tribulus Terrestris
. Testimoni
. Sijil Analisa Makmal
. Sijil Halal KKD

 

             

 

TRIBULUS TERRESTRIS

   
 

PENGENALAN

 

Herba Tribulus Terrestris atau dipanggil “puncture vine” ialah tumbuhan yang telah lama digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai penyakit. Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk memperbaiki seksual manusia. Di Eropah, herba Tribulus Terrestris telah digunakan dalam perubatan. Dalam sejarah Greek, ianya digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual. Di Cina dan India pula, Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang, urinari dan kardiovaskular.

 

STRUKTUR FIZIKAL DAN HABITAT

 

Tumbuh secara semulajadi di banyak tempat di dunia termasuk Amerika, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika.Tribulus Terrestris didapati sebagai lalang beracun yang banyak dijumpai di tepi-tepi jalan dan tanah lapang yang mana benihnya tajam dan berasa sakit apabila dipijak. Daun Tribulus Terrestris beracun kepada binatang ternakan terutamatanya kambing biri-biri apabila dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak. Buah Tribulus Terrestris adalah bahagian yang paling kerap digunakan dalam perubatan tradisional. Kandungan bahan yang berbeza dalam Tribulus Terrestris bergantung kepada di mana tempat di dunia ianya tumbuh.                                                   

 

SEJARAH DAN KAJIAN SAINTIFIK

 

Masyarakat dari seluruh dunia telah menggunakan pohon Tribulus Terrestris untuk kesihatan secara menyeluruh, menguatkan kesihatan fungsi libido(keinginan nafsu syahwat) dalam kadar normal dan menguatkan otot.

Disebabkan oleh kelebihannya, para atlet telah menggunakan ekstrak Tribulus Terrestris dietary supplement untuk meningkatkan tenaga, membekalkan kesihatan fungsi hormon, meningkatkan pergerakan otot dan memberikan tenaga kepada atlet semasa sesi latihan.

Tribulus Terrestris mengandungi steroidal saponins, alkaloids, flavanoids dan kandungan protodioscinnya  dipercayai mempengaruhi kesannya terhadap hormon, libido dan komposisi tubuh. Kajian klinikal Tribulus Terrestris menunjukkan herba ini mampu menguatkan kesihatan fungsi libido manusia dan mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal.

 

KANDUNGAN

 

Buah Tribulus Terrestris mengandungi bahan yang berbeza-beza termasuk saponins, glycosides, flavanoids, alkaloids, resins, tannins, gula, sterols dan minyak essential. Baru-baru ini, dua saponins baru telah diasingkan daripada Tribulus Terrestris ; Tribulus Terrestris A dan Tribulus Terrestris B.

Bahan yang biasanya dinyatakan dalam Tribulus Terrestris ialah protodioscin,yang mana ada yang mendakwa salah satu daripada bahan-bahan aktif di dalamnya terdapat dalam tumbuhan ini .Apabila sample Tribulus terrestris yang berbeza dianalisis, perbezaan kandungan saponins telah dilihat bergantung kepada bahagian tumbuhan itu yang digunakan. Satu analisis produk menunjukkan perbezaan 0.17 hingga 6.5% dalam kandungan protodioscin.

   
  KEGUNAAN DAN KEBAIKAN
 
  • Sebagai diuretik yang tidak miang dan urinari antiseptik. Digunakan untuk disurea, sakit batu karang dan kencing tidak lawas.
  • Digunakan dalam pelbagai formula herba untuk mengubati sakit kepala, masalah mata seperti gatal-gatal, konjunktivitis (radang pada membran mata), lemah penglihatan dan kegelisahan. Ianya digunakan untuk mengubati darah tinggi dan sakit tulang rusuk.
  • Kesan hormon pengimbang dalam Tribulus Terrestris untuk wanita ialah herba ini sesuai untuk sindrom premenstrual dan sindrom menopausal.
  • Mengandungi sterols seperti betasitosterol atau stigma. Bahan ini melindungi prostat daripada membengkak dan dalam kombinasi dengan X steroidal saponins,  melindungi prostat daripada kanser.
  • Digunakan dalam kes mati pucuk dan spermaturia kerana ianya membantu untuk meningkatkan luteinising hormone(LH) memperbaiki pensistensisan hormon testikular seks lelaki. Jadi, ianya merupakan pembangkit syahwat secara semulajadi.
  • Kegunaan tradisional Tribulus Trerrestris telah ditemui efektif dalam gout.
   
  *Luteinising hormone  ; dihasilkan oleh kelenjar pituitari dan berperanan mengawal  penghasilan testosteron dan kadar serum secara semulajadi.