Login Ahli   Home | Produk | Yahoo Messenger  | Hantar Email | Tel. Syarikat       
   
  Produk : Kopi Kelapa Dara  

  Bookmark and Share

 
  Kopi Kelapa Dara   Krimer Kelapa Dara Sijil Analisa Makmal
               
  Kelebihan - Penyakit   American Ginseng Sijil Halal KKD
               
  Cara guna & kesan rawatan awal   Ginkgo Biloba Tribulus Terrestris
               
  Tip Penggunaan Para Suami   Horny Goat Weed Video Testimoni
               
  Tip Penggunaan Isteri Anggun   Saw Palmetto Testimoni Pengguna
               
 
 
 

SAW PALMETTO

 

PENGENALAN

 

Saw palmetto adalah pohon  jenis palma  yang banyak tumbuh di Barat Indies dan Tenggara Amerika terutamanya Florida, di persekitaran Everglades.

Saw Palmetto, yang nama botaninya ialah Serenoa repens, umumnya dipasarkan bagi tujuan rawatan ‘Benign Prostatic Hyperplasia’ atau BPH. Di Amerika, genus/species ini dikenali sebagai Serenoa repens. Di bahagian lain di dunia ia dikenali sebagai Sabal serrulatum, Sabal serulata, Sabalis serulata, Sabalis serulatae, Serenoa serrulata, Serenoa serrulatae dan berbagai lagi panggilan mengikut lokaliti dimana ia tumbuh. Sementara Saw Palmetto, (nama umum yang biasa digunakan), sering dikenali sebagai  Sabal, Sabal Fructus, Fructus Serenoae, Sägepalme, Sägepalmenfrüchte.

 
STRUTUR ASID LEMAK SAW PALMETTO
 

 

KEGUNAAN DAN KEBAIKAN

 

Adapun khasiat dan manfaat Saw Palmetto telah diketahui sejak berabad lamanya oleh penduduk asli Florida yang sangat  bergantung dengan buahnya sebagai antara makanan utama. Ia juga termasuk sebagai sebahagian herba penawar masalah lelaki bagi masyarakat Indies.

Kini herba ini digunakan secara meluas terutamanya bagi merawat kes yang berkaitan dengan BPH (nonmalignant enlargement of the prostate gland). Ada beberapa factor telah dikenalpasti memainkan peranan penting dalam perkembangan BHP. Diantaranya ialah fungsi testes dan paras kritikal androgens sebagai satu keperluan dalam perkembangan BHP. Keduanya adalah  berlakunya perubahan metabolisma prostatic androgen yang cenderung  kepada terkumpulnya dihydrotestosterone (DHT), Ketiganya pertambahan nisbah plasma estrogens dengan androgens.

Kajian klinikal terakhir membuktikan bahawa ekstrak saw palmetto sangat bermanfaat dalam BPH. Adapun mekanisma tindakbalasnya dalam merawat BHP adalah dengan menghalang perubahan testosterone kepada DHT, agen yang bertanggungjawab dalam pembesaran prostate. Disamping itu ekstrak saw palmetto juga menghalang ‘binding’ DHT dengan ‘receptors’ yang menghalang tindakbalasnya. Ia juga menunjukkan kesan inhibitory bagi androgen dan ‘estrogen nuclear receptors’. Bagaimanapun ia berlaku tanpa mengganggu paras testosterone, follicle-stimulating hormone, dan luteinizing hormone. Terlebih penting Saw Palmetto tidak mendatangkan kesan paras  PSA, oleh itu ia tidak menghalang untuk dilakukan  ujian PSA untuk mengesan kanser.

Hari ini Saw Palmetto kekal sebagai herba  utama bagi rawatan prostat, mengatasi herba-herba lain atau kombinasinya dengan herba-herba lain.

Fungsi lain yang popular dalam hal penggunaan Saw Palmetto adalah pembesaran payudara (natural breast enlargement) dan apa-apa juga yang berkaitan dengan rawatan payudara, dan juga yang berkaitan dengan viagra alami dan impotensi.

 
 

 
Desaku Maju Marketing
(SA0030870-W)
NO.1,2&3 IKS Tmn. Seri B.N.O
45100 Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3213 8046  Fax :  + 603-3213 6563  Email : desaku@streamyx.com @ e_hijau@tm.net.my
© Copyright 2005. DesaKu.net.  All Right Reserved